27.7.12

Trip | Sabah | Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t.............


bebaru ni aku ada pergi membawa hati yang lara jauh tak berapa nak jauh kat Borneo sana. saja la...nak merehatkan minda yang sarat dengan masalah dunia. perggghh...aku rasa best sangat sampai aku rasa nak story pengalaman aku part by part. #ahaks! mengada-ngada sungguh bajet kau retis nak berepisod-episod drama plak.#

sampai KK sabtu malam. sampai-sampai ambil angin sambil makan kat Waterfront Kota Kinabalu. then, malam tu stay rumah kak Jenny Dee kat Putatan. Tidor. Esok pusing-pusing Kota Kinabalu. Kota Kinabalu kalau korang nak tahu. penuh dengan pasar. aku rasa dekat 4-5 jenis pasar. Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Filipin, Pasaraya.

lepas tu. aku da gtau kat tempat aku pun ada "pasar". maka, kami ke Pulau area Kota Kinabalu nun. dia ada beberapa pulau berdekatan. Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, dan entah apa lagi nama pulaunya. LUPA! tapi pulau ni tak seindah Pulau Mabul. disebabkan kami mengejar masa. utk travel ke tempat-tempat lain. maka, kami pergi Pulau Manukan je. dia tinggalkan kita kat pulau tu. lepas tu ghasak la ngko nak mandi ke. nak snorkelling ke ape. nanti petang dia datang ambil. kos kami masa tu sbb tak g snorkelling pun. murah la.
------------------------------------
KOS : RM 23 (1pulau) + INSURAN : RM7.40 = TOTAL : RM 30.40.
------------------------------------


kami balek tu. ingat terus nak pergi Kudat yang aku rasa mengambil masa 3 jam utk sampai sana. tapi da tukar plan sevav kepenatan. pepagi esok gerak ke Kudat. dan sempat-sempat jak kami pergi Matta Fair kat mall area sana. usha nak ke Korea macam mana kira. pergggggghh...memang tak kawen la aku tengok pakej harga dia. persoalannya : da nak kawen ke? #tetttttttttt#

ulangkaji di tepi pantai. ulangkaji bajet. huhu!
keadaan tudung masih tenang & muka je tak berapa tenang!

tu dia jernih kan? main nyorok2 kompem jumpa nih!

da jalan-jalan tu. boleh plak aku nampak kedai kasut kat Sabah. aku tak paham apsal kat KL aku tak pernah nampak kedai kasut. #coverline# jadi aku "ter"beli 2 pasang kasut tiba-tiba. dan aku da rasa cm fed-up dgn pasaraya lepas beli kasut. kami "ter"lalu depan panggung wayang. layan la citer ICE AGE...memula rasa macam aku terlalu DEWASA utk layan cerita KARTUN camtu. tapi bila dalam wayang, rasa macam serupa kanak-kanak tadika. balik tu kami mencekik lagik. balek tu, tidor. nampak tak betapa tak sihatnya aku kat sana. lepas makan --> tidor --> bangun tidor --> makan lagi. sampai la kat kedai tu. ada sessi order-mengorder...

siapa datang sabah tak makan seafood. dia rugi mugi.

aku : dik, bagi sotong goreng tepung. eh..udang ada?
adik tu : udang abes kak. sotong goreng tepung takde. sotong paprik ada.
aku : sotong paprik ada plak..eh, sotong ada ? so, tepung la takde? 
adik tu : aah..tepung abes. #jauh-jauh aku dtg. tepung abes. ape la nasib aku#
aku : erkkk...? ok. takpe la kalau camtu. cili ada? 
adik tu : ada kak. 
aku : aha..okla, nak sambal sotong.


balik tu. ada peristiwa seram terjadi, dimana wrishlet aku yang berisi IC, pas perjalanan aku, kad bank, duit dan segalanya tercicir. aku da gigil ketakutan memikirkan nasib aku untuk hari esok dan esok. ingat balik mana tempat kami pergi. sebab last tempat persinggahan kami adalah rumah parent Panadol. so, dgn pantas suruh adik dia cari wrishlet tsebut. dan Alhamdulillah. tercicir kat sana rupanya. CUAI! LALAI!

NEXT : Trip | Sabah | Kudat


psssstttt : maaf andai kata baju yang aku pakai kelihatan seperti siaran ulangan. maklumla, tak bawa almari g sini. kuikui....

4 komen panas:

damha said...

wah sesesambil cuti2 mesia sempat jua kau mengulangkaji utk amik spm tahun nie ye....sesambil pakai spek hitam mcm saya...he3333 @_@

Cik Bib said...

@damha : HAHAHAHA..mencari biar di mana-mana punggggggggggg.

muCux said...

woii g sabah nk tgk ice age balik tgk kat kl weih!!!
hahaha

Cik Bib said...

@muCux : nak wat acane. da "ter"lalu depan panggung wayang. lgpn kat KK kan mmg takde ape punggg yang rare. selain penuh dgn PASAR. ahakss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...