28.7.12

Trip | Cameron | Highland

Assalamualaikum w.b.t...........


kali ni nak sembang pasal holiday aku ngan kawan officemate baru ni. ngam-ngam aku balek dari Trip Sabah. masuk office Khamis. dan2 jumaat tu da kena pack untuk ke Cameron plak. sakan kemaen seminggu sebelum puasa...

Jumaat lepas office hour, mereka semua tidor rumah aku. esok pepagi gerak dari Selayang. senang nak masuk highway Jalan Duta nun. perjalanan okeh. tapi bila sampai2 ja kat atas nak naik Cameron tu jalan JAM abes. dekat sejam lebih kot duk harung jem kat bukit nun. sabar je la.


kami stay kat Brinchang Hotel RM170/2D1N. bebetul dekat dgn pasar malam, depan tmpt makan, depan KFC. #nampak tak aku cakap pasal makanan ja? HAHA..

stroberi mana paling manis...ahaksss. 




sampai-sampai kitorang berjalan g melawat kebun eh ladang strawberi la ape bagai mana yang sempat sebab da macam sangkut kat jem. pastu sambung malam tu nak g pasar malam kan. mak aku kirim da sayur ape ke namanya pelik benar. KIMCHI ke ape ntah..nasib jumpa!

esoknya pergi jalan kat MARDI penuhla bunga, kaktus, baja, strawberi. kat sini la kan aku feeling2 datuk K & datuk Siti Nurhaliza makan stroberi cekelat kemaen. auuuucchhh! pastu pergi ladang teh. nampak sangat stamina da takde. semput dibuatnya duk turun ladang teh ni. heh...



sebelum balik tu pergi la berjalan lagi & singgah beli sayur la jagung la kat tepi2 jalan sepanjang turun tu. sampai kedai orang jual petai pon dorang benti. takboleh la aku gurau siket nak beli petai. da dorang igt serius benar. KAHKAH. sepanjang perjalanan balik tu. hujan je...dahsyat la. nasib baik selamat gak sampai ke rumah memasing. Alhamdulillah. 


pssstttttt : ni 1st time aku pergi Cameron. kasihan bukan ? da dewasa baru sampai sini. 

0 komen panas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...