31.7.12

Ammar | ke | Bazli ?

Assalamualaikum w.b.t................



macam mana puasa korang semua? berjalan dengan baik tak? aku harap semuanya baik-baik belaka. hari ni aku nak sembang pasal eh eh...cerita Dejavu di Kinabalu. korang tahu tak betapa aku layan cerita ni sampai terikut-ikut bawa diri ke Kinabalu. puihhhhhhhhhh sungguh. tapi disebabkan cerita ni time maghrib. maka, aku terpaksa tengok dengan cara mendonload di opis setiap hari. kehkeh.. tapi bukan aku donlod. supervisor aku. aku tukang kopipes kan hajo!


macam biasa siapa je la tempat aku berhibur duka-lara kalau bukan dengan anak buah aku. bebaru ni masa aku tengok episod yang aku terlepas. aku sesembang la dgn anak buah aku yang nak jadi Nicole David dalam entri ni.  

--------------------------------------------------------
AKU : kakak....kakak suka lelaki yang mana?
kakak : eehmmm...kakak suka lelaki yang satu tu atam. 
AKU : yang mana 1 ? #masa tu tgh keluar muka Aqasha[Ammar] tgok pic Tizz#
kakak : atam suka lelaki yang mana? kakak suka yang lagi satu tu.
AKU : japg keluar muka kawan Ammar dalam cerita ni. saja la aku nak test dia. aku tunjuk la. kakak suka lelaki [kawan Ammar tadi] yg ni ke kakak? 
kakak : bukan atam. yang lagi satu tu. #tetiber keluar muka Bazli [Nazim Othman] # HAH...! kakak suka lelaki ni la atam. muahahahaha...
AKU : errrrrrrrrrrkkkkkkkkkkkkkk....? budak ni pun tahu. sabor je la aku! #nasib baik dia tak tahu pasal undi Ammar/Bazli. kalau tak, lagi taboleh bla. ahakss!#

aku sejak dari awal lagi suka Bazli. yang aku tak puashati siapa lak perempuan tetiber Bazli nak kawen tu. main petik je dorang ni. kemaen kaku lagi. apa-apa punnngg, i lap u Bazli. auccchhhhh...so sweet. 
--------------------------------------------------------


pssssstttttttttt : tengok TV skadar suka-suka ja pun. kalau korang tak tengok TV. tak semestinya korang tak suka tengok TV. mungkin sbb takde TV. sapa tahu? hekhek!

28.7.12

Trip | Cameron | Highland

Assalamualaikum w.b.t...........


kali ni nak sembang pasal holiday aku ngan kawan officemate baru ni. ngam-ngam aku balek dari Trip Sabah. masuk office Khamis. dan2 jumaat tu da kena pack untuk ke Cameron plak. sakan kemaen seminggu sebelum puasa...

Jumaat lepas office hour, mereka semua tidor rumah aku. esok pepagi gerak dari Selayang. senang nak masuk highway Jalan Duta nun. perjalanan okeh. tapi bila sampai2 ja kat atas nak naik Cameron tu jalan JAM abes. dekat sejam lebih kot duk harung jem kat bukit nun. sabar je la.


kami stay kat Brinchang Hotel RM170/2D1N. bebetul dekat dgn pasar malam, depan tmpt makan, depan KFC. #nampak tak aku cakap pasal makanan ja? HAHA..

stroberi mana paling manis...ahaksss. 




sampai-sampai kitorang berjalan g melawat kebun eh ladang strawberi la ape bagai mana yang sempat sebab da macam sangkut kat jem. pastu sambung malam tu nak g pasar malam kan. mak aku kirim da sayur ape ke namanya pelik benar. KIMCHI ke ape ntah..nasib jumpa!

esoknya pergi jalan kat MARDI penuhla bunga, kaktus, baja, strawberi. kat sini la kan aku feeling2 datuk K & datuk Siti Nurhaliza makan stroberi cekelat kemaen. auuuucchhh! pastu pergi ladang teh. nampak sangat stamina da takde. semput dibuatnya duk turun ladang teh ni. heh...



