29.6.12

cinta | yang | sejati

Assalamualaikum w.b.t.............

entri ni aku nak feeling hayati lirik lagu nasyid di hari Jumaat yang mulia ini. heh....so, jom share. kalau la hidup & cinta ni sama macam lirik ni. indahnya kan..? tapi tak semudah itu la kan nak rasa. jom layan lagu nasyid ni yang wat aku rasa cam *sentap hati mak nak*....




cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

[*chorus ]

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula 
kerana bercinta kita pun leka
entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

[ *ulang chorus ]

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
masa berada
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.



pssssssttttttt : malam tadi aku mimpi. mimpi yang unik...unik sebab macam berkait dengan waktu masa aku baru terjaga dari mimpi tersebut. 

sotong | bercahaya

Assalamualaikum w.b.t...................



SUBHANALLAH...aku ada terima email ni. saja la nak share...cantiknya sotong yang siap bercahaya ini, panjangnya hanya 3 inci. 


INFO  : 

  • Sotong ini dilengkapi dengan organ yang khusus untuk menghasilkan cahaya yang disebut photophores yang memancarkan cahaya biru dari dalam. 
  • Ribuan photophores kecil dapat ditemukan di seluruh tubuh sotong, memberikan kemampuannya untuk memancarkan cahaya sepanjang tubuh sotong tersebut. 


  • Sotong jenis ini boleh ditemukan dengan banyaknya di tengah laut Teluk Toyama, Jepun. Biasanya hidup pada kedalaman 1200 kaki di bawah air. 
  • Gelombang di teluk Toyama mendorong sotong ke permukaan air dalam jumlah besar dan dipancing pada bulan Mac sehingga Jun. Sotong ini juga dianggap sangat enak di Jepun.











psssssssttttt : cantiknya...sotong macam ni tak sesuai masak lemak ke sotong goreng tepung ke. sesuai buat lampu je. ahaksss! Uniknya ciptaan Tuhan kan ?

28.6.12

FADHILAT | SYAABAN

Assalamualaikum w.b.t............

Alhamdulillah. kita da masuk bulan Syaaban da. hari ni pun da masuk 28 Jun 2012 / 8 Syaaban 1433. so, entri kali ni nak share tentang bulan yang penuh nikmat untuk memperbaiki diri kita. 

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


-------------------------------------------------------------


Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1.) Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2.) Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


3.) Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


-------------------------------------------------------------


Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.

Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.

Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.


3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.

Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.

Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.

Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.

Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.

Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.


pssssssstttttt : Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

27.6.12

dilema | apply | cuti

Assalamualaikum w.b.t...............




dilema. dilema. dilema nak apply cuti. 

tapi...saat aku up entri ni. aku da email permohonan aku. 
tapi belum dapat feedback lagi. takot woh!
tapi aku nak cuti je. bukan nak curi ke ape. #eh..apa kaitan?#


actually, minggu lepas aku cuti panjang gak. 
2 hari persiapan adik kawin + 1 hari MC = direct 3 hari.
kali ni aku nak apply 3 hari lagi. tu pasal aku takot!
da la aku baru je kerja sini. belum abes tempoh PROBOBATION. 
baru dapat task siap nama aku up jadi "project leader"
lepas tu ada hati ambil cuti sampai 3 hari. 
ah...ghasak la. aku apply je. kalau tak dapat. redha je la.
tak salah pun mencuba. email je pun. 
harap-harap cuti aku sukses! 
baru la boleh aku feeling "DEJAVU DI KINABALU"


psssstttttttt : berdebar-debar tunggu email aku berbalas. harap-harap bos aku relakan percutian aku. fuhhhh... 

temuduga | PPTM | PPSPPA

Assalamualaikum w.b.t.................


hari ni aku nak cerita la siket pengalaman aku interview sbg Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ni. dengar sekali mesti korang imagine yang angkat najis tu kan.takpon korang terbayang tong sampah Kitar Semula tu? 


interview pukul 2.00 PTG (18/06/2012).kat Stadium Titiwangsa. wowwwww! ramainya manusia. dorang ni datang nak interview gak / nak main badminton kt stadium tu ke kan. tp pakaian formal. harusla deme pn datang utk interview. so, aku chill lagi. baca sesiket pasal PPSPPA ni. then..

