27.7.12

Trip | Sabah | Kudat

 Assalamualaikum w.b.t..................

kali ni nak cerita ttg aktiviti aku masa kat Kudat plak. 
memang la Sabah ni banyak tempat best.
kat sini aku stay sehari. dari K.Kinabalu --> kami ke Kudat. 
nak pergi Simpang Mengayau. Rumah Panjang Rungus. Rumah Terbalik.
tempat kalau dalam peta tu. yang belah hujung Sabah nun.


RUMAH PANJANG RUNGUS


cantik sangat Rumah Panjang ni aku nengok. memula plan aku nak la duduk sehari kat rumah ni kan. tapi mengenangkan kami gadis berdua ja. so, rasa cam tak selamat. tapi FYI, kalau korang nak merasa stay kat rumah panjang. memang boleh. kat sini siap ada pakej untuk join event kebudayaan. malam korang akan diraikan dengan budaya dorang. ada joget buluh bagai tu. syok...sayangnya aku tak berkesempatan. kalau korang ke sini, try la. 


gigil-gigil kaki nak pijak buluh rumah panjang ni. halus kemaen.
RATE : sorang RM3 ja dewasa. aku kulit sehalus BAYI..FOC. ahakss!





RUMAH TERBALIK, TAMPARULI ( Upside Down House )

pasal rumah ni. bia aku ceritakan serba sedikit. ahaks..nak masuk rumah ni kena bayor RM10. disebabkan aku nak la tau ada apa dalam uma tu. aku layankan hajo. sebelum masuk, akan ada sorang tourist guide bawa kita masuk dalam tu. so, dia brief siket syarat2 nak masuk rumah terbalik ni. dan ada la kisahnya terbaliknya rumah ni. ahakss..! 
#kisahnya : 
"pada suatu hari, ada sebuah keluarga tinggal yang bahgia dalam rumah ni. suami isteri dan seorg anak yang sangat nakal.akibat kenakalannya. rumah ni pon terbalik"  #terus dia bawa masuk dlm rumah. aku layankan aje...last2, dia tanya. ada apa2 soalan?

#aku : ape yang anak dia nakal sangat sampai rumah ni terbalik ?
guide : dia nakal la. nakal sangat..dia main lepas dia degil. dia nakal la. 
#aku : errrrrrrrkkkk...nakal lagi saya.nasib tak terbalik rumah. ahakss...!

** saja je tanya. gediks. walhal da tau da. menda tu juz dongeng jak. tp unik la. smua pun dia letak terbalik. toliet jambat kat atas. kui3x...boleh guna. tapi korang mampu? heh...
** lagi 1, dalam rumah ni korang takboleh ambil gambar. kalau tak nanti. takot orang takmo masuk. sebab da tau apa isi dalamnya. kan3x..?




TANJUNG SIMPANG MENGAYAU


okeh..sini pulak Tanjung Simpang Mengayau. disebabkan kami pergi hari bekerja. alangkah takde orangnya sehingga terasa begitu menyeramkan di samping boleh beraksi Kuch Kuch Hota Hai golek2 atas rumput. 

sini la tempatnya kalau korang tengok kat Peta Dunia. part yang kat Sabah yang ada mcm cabang nun. hah..tu la tmpt dia. penghujung tanjung kat peta Sabah. best utk tengok SunSet katanya. memang cantik tempat dia. 
serius seram tau duk kat tanjung dekat2 camni. rasa sesuatu. hikss!
Kuch Kuch Hota Hai..huhuhu.
kemaen sangat ber"love shadow"




pssssssssttttttttt : Sabah Memang Best. Aku Tak Pernah Serik Pergi Sabah. huhu... 

0 komen panas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...