sebelum balik tu pergi la berjalan lagi & singgah beli sayur la jagung la kat tepi2 jalan sepanjang turun tu. sampai kedai orang jual petai pon dorang benti. takboleh la aku gurau siket nak beli petai. da dorang igt serius benar. KAHKAH. sepanjang perjalanan balik tu. hujan je...dahsyat la. nasib baik selamat gak sampai ke rumah memasing. Alhamdulillah. 


pssstttttt : ni 1st time aku pergi Cameron. kasihan bukan ? da dewasa baru sampai sini. 

27.7.12

Trip | Sabah | Kudat

 Assalamualaikum w.b.t..................

kali ni nak cerita ttg aktiviti aku masa kat Kudat plak. 
memang la Sabah ni banyak tempat best.
kat sini aku stay sehari. dari K.Kinabalu --> kami ke Kudat. 
nak pergi Simpang Mengayau. Rumah Panjang Rungus. Rumah Terbalik.
tempat kalau dalam peta tu. yang belah hujung Sabah nun.


RUMAH PANJANG RUNGUS


cantik sangat Rumah Panjang ni aku nengok. memula plan aku nak la duduk sehari kat rumah ni kan. tapi mengenangkan kami gadis berdua ja. so, rasa cam tak selamat. tapi FYI, kalau korang nak merasa stay kat rumah panjang. memang boleh. kat sini siap ada pakej untuk join event kebudayaan. malam korang akan diraikan dengan budaya dorang. ada joget buluh bagai tu. syok...sayangnya aku tak berkesempatan. kalau korang ke sini, try la. 


gigil-gigil kaki nak pijak buluh rumah panjang ni. halus kemaen.
RATE : sorang RM3 ja dewasa. aku kulit sehalus BAYI..FOC. ahakss!





RUMAH TERBALIK, TAMPARULI ( Upside Down House )

pasal rumah ni. bia aku ceritakan serba sedikit. ahaks..nak masuk rumah ni kena bayor RM10. disebabkan aku nak la tau ada apa dalam uma tu. aku layankan hajo. sebelum masuk, akan ada sorang tourist guide bawa kita masuk dalam tu. so, dia brief siket syarat2 nak masuk rumah terbalik ni. dan ada la kisahnya terbaliknya rumah ni. ahakss..! 
#kisahnya : 
"pada suatu hari, ada sebuah keluarga tinggal yang bahgia dalam rumah ni. suami isteri dan seorg anak yang sangat nakal.akibat kenakalannya. rumah ni pon terbalik"  #terus dia bawa masuk dlm rumah. aku layankan aje...last2, dia tanya. ada apa2 soalan?

#aku : ape yang anak dia nakal sangat sampai rumah ni terbalik ?
guide : dia nakal la. nakal sangat..dia main lepas dia degil. dia nakal la. 
#aku : errrrrrrrkkkk...nakal lagi saya.nasib tak terbalik rumah. ahakss...!

** saja je tanya. gediks. walhal da tau da. menda tu juz dongeng jak. tp unik la. smua pun dia letak terbalik. toliet jambat kat atas. kui3x...boleh guna. tapi korang mampu? heh...
** lagi 1, dalam rumah ni korang takboleh ambil gambar. kalau tak nanti. takot orang takmo masuk. sebab da tau apa isi dalamnya. kan3x..?




TANJUNG SIMPANG MENGAYAU


okeh..sini pulak Tanjung Simpang Mengayau. disebabkan kami pergi hari bekerja. alangkah takde orangnya sehingga terasa begitu menyeramkan di samping boleh beraksi Kuch Kuch Hota Hai golek2 atas rumput. 

sini la tempatnya kalau korang tengok kat Peta Dunia. part yang kat Sabah yang ada mcm cabang nun. hah..tu la tmpt dia. penghujung tanjung kat peta Sabah. best utk tengok SunSet katanya. memang cantik tempat dia. 
serius seram tau duk kat tanjung dekat2 camni. rasa sesuatu. hikss!
Kuch Kuch Hota Hai..huhuhu.
kemaen sangat ber"love shadow"




pssssssssttttttttt : Sabah Memang Best. Aku Tak Pernah Serik Pergi Sabah. huhu... 

