30.5.12

Ketika | Kesal | Kecewa

Assalamualaikum w.b.t...................


Ketika Jiwa Merasa Sesal & Kecewa,
Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Dilakukan,
Ketika Harapan Dirasakan Tiada Lagi.
Ketika Diri Tiada Tempat Untuk Meluah,

Melepaskan Segala Resah Di Jiwa,
Usah Berputus Asa Dengan Rahmat Tuhan,
Teruskan Perbaiki Diri.



Sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
Lagi Maha Penyayang,
Hanya Kepada-Nya Kita Sembah,
Hanya Kepada-Nya Kita Memohon.

Kita Seringkali Terlupa,
Bahawa Allah Lebih Tahu,
Apa Yang Kita Perlukan,
Teruskan Mengharap Dengan Tuhanmu.

Yakinlah Dengan Tuhanmu,
Dan Bersyukurlah Wahai Diri.



pssssstttt : jangan sesekali bersangka buruk dengan setiap perancanganNya. Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan. 

29.5.12

lempeng | pisang | je

Assalamualaikum w.b.t..........


KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, 
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, 
KALAU TAKUT TANGAN MELECUR, 
SAMPAI BILA NAK PANDAI MEMASAK.
MUAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA..


dah lama tak hapdet blog kan..? erk..korang tak perasan pun aku tak hapdet? ekceli aku busy+internet bagai minta penampar. lepas tuh aku ngah menggila main game balek. dah lama rasanya tak maen game sambil berebut dgn bebudak kecik yg tgh cuti sekolah.

entri kali ni aku nak citer pengalaman pahit aku dalam bidang masak-memasak. PERGHHH! ayat nak berbunga-bunga. hari tu, aku balek kerja. tengok mak aku ngah buat lempeng pisang. bukan lempang ya...lempeng! tak sanggup rasanya tengok mak aku wat sorang2.

siket je...tapi saja citer nak gah. alahai....!
aku pun balek kerja tengok mak aku wat lempeng. rasa macam nak tolong. baru satu step aku masuk. da cedera....salah skill da. korang tau tak lempeng ni telah membantutkan niat murni+ikhlas+suci aku tadi. MELECUR okeh jari-jemari halus mulus aku. maken mahal la hantaran aku sebab nak kena wat plastic surgery lagi. nanti nak masuk cincin di jari tak muat. acane? terpaksa lak nanti mintak rantai labuh. puiiiiiiiiiiiiiiihhhhh.........

----------------------------------------------------------------------------------
Hipotesis : lain kali tengok skill mak buat lempeng pisang. 
Misi : lempeng pisang sedap. maken tak sabar nak makan. makin cuai. 
Kesimpulan : jangan malas tolong mak kat dapur. kan da dapat padahnya ! hadoila..
Proses Melecur : MELECUR -> MENGELEMBUNG -> BERSALIN KULIT. #hyperbola#

---------------------------------------------------------------------------------- 

pssttttttttttt : jangan putus asa ya. anggap ni satu cabaran. baru masa lempeng tu. belum masak ikan siakap masak 3 rasa. HAKHAK!

23.5.12

pesanan | penaja

Assalamualaikum w.b.t...............




psssssttttttt : sedap woh rojak ni. sapa nak belanja aku makan rojak. gtau je, PM ke. jangan segan mahupun silu ya..HEHE.  #gambar basi#


22.5.12

7days | Fitness | First

Assalamualaikum w.b.t.................


ehem...bebaru ni kan. aku telah menghasut kawan-kawan opis baru aku untuk menjoinkan diri dalam aktiviti merepek. Free 7-Days Trial Fitness First !


semangat sungguh kitorang (aku-izza-ida) berhasrat nak menjoinkan diri selama 7 hari secara FREE. ahaks! amatlah terkejot tengok ramai manusia ngah bersenam. penuh la alatan gym  tu digunakan time ktrg sampai semalam. 


sambil duduk tunggu Chris (personal incharge ktrg). ada rasa macam nak balek. ada rasa macam takmo join sebab mmg ramai. aku nak gym ni. kitorang bertiga je guna time cenggini. puiiiiiiiiiiihhhhh...


so, Chris tu bawa pusing-pusing 1 tempat tu. tunjuk studio dia. port cycling. sauna & dll. baik gila Chris tu. ekceli aku malas nak join memula. tapik dek sebab dia layan kitorang "nicely". so, aku telah menjoinkan diri jua akhirnya. hukhuk ! saja buat tambah aktiviti. HEHE !




psssssssssttttt : SAUNA beb.SAUNA ! kuikui.....

