29.8.12

Merajuk | Dipujuk

Assalamualaikum w.b.t..................


hai...sihat ke kamo-kamo-dan-kamo ? hari ni aku nak share gambar sedih-pilu di bulan Syawal. sejak dua menjak bebudak ni berkongsi kasih dengan adek baru dorang yang juga bernama Kasih. dorang rasa kasih sayang dorang pun telah berkurangan. walhal takde pun. so, masing-masing menunjukkan bakat KENAKALAN yang amat sangat. 

Jadi, dengan kekuasaan aku sbg ATAM, maka...kenalah marah & rotan kalau degil sangat. kalau degil biasa-biasa ja. aku kira cincai ja. tapi kalau da terlebih. aku cincaikan jugak. HIKHIK!

alahai sedihnya Zulaikha. tapi mak dia bg permission MARAH !
HAHAHAHA....VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA. hiksss !
sedih tengok muka Mikhail. tapi masih tergamak amik gambar.
nakal sebab main permainan dengan cara berbahaya. 
adegan PUJUK-MEMUJUK. si adek pujuk si abang. 

kepada makayah korang, maafkan la adekmu ini sebab marah & rotan dorang. korang yang suruh kan? sebab tak boleh handle katanya. HAHA...alah, marah kejap je. lepas tuh pujuk balek. ajak main game la. ajak tengok Ultraman la. dorang CHILL la balek. 



psssssttttttttt : bestnya jadi bebudak kan. takyah pikir apa-apa. main-main ja. paling tak best pun part kena ROTAN je. ahahaha..

24.8.12

2012 | Salam | Syawal

Assalamualaikum w.b.t................

da abes beraya ke kawan-kawan? ke baru nak start beraya? HIHI...
banyak dapat duit raya? @ banyak kena pau duit raya? HAHA...
apa-apa pun, selamat hari raya ya. maaf andai ada salah silap yang tak semena-mena. sebab manusia ni tak lari dari membuat kesilapan.DAN halalkan la segala makan minum aku selama mana kiter bersama #apsal ayat aku macam skema?oh yela..kan tgh minta maaf tuh.kena la skema..#

kad raya kiut design by Abg Nizam. i loike..da ghupe nealofa da aku.

semoga korang semua dapat meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan. tapi jangan pulak kita lupa pada mereka yg serba kekurangan. kalau ada rezeki lebih..jangan la terasa korang akan jatuh miskin dgn bersedekah ya.

sebut pasal sedekah..aku ekceli saja nak sembang pasal kan budaya bagi duit raya kat kanak-kanak time raya. korang perasan tak dalam setahun atau bebila. bila masa korang bagi bebudak duit raya. selain anak beranak korang ke ape kan...

so, aku rasa menda ni baik la utk kita anggap ianya sbg sedekah. aku tahu...ada je yg rasa menda ni negatif. kononnya dgn bg duit kat bebudak kecik akan ajar dorg spt bagai meminta2 la. melebih-lebih la. makbapak dorang yg kaya nnti la ape. itu la ini la. macam la korang bagi bebudak tu duit raya 1K pon kan. so, plisss la.

kadang-kadang aku terfikir kat mereka yg terlalu susah nak bagi kat kanak-kanak yg aku rasa tak tahu ape sgt pun pasal duit. yg dorang tau suka. nak seronok-seronok. so korang, plisssss la eh. korang pun penah jadi bebudak kot. jangan risau..korang takkan jatuh miskin bagi bebudak duit raya singgit dua. mungkin Tuhan akan lebih memurahkan rezeki korang satu hari nanti..inshaAllah. 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir & Batin.



pssssstttt : yg tua-tua jangan sibuk nak minta duit raya. nanti aku muntah. apsal aku munta? sebab aku mual. apsal aku mual? sebab aku makan banyak...! HAHA...

