27.6.12

temuduga | PPTM | PPSPPA

Assalamualaikum w.b.t.................


hari ni aku nak cerita la siket pengalaman aku interview sbg Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ni. dengar sekali mesti korang imagine yang angkat najis tu kan.takpon korang terbayang tong sampah Kitar Semula tu? 


interview pukul 2.00 PTG (18/06/2012).kat Stadium Titiwangsa. wowwwww! ramainya manusia. dorang ni datang nak interview gak / nak main badminton kt stadium tu ke kan. tp pakaian formal. harusla deme pn datang utk interview. so, aku chill lagi. baca sesiket pasal PPSPPA ni. then..

  • daftar nama : sign kat name list tanda kehadiran. 
  • masuk dlm stadium. dekat sejam kot duk dalam stadium tu. 
  • tengok sorang-sorang masuk. bawa nota tebal-tebal. aku da la baru abes adek kawen.  ape yg sempat je.. #tanda-tanda tak dapat#
  • calon-calon makin ramai. aku rasa 70 org ada kot. kekosongan 2 je pn. ENTAH !
  • da sejam lebih. dorang panggil nama, 5-5....maknanya disini. korang kena la masuk hadap penemuduga secara kumpulan. aku kena round ke-2. nasib baik la. aku da tak larat nak tunggu lama-lama. demam time interview adalah sangat azab ya. rasa nak pengsan.
  • APE LA NASIB..! da la demam. jadi calon 1 drpd 5 org tu..da tentu papehal aku kantoi dulu kan..?  ada 3 orang yang interview. 


DATUK/ENCIK  -  DATIN/PUAN  -  DATUK/ENCIK

CALON 5   -   CALON 4    -   CALON 3   -   CALON 2    -    CALON 1


hah...nampak tak kedudukan kitorang time interview ni ? aku calon1 opkos vibrate aku lebih siket berbanding yang lain. so, mendapat la soklan-soklan penemuduga :

sila perkenalkan diri satu persatu. kalau sapa kenalkan in english akan ada extra mark & dari segi pengenalan menarik pun extra mark. #aha...lebih kurang mcm tu la#
korang pilih la nak introduce macam mana. 
ENGLISH (extra mark) tapi kalau cakap berterabur. kejadahnya kan extra mark?
MELAYU (kurang markah) tapi kalau kau konfiden. mana tahu..penyampaiannya berkesan.

da pusing seround dpd calon1 -> calon 5. dia patah balik. tanya ada apa-apa penambahan? pastu dia teruskan ke soalan. pernah tak masa belajar ataupun kerja membangunkan sistem atau laman web? ceritakan siket pasal sistem yang dibangunkan & apa database yang digunakan.
aha...amek ko soklan dia. so, ko bedal je la apa sistem ko pernah buat sebelum ni dpd kau belajar. kalau kelentong siket pun takpe. sbb dia tak tanya mendalam sgt pastu. ahaks!

da setel seround citer pasal sistem, dia tanya plak soalan yang macam ko kena jawab ala-ala POP KUIZ. dia suruh gtau apa perkhidmatan yang kita tahu pasal sisa pepejal ni? 
soalan dia simple. tapi yang klakar. takde sorang nak jawab pasal sampah. suma jawab yang advance-advance. muahaha...malu kot nak sebut sampah scr terus terang. kiasan siket. 

dia tanya lagi pasal pengurusan sisa pepejal. apa tindakan contoh kesalahan yang pihak sisa pepejal boleh ambil kalau masyarakat buat kesalahan tu. 
lagi sekali semua org takmo cakap pasal buang sampah kena saman. suma cakap yang advance-advance. HAHAHAHA...

pastu itu je la. sebab 5 orang kan. bajet masa dia takleh lama sgt. yg ngah tunggu dlm stadium td ramai lg kot. so, itu je la aku nak share kat sini. sebab masa aku dpt interview ni. aku duk cari gak forum sal pengalaman deme interview kat sini. tapi tak banyak. so, aku share la kali ni kat blog ni ya. 


pssssstttttttt : tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia bukan pada Hang Tuah, tuah manusia siapa yang tahu. 

10 komen panas:

p[A]n[A]d[O]L said...

tuah manusia nmpk kat mulut.
kalo manis, manis la jwbnya..
hahaha

apapun, gudluck beb.. :)

Chikebum Buzz said...

INsyaallah , ada rezeki x kemane.. =)

Cik Bib said...

@ p[A]n[A]d[O]L : HAHA...amboi mulut manis macam kau lettew.

tenkiu panadol. heh...

Cik Bib said...

@Chikebum Buzz : aha kak siti..da tak berharap da. ada rezeki ada la...kalau takde. takpe. rezeki ada kat tempat lain. insyaAllah....

damha said...

rasa2 tul jugak spt kata cik @p[A]n[A]d[O]L tu...mulut yg manis ditambah dgn wajah yg manis tentu akan terasa akan kemanisannya..moga2 mendapat keputusan yg manis jugak spt yg cik bib taw kan semanis kurma tu.....he3333

Cik Bib said...

@damha : manis di bibir. menukar kata. malah kau tuduh akulah...segala penyebabnya. ewah....kan da nyanyi lagu exists da. muahahahaha...

Anonymous said...

so, any gudnews? ni temuduga keberapa? 1 or da yg 2nd time ?

Cik Bib said...

@Anon : belom lagi. dia tulis kat surat tu. 1/8/2012 baru tau keputusannya. ini yang 1st intvw. tak tahu pulak aa 2nd intvw...

kalau ada apa-apa nanti, sy inform ya. tq singgah blog ni.

Anonymous said...

dapat tak?

Cik Bib said...

@Anon : tak dapat. takde rezeki dekat PPSPPA. skrg ni saya jadi PPTM di RISDA. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...