  • daftar nama : sign kat name list tanda kehadiran. 
  • masuk dlm stadium. dekat sejam kot duk dalam stadium tu. 
  • tengok sorang-sorang masuk. bawa nota tebal-tebal. aku da la baru abes adek kawen.  ape yg sempat je.. #tanda-tanda tak dapat#
  • calon-calon makin ramai. aku rasa 70 org ada kot. kekosongan 2 je pn. ENTAH !
  • da sejam lebih. dorang panggil nama, 5-5....maknanya disini. korang kena la masuk hadap penemuduga secara kumpulan. aku kena round ke-2. nasib baik la. aku da tak larat nak tunggu lama-lama. demam time interview adalah sangat azab ya. rasa nak pengsan.
  • APE LA NASIB..! da la demam. jadi calon 1 drpd 5 org tu..da tentu papehal aku kantoi dulu kan..?  ada 3 orang yang interview. 


DATUK/ENCIK  -  DATIN/PUAN  -  DATUK/ENCIK

CALON 5   -   CALON 4    -   CALON 3   -   CALON 2    -    CALON 1


hah...nampak tak kedudukan kitorang time interview ni ? aku calon1 opkos vibrate aku lebih siket berbanding yang lain. so, mendapat la soklan-soklan penemuduga :

sila perkenalkan diri satu persatu. kalau sapa kenalkan in english akan ada extra mark & dari segi pengenalan menarik pun extra mark. #aha...lebih kurang mcm tu la#
korang pilih la nak introduce macam mana. 
ENGLISH (extra mark) tapi kalau cakap berterabur. kejadahnya kan extra mark?
MELAYU (kurang markah) tapi kalau kau konfiden. mana tahu..penyampaiannya berkesan.

da pusing seround dpd calon1 -> calon 5. dia patah balik. tanya ada apa-apa penambahan? pastu dia teruskan ke soalan. pernah tak masa belajar ataupun kerja membangunkan sistem atau laman web? ceritakan siket pasal sistem yang dibangunkan & apa database yang digunakan.
aha...amek ko soklan dia. so, ko bedal je la apa sistem ko pernah buat sebelum ni dpd kau belajar. kalau kelentong siket pun takpe. sbb dia tak tanya mendalam sgt pastu. ahaks!

da setel seround citer pasal sistem, dia tanya plak soalan yang macam ko kena jawab ala-ala POP KUIZ. dia suruh gtau apa perkhidmatan yang kita tahu pasal sisa pepejal ni? 
soalan dia simple. tapi yang klakar. takde sorang nak jawab pasal sampah. suma jawab yang advance-advance. muahaha...malu kot nak sebut sampah scr terus terang. kiasan siket. 

dia tanya lagi pasal pengurusan sisa pepejal. apa tindakan contoh kesalahan yang pihak sisa pepejal boleh ambil kalau masyarakat buat kesalahan tu. 
lagi sekali semua org takmo cakap pasal buang sampah kena saman. suma cakap yang advance-advance. HAHAHAHA...

pastu itu je la. sebab 5 orang kan. bajet masa dia takleh lama sgt. yg ngah tunggu dlm stadium td ramai lg kot. so, itu je la aku nak share kat sini. sebab masa aku dpt interview ni. aku duk cari gak forum sal pengalaman deme interview kat sini. tapi tak banyak. so, aku share la kali ni kat blog ni ya. 


pssssstttttttt : tuah ayam nampak di kaki. tuah manusia bukan pada Hang Tuah, tuah manusia siapa yang tahu. 

22.6.12

SELAMAT | HARI | BAPA

Assalamualaikum w.b.t.................


hai semua. sehatka? wah..kemaen lagi mukadimah aku bertanya kabar bagai. penat betol lepas kenduri kawen tempoh hari #skemagila# sampai hari ni aku ekceli tak sehat ni. suara persis Ramli Sarip. wajah seiras Maya Karin da. #eh..apekaitan# nak tidor pn tak lena. nak makan pun tak kenyang. mandi je basah..seksa rasa kalau badan tak sihat ni.

itu hari aku pergi kedai Fotostat. lepas tu...aku nak blah tu. bleh tetiber ada sorang pakcik bertegur sapa. aku ingat kawan ayah aku ke / bakal bapa mertua aku ke. ehhhhh? HAHA...so, berlaku la sessi dialog kami :-


Pacik : Nak, pacik nak tanya siket la. tahu tak memana kat sini cikgu yang biasa ajar Tusyen Bahasa Melayu ?
Aku : errrrrkkkkkk....cikgu tusyen BM kat sini pacik? saya tak tahu la..

