20.7.12

Ramadhan | Al | Mubarak

Assalamualaikum w.b.t...............

Di kesempatan ini, bolehla kiranya aku nak mengucapkan....


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh.
Semoga Ramadhan Membawa Keberkatan Kepada Semua Dan Mengukuhkan Ukhwah Yang Terbina.



Syukur Alhamdulillah sebab kita diberi peluang
bertemu dengan bulan yang penuh rahmat ini. 

Di kesempatan ini, aku nak memohon ampun dan maaf, 
andai kata ada salah silap pada perbuatan mahupun perkataan. 
semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah dengan sempurna.  
kat bawah ni aku ada SHARE something semuanya tentang PUASA

DOA BERSAHUR : 

DOA BERBUKA PUASA : 

PERKARA WAJIB PUASA: 

1) Islam 
2) Mukalaf 
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur 
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari. 

PERKARA SAH PUASA : 

1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz. 
2) Suci dari haid dan nifas. 
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu. 
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban). 

PERKARA RUKUN PUASA

1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar. 
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

PERKARA MEMBATALKAN PUASA 
Sekiranya 

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja. 
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja. 
4) Haid atau nifas. 
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah). 
6) Murtad (keluar dari Islam). 
7) Gila (hilang akal). 

PANTANG-LARANG PUASA : 
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia). 

1) Berdusta, berbohong. 
2) Mengumpat, mengata orang. 
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan. 
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan. 
5) Marah.



pssssssssstttttttt : masuk bulan Ramadhan. otomatik pembaziran boleh berlaku dgn dahsyat. maka, kawal nafsu time pergi Bazar Ramadhan. #peringatan buat diri sendiri jugek#


4 komen panas:

Myra Jay said...

Bila perut lapar, nafsu apa lagi kan..heheee

Salam Ramadhan ;D

Cik Bib said...

Myra Jay : salam Ramadhan buat kamo juga.

damha said...

saya rasa belum terlewat rasanya saya hendak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak pada bib....he333...mkn soq ok ka bib...

Cik Bib said...

@damha : HAHA...selamat berpuasa & selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...