17.5.12

makan | makan | makan

Assalamualaikum w.b.t..........


meh sini aku kenalkan kawan-kawan baru kat opis baru. ada sorang kawan lama. hikhik ! mereka ni menjaga saya baik disini. part jahat kalau tang goda nafsu makan aku. aku kan ON-DIET. puihhhhhhhh....

mereka semua ni gadis-gadis belaka. 2 orang dah nak kahwin. so, jangan ngada-ngada nanti ada yang PM aku cakap nak kenal dgn awek tu la. awek ni la...hukhuk! sebab kitorang dekat je ngan ampang park. kalau rasa mual makan lauk-pauk. kitorang g la pizza ke mcD ke. supaya hati tenang untuk terus berkerja..eceh kemaen lagik !

Makan @Pizza Hut : tanda meraikan aku da abes 2 minggu tempoh induction Diet Atkins. 

Izza (muka tensen dia takleh sorok) & Jija (kesayangan bos)
Nida (supervisor garang..hikhik !) & budak baru. ahai....

Makan @McD : sebelom aku start mendietkan diri. makan tak ingat !
Izza & Ida (programmer)
gadis tema ungu tukang senduk nasi masa kenduri kawen. ahaks!
jija (programmer) & budak baru..ehem3x!


so, ini la dia kawan-kawan baru & lama saya. ni ada pantun sekerat untuk mereka. 

" saya budak baru belajar. kalau salah tolong tunjukkan "
jangan marah-marah eh...nanti sentap !



psssssssssssttttttt : banyak menda baru aku belajar setakat ni. Alhamdulillah... 
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. 

1st Giveway | 1 Bulan di Dunia Blogger

Assalamualaikum w.b.t................


wooott.....woooottt....aku rasa dah 5 tahun aku tak maen Giveway Blog-Blog ni weh. so, hari ni demi memberi sokongan kepada seorang Blogger bernama Kak Diana. aku join..!

SYARAT-SYARAT UNTUK JOIN GIVEWAY NI.... :-

1.    Jadi follower blog ApabilaAzamBercerita

2.    Dalam setiap entry yang dibuat mestilah:
     2.1     Banner giveaway dicopy di entry korang berserta link tersebut.


klik pada gambar utk ke link GiveAway ApabilaAzamBercerita.


     2.2     Buat 1 entry kreatif yang SIMPLE berkenaan tajuk giveaway : 

tuan tanah blog ni ekceli kan..wife kepada ex-officemate aku. FYI, suami beliau pun bernama AZAM. hai abg azam..hikhik! kebetulan memang kena dgn blog beliau yg share tentang AZAM beliau untuk menjalani kehidupan seharian dengan gaya hidup yang sehat. aku tak kisah kalau tak menang pun. janji aku rasa nak support SEBULAN SUDAH BELIAU MENERAJUI DUNIA BLOG NI. best kan berblog ? tapik kalau aku menang. aku nak baju Harimau Malaya. PANGGGGGGGG! request yg bagaikan minta penampar. ahahahaha....
             
#Satu perenggan pun dah memadai katanya... mmg tak la aku nak bebel 1 perenggan je#



3.    Tag sekurang-kurangnya 3 orang blogger lain dan biarlah dorang tahu. 

P[a]n[a]D[o]L
cikgu luv
muCux

4.  Tinggalkan komen penyertaan anda di entry Giveaway "BilaAzamBercerita" tu ya. 



Tarikh mula : 11 Mei 2012 
Tarikh tutup : 25 Mei 2012
Keputusan : 31 Mei 2012


psssssstttttt : Kak Diana...nanti jangan lupa bubuh iklan Nuffnang okeh kat blog anda. mana tau dalam pada share apa-apa. leh promot iklan. Happy Blogging Kak!