PAKCIK : tu la...anak tusyen kat mana? anak tingkatan 4 ke tingkatan 5 ?
AKU : erkkkkkkk...tak la pacik. sy da kerja. sebab tu tak tahu. da lama tinggalkan zaman sekolah. #nampak tak awet muda aku disini ?#

PAKCIK : oh ye ker? ingatkan sekolah lagi. bukan apa...anak pakcik ni hah. risau betulla dibuatnya. kita tusyen kan subjek lain. subjek Bahasa Melayu dia pulak gagal. sedih la.
AKU : oh yeke? dia sekolah dekat mana pacik? biasanya kat sekolah tu sendiri ada buka kelas tusyen utk pelajar dia. cuba tanya anak pacik. 


PAKCIK : sekolah kat %^&*()+(*&^% . tu la yg pakcik risau ni. sedih betulla anak-anak ni. BM tu penting tu..kalau subjek lain gagal tu blakang kira. ni BM gagal. risau pakcik dibuatnya. 
AKU : #rasa macam nak je tetiber mengaku kat pakcik tu aku cikgu BM#. wakaka.... dpd anak dia gagal tipis. aku ajar nnti gagal tepu plak anak dia nanti. 

PAKCIK : takpe la nak ya. terima kasih. 
AKU : aha..maaf ya pakcik. sy betul-betul tak tahu. pakcik cuba pergi kat sekolah dia tanya cikgu dia ke macam mana ya. 
PAKCIK : takpe..ingat anak tahu. pakcik tanya je la. terima kasih ya. 


nampak tak betapa seorang ayah tu risaukan anak dia sampai sanggup buat apa saja. dia tanya aku. korang rasa sebelum ni dia tanya kat orang lain gak berapa ramai? demi nak tengok anak dia berjaya. sama macam ayah aku dan semua ayah di seluruh dunia. jadi, SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar/bakal bergelar ayah. 

doa yang tak pernah putus utk makabah tersayang. 
ABAH & MAK YANG TAK AKAN ADA PENGGANTINYA.


psssttttttttttt : harap-harap bakal suami aku esok macam abah. setia kat mak. ada disisi mak ketika sakit pening. tlg sama buat kerja rumah. penyayang & romantik. imam kami semua. 

19.6.12

pengantin | baru | ATUN ♥ ADIE

Assalamualaikum w.b.t..............


Alhamdulillah selesai semuanya dari majlis NIKAH --> MALAM BERINAI --> MAJLIS PERSANDINGAN adikku, HALIMATUN SA'ADIAH BINTI ABDUL suaminya, AHMAD AL-HADI BIN AHMAD MAHIR.


SELAMAT PENGANTIN BARU ATUN  ADIE . SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU & SEMOGA BERBAHGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT. 

APABILA DUA HATI BERTEMU ATAS SATU MATLAMAT KERANA ALLAH. ITULAH DINAMAKAN KEBAHAGIAAN.

SEMOGA CEPAT-CEPAT DAPATKAN ZURIAT YANG SOLEH/SOLEHAH UNTUK TAMBAH LAGI BILANGAN AHLI KELUARGA KITA YANG BESAR & BAHAGIA NI. HIKSSS!

JARANG TENGOK PENGANTIN DEMAM DGN TERUK TAPI ADIK AKU SORANG NI BOLEH DEMAM TERUK DI SAAT MENEMPUH HARI BAHAGIA. MOGA CEPAT SEMBUH YA.

kami 7 beradik perempuan & 2 lagi kakak ipar dlm tema purple. 

♥ my big family. purple..purple..purple..




kepada kawan-kawan, saudara-mara & sesiapa saja yang tertanya-tanya dan terus berfikir tanpa henti kenapa aku tak kawen lagi @ korang takot korang nak kawen tp langkah bendul aku. nasihat aku....korang jangan la buat camtu. sebab susah-susah je. kalau da jodoh korang. kawen je la. sebab kalau tak...aku tak tahu korang dapat lalui apa yang aku lalui hari ini atau tak... & jangan lupa doakan yang terbaik untuk aku ya. Terima Kasih...



psssstttttt : haish...tetiber rasa nak jadi pengantin. tapi pengantin lelakinya takde lg acane? kuang3x !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...