17.8.12

#DigiBukaPuasa

Assalamualaikum w.b.t..............


selasa lepas kan. aku berbuka puasa ngan DIGI. oh..terasa ohsem ! ntah macam mana tetiber rasa mengada time tu tweet-mentweet #DigiBukaPuasa. then, staff Nuffnang kol cakap aku menang & leh dtg utk join event tu. then, aku ada tweet mcm kat bawah ni. skali esoknya lg skali dia kol cakap bleh bawa kawan. sbb dia nampak aku nyer tweet kemaen "sebatang kara". KAHKAH!


then, pergilah dengan pengalaman baru. sampai-sampai je aku rasa macam erkk...segan+blurrr abes. tapi tetiber datang Si Traveler Comel tegur kami. mmg comel sgt orgnya sambil peramah btegur sapa. kalau tak...kami terasa asing sungguh. eceh! aku rasa beliau mesti da biasa attend event  #DigiBukaPuasa  ni. sebab semua org Nuffnang & Digi macam akak ngan abg dia je. heh! Hi Rayyan Harries...!

Then, datang plak owner blog Maha Mahu join duduk ngan kami.tetiber je aku cakap teringat lagu Faizal Tahir, Maha Karya Cinta... #tetiber sangat tau#. beliau pun blogger yang tegar. semua URL blog deme ni ada "[dot].com"....femes tau. 

kat belakang tu antara rakan blogger yg datang. dorang semua sporting abes. tapi aku segan sangat nak sapa dorang. aku sapa dalam blog je la nnti. minta maaf ya kepada semua blogger yg ohsem. kami bebetol sogan aihhhhh!

nisbah bil org : kuantiti gelas = 1 : 4. HAHA....
lepas da selamat berbuka puasa. ada briefing mengenai DIGI SMARTPLAN. bagus plan yang Digi tawarkan ni. korang semua patut cuba! kami semua dapat SimCard Baru Digi. Jimat ! 

Digi Smart Plan. layari laman web Digi Malaysia.
hah...nampak tak? kan dah kata "Berbuka Puasa Dengan Digi"

Tempat : Cafe Marmalade, Bangsar Village II.
Tema : Olimpik sepatutnya #aku boleh pakai tema Hari Raya#
Ucapan buat Digi & Nuffnang : "Terima Kasih Daun Keladi, Next Time Invitelah Lagi." 
makanan utk berbuka puasa kami memang terbaik dari daporrrrrr. gemok aku sampai hari ni. eceh...#walhal memang gemok sejak dulu. ahakss!#



pssssssttt : tak sempat join games sebab kena balek. kejor bas nak balek kampongggggg! maaf ya semua. korang semua memang sangat besttttttttt!

9.8.12

Famous | Amos

Assalamualaikum w.b.t..........


ehem..ehem..semalam kan. aku kan. kan. kan. kan. ada buat biskut kan. kan. kan. nama kemaen lagi nak sedap kan. kan. kan. FAMOS AMOS katanya. rasanya..korang rasa la nanti. korang komen la eh. macam mana nak rasa? korang kena la datang raya uma aku. itupun kalau ada lagi. #kuajaq..tak ikhlas#

dulang pembakar ni besar pinggan. fed up lak aku nak bakar siket²  .
rupa tak seindah khabar & nama Famos Amos. wakakaka.....
tak gheti la aku nak hias2 kemaen. so, what u see. that what u get. 

kalau nak try buat. certengok resipi kat sini..selamat mencuba!

aku rasa kena letak coklat lagi 4 kilogram. baru la nampak coklat dia. ahaha...aku tak pasti la sama rasa ngan FA. tapi bau ala-ala FA tu ada la. kehkeh...apa-apa pun, 1st time aku try. so, jangan mengharap dilises sehingga menjilat kuku kaki. tapi aku rasa not bad la. muahaha..
** FA = Famous Amos


psssttttttt : buat biskut tanpa oven yang besar adalah sangat kesian. birthday aku bulan depan. sapa nak bagi hadiah. sila la bagi oven besar. kehkeh!