Trip | Sabah | Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t.............


bebaru ni aku ada pergi membawa hati yang lara jauh tak berapa nak jauh kat Borneo sana. saja la...nak merehatkan minda yang sarat dengan masalah dunia. perggghh...aku rasa best sangat sampai aku rasa nak story pengalaman aku part by part. #ahaks! mengada-ngada sungguh bajet kau retis nak berepisod-episod drama plak.#

sampai KK sabtu malam. sampai-sampai ambil angin sambil makan kat Waterfront Kota Kinabalu. then, malam tu stay rumah kak Jenny Dee kat Putatan. Tidor. Esok pusing-pusing Kota Kinabalu. Kota Kinabalu kalau korang nak tahu. penuh dengan pasar. aku rasa dekat 4-5 jenis pasar. Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Filipin, Pasaraya.

lepas tu. aku da gtau kat tempat aku pun ada "pasar". maka, kami ke Pulau area Kota Kinabalu nun. dia ada beberapa pulau berdekatan. Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, dan entah apa lagi nama pulaunya. LUPA! tapi pulau ni tak seindah Pulau Mabul. disebabkan kami mengejar masa. utk travel ke tempat-tempat lain. maka, kami pergi Pulau Manukan je. dia tinggalkan kita kat pulau tu. lepas tu ghasak la ngko nak mandi ke. nak snorkelling ke ape. nanti petang dia datang ambil. kos kami masa tu sbb tak g snorkelling pun. murah la.
------------------------------------
KOS : RM 23 (1pulau) + INSURAN : RM7.40 = TOTAL : RM 30.40.
------------------------------------


kami balek tu. ingat terus nak pergi Kudat yang aku rasa mengambil masa 3 jam utk sampai sana. tapi da tukar plan sevav kepenatan. pepagi esok gerak ke Kudat. dan sempat-sempat jak kami pergi Matta Fair kat mall area sana. usha nak ke Korea macam mana kira. pergggggghh...memang tak kawen la aku tengok pakej harga dia. persoalannya : da nak kawen ke? #tetttttttttt#

ulangkaji di tepi pantai. ulangkaji bajet. huhu!
keadaan tudung masih tenang & muka je tak berapa tenang!

tu dia jernih kan? main nyorok2 kompem jumpa nih!

da jalan-jalan tu. boleh plak aku nampak kedai kasut kat Sabah. aku tak paham apsal kat KL aku tak pernah nampak kedai kasut. #coverline# jadi aku "ter"beli 2 pasang kasut tiba-tiba. dan aku da rasa cm fed-up dgn pasaraya lepas beli kasut. kami "ter"lalu depan panggung wayang. layan la citer ICE AGE...memula rasa macam aku terlalu DEWASA utk layan cerita KARTUN camtu. tapi bila dalam wayang, rasa macam serupa kanak-kanak tadika. balik tu kami mencekik lagik. balek tu, tidor. nampak tak betapa tak sihatnya aku kat sana. lepas makan --> tidor --> bangun tidor --> makan lagi. sampai la kat kedai tu. ada sessi order-mengorder...

siapa datang sabah tak makan seafood. dia rugi mugi.

aku : dik, bagi sotong goreng tepung. eh..udang ada?
adik tu : udang abes kak. sotong goreng tepung takde. sotong paprik ada.
aku : sotong paprik ada plak..eh, sotong ada ? so, tepung la takde? 
adik tu : aah..tepung abes. #jauh-jauh aku dtg. tepung abes. ape la nasib aku#
aku : erkkk...? ok. takpe la kalau camtu. cili ada? 
adik tu : ada kak. 
aku : aha..okla, nak sambal sotong.


balik tu. ada peristiwa seram terjadi, dimana wrishlet aku yang berisi IC, pas perjalanan aku, kad bank, duit dan segalanya tercicir. aku da gigil ketakutan memikirkan nasib aku untuk hari esok dan esok. ingat balik mana tempat kami pergi. sebab last tempat persinggahan kami adalah rumah parent Panadol. so, dgn pantas suruh adik dia cari wrishlet tsebut. dan Alhamdulillah. tercicir kat sana rupanya. CUAI! LALAI!

