2.7.12

3 | bulan | sudah ?

Assalamualaikum w.b.t..............


hari ni genapla 3 bulan ngam-ngam aku kerja kat tempat baru, iKonxept Sdn Bhd dengan jayanya. Probobation aku dalam surat : 02042012 - 02072012. dan-dan hari ni aku dapat confirmation letter tanda aku baik dan sopan orangnya.

Alhamdulillah...cepat betul masa berlalu. banyak benda baru aku belajar kat company baru ni. lain daripada pengalaman aku dapat sebelum ni. kawan-kawan kat sini pun baik-baik belaka. tapi kalau nampak hari isnin muka memasing cam ape. paham-paham la. jangan la bergurau tak bertempat. memang cari nahas le gamaknya..palin-paling deme tak layan ko. 

Antara kerja-kerja yang aku da buat sepanjang 3 bulan kat company ni :-

  • aku hasilkan Booklet yang seringkas boleh untuk client. sebab aku tak suka baca menda panjang-panjang. jadi, aku buat Booklet ni. Alhamdulillah, BOS aku suka.
  • aku pun hasilkan satu Leaflet sbg pengenalan tentang sistem yang company aku bangunkan. sebab aku malas baca. aku memang buat 1 page je.
  • aku pun hasilkan Video Tutorial untuk 2 sistem yang dibangunkan (iResidential & iCommercial) menggunakan software Camtasia. 
  • aku ikut senior & bos pergi site meeting, presentation, demo dll. 
  • aku mengadakan FAQ untuk 2 sistem yang aku sebut kat ats tu. [ FAQ = Frequently Asked Question ]
  • assist Supervisor aku buat report untuk kerja mengikut kehendak pelanggan.
  • Latest, aku kena buat video Tutorial yang ada Audio Visual gitu. yang mana tutorial ada suara mat salleh kemaen cakap English berhabuk tu. tak tahan tu aku sebagai Project Leader


apa-apa pun banyak menda baru yang aku belajar kat sini. semoga setiap pekerjaan yang aku lakukan dipermudahkan & akan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah S.W.T.


psssssssstttttttt : kalau korang rasa kat tempat kerja korang tak best. ketahuilah bahawasanya kat mana-mana tempat pun korang akan jumpa situasi yang sama. 

2 komen panas:

Anonymous said...

bagi akk lak... setiap pekerjaan ade cabaran... & setiap syarikat ade masalahnya tersendiri.. pilihlah mana yang rasa sesuai & boleh bekerja ngan aman & tenang...

Cik Bib said...

@Anon @ akak : aha..betol tu. yang penting kita kerja dgn ikhlas & jujur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...