9.5.12

Faktor | Tidak | Berkahwin

Assalamualaikum w.b.t..........





KUALA LUMPUR 8 Mei - Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. daripada jumlah tersebut, 60.4% adalah lelaki dan 39.6% lagi wanita.


Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin serta adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.


Hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin :-
  1. masalah kewangan (44.7 peratus), 
  2. tiada calon sesuai (19.3 peratus), 
  3. kemajuan kerjaya (12.8 peratus) 
  4. mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Bagi golongan wanita, punca utama tidak berkahwin adalah :-
  1. tiada calon sesuai (40 peratus), 
  2. masalah kewangan (14 peratus), 
  3. kemajuan kerjaya (8.4 peratus), 
  4. selesa hidup membujang (8.4 peratus) 
  5. mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).


Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.



psssttttt : ini entri ngengantok. bajet citer pasal kawen akan jadi cergas. oh tidak! masih mengantok. mesti aku termasuk dalam salah 1 angka peratusan kat atas ni kan. HAHA..


6 komen panas:

muCux said...

bib adakah kau org yg pertama mendaftar kalau gov wujudkan pusat bertemu jodoh? hahaha
kalau org yg pemalu mcm aku nie mmg sah2 lah x join

Cik Bib said...

@muCux : biasanya orang pemalu la g cari agen mencari jodoh. kuikui...

berdoa ya ain supaya satu hari nnti kita dipertemukan. cewah !

p[A]n[A]d[0]L© said...

engkolah salah sorg pnyumbang tue beb..
oleh itu, sila kawen scptnya spya nnt kalo dia wat survey lg, ko x t'msk dah..HAHAAH

Cik Bib said...

@p[A]n[A]d[0]L© : HAHAHA....tu la pasal. eh, aku je ke? ko bukan salah sorang penyumbangnya jugak? takpe la..ekceli jodoh tu kan di tangan Tuhan. harus diingat tu...!

damha said...

betul kata cik bib tu cik panadol...ajal maut jodoh pertemuan itu semuanya di tangan tuhan..kita hanya berusaha berdoa n bertawakal...

Cik Bib said...

@damha : woh...nyampuk ek cakap gadis-gadis. cissss! HAHA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...