NEXT : Trip | Sabah | Kudat


psssstttt : maaf andai kata baju yang aku pakai kelihatan seperti siaran ulangan. maklumla, tak bawa almari g sini. kuikui....

26.7.12

bersabarlah | sayang

Assalamualaikum w.b.t................


cepatnya masa berlalu. da masuk 26 Julai 2012 / 6 Ramadan 1433. dan hari ni hari ke-4 aku pergi kerja rileks lagi. jalan lengang. tapikkkkkkkkkk...time balik la. aku rasa kena balek rumah seawal pukol 2 petang. baru aku boleh balik sambil berangan-angan aku snorkelling kat Krabi. 

maybe sebab waktu kerja abes pukol4-5 petang. kesesakan time tu memang tak dapat nak elakla kan. untungla siapa yang office & rumahnya berjiran. Ramadhan kali ni aku da kerja jauh dari rumah.maka, sangatla rasa nak fed-up tengok pemandu yang makin pelik ketika memandu. rasa nak sepak ja tapi dek disebabkan aku pakai heel 3inci tatkala merempit. maka, aku sabar dan marah dalam hati ja...


tempat paling sesak adalah kat "traffic light" yang masih berfungsi baik. so, korang leh imagine la. betapa dahsyatnya kan? sesak kat semua tempat perkara biasa di bulan puasa. bazar Ramadhan 'terlalu strategik' pun payah gak kan. tapi nak buat macam mana. tepi jalan. da tentu parking kereta tepi-tepi. takkan nak lipat kereta masuk beg pastu g beli murtabak selamber camtu je kan. 

tak kisah la macam mana pun pemanduan anda ketika bulan puasa. aku harap "BERSABARLAH SAYANG" macam tajuk lagu raya tu. #sedap woh lagu Sanisah Huri ni, Anuar Zain pun ada nyanyikan semula lagu ni. ahai...#  



psssssttttttttt : sila tinggalkan space utk pengguna motosikal mencilok. lepas tu korang nak berebut jalan sambil layan radio dlm kereta yg beraircond tu..ghasak!

20.7.12

Ramadhan | Al | Mubarak

Assalamualaikum w.b.t...............

Di kesempatan ini, bolehla kiranya aku nak mengucapkan....


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh.
Semoga Ramadhan Membawa Keberkatan Kepada Semua Dan Mengukuhkan Ukhwah Yang Terbina.



Syukur Alhamdulillah sebab kita diberi peluang
bertemu dengan bulan yang penuh rahmat ini. 

Di kesempatan ini, aku nak memohon ampun dan maaf, 
andai kata ada salah silap pada perbuatan mahupun perkataan. 
semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah dengan sempurna.  
kat bawah ni aku ada SHARE something semuanya tentang PUASA

DOA BERSAHUR : 

DOA BERBUKA PUASA : 

PERKARA WAJIB PUASA: 

1) Islam 
2) Mukalaf 
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur 
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari. 

PERKARA SAH PUASA : 

1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz. 
2) Suci dari haid dan nifas. 
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu. 
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban). 

PERKARA RUKUN PUASA

1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar. 
2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

PERKARA MEMBATALKAN PUASA 
Sekiranya 

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja. 
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja. 
4) Haid atau nifas. 
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah). 
6) Murtad (keluar dari Islam). 
7) Gila (hilang akal). 

PANTANG-LARANG PUASA : 
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia). 