Nur | Qaseh | Qistina

Assalamualaikum w.b.t...............

koranggggg....semalam, 08082012 aku dapat anak buah baru. yang ke-16. tahniah  KAKLILAH & ABANG RIZAL. Mikhail & Zulaikha da dapat adik perempuan baru. wah...rasa cam excited lebih padahal yang dah ke-16 pun kan. tapi tiap-tiap kali dapat anak buah baru. rasa macam tu la first time aku dapat anak buah. ahakss!

nama Nur Qaseh Qistina ni belum confirm pun lagi utk nama bayi comel ni. tapi aku da pandai-pandai letak nama dia macam tu. ahai...itu bagi la kat makayah dia pilih mana nama yang maknanya baik & dorang suka. heh...

aku telah menjadi orang pertama tengok bayi ni lepas makayah dia. so, harusla aku amek gambar dia utk tunjuk kat adik beradik yang lain & nenek ngan atuk dia. ada la sessi kacau mengacau baby yg tgh syok tidor. TADAAAAAAAAAAAAAAAAA.....








tengok gambar bayi ni. atau mana-mana bayi buat aku terfikir. macam mana orang boleh buang bayi kat luar sana? #sangat comel kot. tak sampai hati langsung rasanya#

OH GELAPNYA ATAM. adeh!

pssssssttttt : aha...ada lettew nak tanya anak aku bila lagi kan? tiapkali entri aku pasal anak buah. mesti nak tanya anak aku bila? ekceli..aku ada "anak tekak" ngan "anak mata". korang hado?

7.8.12

Blueberry | Cheese | Tart

Assalamualaikum w.b.t...................

ehem...ehem...da lama tak hapdet blog. 
al maklom la busy, banyak tanggungjawab. kehkeh! 
oh ya..hari ni da 18 Ramadhan da kan. 
syukur kita masih lagi diberi kesempatan untuk menjalaninya. 
ahad lepas ada keajaiban berlaku...
dimana aku telah berjaya belajar membuat Blueberry Cheese Tart yang ohsem. 
#puji diri sendiri lbh baik dpd meminta-minta dipuji#

sebenarnya aku buat menda ni sebab ada SIFU yang baikhati. 
beliau telah ambil aku kat rumah semata-mata nak ajar aku wt menda alah ni. 
baik kan? baik kan? beliau adalah TREX aka Athira. #walhal aku paksa#
sambil dibantu oleh kawan sorang lagi, Amy.
kitorang start 1.00 P.M - 5.00 P.M. #P.M bukan = perdana menteri ya#
DAN..dengan segala kemudahan yg canggih di rumah beliau. 
kami telah berjaya menyiapkannya dgn jayanya. Alhamdulillah.

ini namanya Filling. bukan Feeling ya. cheese+lemon.
tompok bluebery kat atas tu aku conteng ikut suka aku. HAHA...

disebabkan kami punya Bluebery tahap kelikatan dia tinggi. maka, tak jadi la cam bunga-bunga yang selalo korang nampak kt cheese tart orang jual tu. jadi, tengok la seni halus aku yang super hancus seperti di atas. tapi prektis make perfect. HAHA...aku pun tergelak tengok balek gambar ni. 

so, kepada sesiapa nak rasa kagum terhadap diri sendiri macam ape yang aku buat. klik la kat link kat bawah ni :-

                    RESIPI BLUEBERRY CHEESE TART


TERIMA KASIH TREX aka ATHIRA. kau la member blog aku yang paling banyak bagi aku makanan yang aku tak pernah tahu, tak pernah makan, tak pernah buat. & tak lupa jugak buat Amy sebab join sekali. #rasa cm ucapan menang award plak. puiiiihhhh#


pssssstttttt : balek tu siap singgah kedai yg khusus jual perkakasan kuih. 1st time seumur hidup aku fikirkan pasal nak buat biskut raya. #Ripleys Believe It Or Not!# 

2.8.12

kadar | zakat | fitrah

Assalamualaikum w.b.t.........................


Alhamdulillah, syukur kita masih lagi berada dalam 13 Ramadan 1433H. semoga kita terus diberi kesihatan yang baik. korang da bayar zakat ? meh kat sini aku nak share perihal zakat. Ramadan sentiasa mengingatkan kita tentang insan lain yang kurang bernasib baik kat luar sana.  #entri aku kali ni amat sopan#


Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


pssssttttttt : Ramadan bulan paling meriah buat anak-anak yatim. tapi kemeriahan mereka takkan sama dgn kemeriahan kita yang masih ada ibubapa di dunia ini. #pergghh..ayat aku!#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...