1) Berdusta, berbohong. 
2) Mengumpat, mengata orang. 
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan. 
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan. 
5) Marah.



pssssssssstttttttt : masuk bulan Ramadhan. otomatik pembaziran boleh berlaku dgn dahsyat. maka, kawal nafsu time pergi Bazar Ramadhan. #peringatan buat diri sendiri jugek#


8.7.12

somewhere

Assalamualaikum w.b.t.....................






SOALAN : mana tempat sesuai untuk aku pergi untuk membawa hati yang lara ?


A : Pulau Krabi, Thailand. sawadikap
B : Eiffel Tower, Paris. auuwww suwit!
C : Semua seperti di atas. 
D : Bukan Langsung seperti di atas.
E : Refer to Jawapan Belakang Muka Surat.




psssssttttttt : doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T. dan berjalan lancar seperti apa yang dirancang. AMIN....

7.7.12

hai | la | kakak...

Assalamualaikum w.b.t..............



bebaru ni aku ada chat dgn anak buah aku kat Facebook...aku tak tahu la nak cakap menda ni kelakar ke hebat ke canggih ke whatever la. yang aku tahu. buat aku tersenyum sorang-sorang. dialognya seperti di bawah #eh..skema nya ayat aku#



kakak : atam....ohhheeeehhhhhhaaaaaaaahhhhhh atammmmm...
aku : hai kakak. macam mana tadi? dah pergi main squash tak ?

kakak : 
aku : dapat tak pemilihan squash tu tadi kakak? #pemilihan wakil skolah darjah2#

kakak : tak...kalau menang mesti dapat pergi luar negara kan atam ? tak lembek..hehehehe.
aku : ERKKKKKKKKKK .........? #speechless# kaitan luar negara & tak lembek tu apekah?


nicol David nampaknya dah ada pelapis...kehkeh!
"kakak" yang aku citer tu. ada bakat tak?


psssssssstttttttt : bebudak skrg. sembang pun kat FB. fikiran pun jauh ke luar negara. sukan darjah 2 pun amekaw squash terus. aku dulu ptandingan congkak..

6.7.12

stress | jangan | stress

Assalamualaikum w.b.t...


sehat ka? da lama gak rasanya tak hapdet blog ni. lama ke? #tetttttttt#



ehm...hari ni aku nak sembang pasal menda yang aku rasa macam STRESS & SEMAK la kadang-kadang. bila kau buat kerja. tapi, kau ada jurucakap lain yang pandai cakap jak...  ekceli aku suka kerja TEAM ni. sebab senang la bagi aku. nak buat itu ini sebab ada kawan-kawan yang bleh support. tapi team kali ni...buat aku rasa pening & meluat!


tapik takpe. kita kena lalui dengan tabah & gembira dengan kawan-kawan yang lain. tu je aku nak luahkan kat entri ni. kerja aku best ja. tapi kena kerja dgn orang tak best. itu je...aku masih mampu buat entri ni sambil senyum. 



psssssssssssttttttttt : asal hari Jumaat ja. feeling cuti da tebal sejak pagi. macammana nak dapat anugerah pekerja paling dedikasi ? ahaksss!

4.7.12

ke | GYM | yo !

Assalamualaikum w.b.t....................


ehem..ehem..entri taknak kalah. kemaen tau ke GYM. bajet badan bleh jadi keketol. tapi baru angkat dumbbel yang beratnya 2.5 KG kemaen mengeluh. ape celop ? HAHAHA...

sebab aku tiada lagi komitmen. jadi, sempat je la aku nak ke GYM la ape bagai kan. ritu kelas aerobik. ni da ke gym plak. ni semua pasal INTAN la ni.thank you ajak aku weh.  kental gila la beliau g sorang je gym selama ni. terpengaruh gak akhirnya aku dengan beliau. tapi best weh g GYM yang bayar sendiri takde free-free trial..sebab ko akan lebih menghargai setiap kali utk menggunakan semua alatan kat situ. HAHAHA....

hari tu aku ada gak g GYM Fitness First tu. tapi dulu tak ramai sangat kat Fitness tu. sekarang ni ramai gilak. sampai aku kena beratur panjang la nak maen alatan dia tu. aku g yang TRIAL punya ja. so, disiplin utk main alatan gym adalah amat teruk sekali. menda free la katakan.

ada PUNCH BAG woh. SUKA! SUKA! buat aku semangat waja pukol punch bag tu sambil terbayang muka orang yang aku benci. sila jangan buat aku benci. nanti aku bayangkan korang! heh...



psssssssssssttttttttt : malam tadi pergi gym. pagi ni aku da sengal sendi otot. nampak sangat banyak lemak tepu. HAISH..........

3.7.12

tulisan | JAWI

Assalamualaikum w.b.t................


betapa kesannya email yang tiada berbalas. sebab company aku kerja ni Chinese bosnya kan. bahagian HR pun sama. jadi, mari kita meluahkan perasaan di WHITEBOARD ni dalam bahasa JAWI. ini sebenarnya kerja-kerja lagha kawan aku saja memainkan perasaan aku.

bos aku perasan plak & sempatla tegur, "APA YANG KAMU ORANG TULIS TU? KENAPA DALAM BAHASA JAWI ? AKU TAK FAHAM......" 

so, sekarang....cuba korang translate kan kalau hebat. HAHAHAHA....

mari belajar menulis dalam JAWI 

cari beza antara tulisan JAWI yang atas & bawahnya.


psssssstttttttt : dah lama gak tak menulis dalam JAWI. alang-alang ada whiteboard kat sebelah aku nak conteng-conteng blajar menulis JAWI. boleh la....HEHE!

2.7.12

3 | bulan | sudah ?

Assalamualaikum w.b.t..............


hari ni genapla 3 bulan ngam-ngam aku kerja kat tempat baru, iKonxept Sdn Bhd dengan jayanya. Probobation aku dalam surat : 02042012 - 02072012. dan-dan hari ni aku dapat confirmation letter tanda aku baik dan sopan orangnya.

Alhamdulillah...cepat betul masa berlalu. banyak benda baru aku belajar kat company baru ni. lain daripada pengalaman aku dapat sebelum ni. kawan-kawan kat sini pun baik-baik belaka. tapi kalau nampak hari isnin muka memasing cam ape. paham-paham la. jangan la bergurau tak bertempat. memang cari nahas le gamaknya..palin-paling deme tak layan ko. 

Antara kerja-kerja yang aku da buat sepanjang 3 bulan kat company ni :-

  • aku hasilkan Booklet yang seringkas boleh untuk client. sebab aku tak suka baca menda panjang-panjang. jadi, aku buat Booklet ni. Alhamdulillah, BOS aku suka.
  • aku pun hasilkan satu Leaflet sbg pengenalan tentang sistem yang company aku bangunkan. sebab aku malas baca. aku memang buat 1 page je.
  • aku pun hasilkan Video Tutorial untuk 2 sistem yang dibangunkan (iResidential & iCommercial) menggunakan software Camtasia. 
  • aku ikut senior & bos pergi site meeting, presentation, demo dll. 
  • aku mengadakan FAQ untuk 2 sistem yang aku sebut kat ats tu. [ FAQ = Frequently Asked Question ]
  • assist Supervisor aku buat report untuk kerja mengikut kehendak pelanggan.
  • Latest, aku kena buat video Tutorial yang ada Audio Visual gitu. yang mana tutorial ada suara mat salleh kemaen cakap English berhabuk tu. tak tahan tu aku sebagai Project Leader


apa-apa pun banyak menda baru yang aku belajar kat sini. semoga setiap pekerjaan yang aku lakukan dipermudahkan & akan sentiasa dirahmati serta diberkati Allah S.W.T.


psssssssstttttttt : kalau korang rasa kat tempat kerja korang tak best. ketahuilah bahawasanya kat mana-mana tempat pun korang akan jumpa situasi yang sama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...