16.5.12

SELAMAT | HARI | IBU

Assalamualaikum w.b.t..............


sebab internet aku problem kemaen lama. maka, macam biasala...aku kan selalu la hapdet menda basi. tapik aku tak pedulik...asalkan aku nak share. kalau korang taknak share. pun aku tak pedulik jugak! HAHA....patut tajuk entri aku "aku tak pedulik". da brapa kali aku sebut menda alah tu. 

orang kata. bukan aku kata. hari ibu tu minggu ke-2 dalam bulan Mei. so, kalau nak ikot tarikh 14hb la harinya kan. so, sebab masa tarikh tu makayah aku balek kampung. kitorang ada peluang la nak taip mesej kemaen macam duduk kat perantauan. sedih kemaen bermadah. berpantun segala bagai..kalau tak hari-hari balik rumah. takda nya nak feeling kemaen camtu kan. tapik kadang tu..layan gak. HEH...



betapa jasa dan pengorbanan EMAK tu tiada terkira dek akal maupun apa saja formula matematik. buat aku rasa macam apa saja untuk EMAK. apa saja..!

  • kalau sakit pening mak boleh ditukar pada aku. aku sanggup...
  • kalau penat lelah mak tu boleh dtukar kat aku. #sila blajar masak cikbib!#
  • kalau mak teringinkan apa-apa. bagitau je mak. #jangan minta menantu mak eh.belum jodoh orang lagi mak#
  • kalau kena jaga mak selalu pun anakmu ini sanggup. kalau itu dapat meringankan beban dan setiap gelisah hati mak. 
  • setiap doa-doa adalah untuk EMAK & ABAH. sentiasa..tiada apa yang dapat menghalang dari terus mendoakan EMAK & ABAH. 



 EMAK & ABAH


psssssstttttt : sentiasa doakan EMAK & ABAH diberi kesihatan yang baik.  


HARI | GURU | 2012

Assalamualaikum w.b.t..............


hai korang...da lama rasanya tak mai blog ni wat entri baru pasal internet problem tahap melampau-lampau. internet kat rumah problem sampai 5 hari. tak cukup lama tu. pergi opis. boleh pulak UNIFI opis problem pulak. kabel kena gigit zombi. dah takboleh buat kerja terpaksa la main games Chuzzle dan pelbagai games lagi. kesian betol...!

ekceli tiap-tiap tahun masa tarikh 16MEI hari guru disambut di seluruh negara tanda menghargai jasa guru yang membuatkan kita boleh membaca, menaip, mengupdate blog dan segala macam menda kita boleh buat hari ni dengan adanya ilmu dari seorang bergelar guru. 


kakak aku ada 2 orang cikgu termasuklah @KAKLONG & @KAK LILAH. kawan-kawan aku yang cikgu memang tak terbilang la ramainya. semoga kerjaya yang mulia ini diberkati Allah S.W.T....

"TERIMA KASIH CIKGU/PENSYARAH/CIKGU AEROBIK/CIKGU MEMANDU DAN SEMUA YANG PERNAH MENGAJAR AKU SEPANJANG HAYAT INI."


Motto Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.



pssssttttttttt : tetiber je setiap 16Mei tetiber timbul perasaan untuk jadi cikgu. cuti sekolah dah nak dekat. lagi buat aku nak jadik cikgu...

10.5.12

20 | sen | kemana ?

Assalamualaikum w.b.t...........


hai semua. entri aku kali ni aku nak citer pasal ada satu menda cam wat aku tertarik dan rasa best untuk dikongsikan. ekceli tadi aku jenjalan kat FB..da tuh ternampak ada satu soklan bagus! soklannya berbunyi begini..........


"Sape boleh bgtaw duit 20 sen kita byar beli plastik hari sabtu tu disalurkan kemana?"


bagus soklan beliau. dan aku pun ada jawapan utk soklan tersebut. cikidodddd.....

"Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan beg plastik, mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang digunakan dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau untuk program kepenggunaan dan pemuliharaan alam sekitar."


nak tau lebih lanjut ---> duit doploh sen tu pegi mana ?


pssssttttttt : so, cintailah alam kita ya supaya sentiasa BERSIH. bukan macam BERSIH yang buat sampah kat Dataran Merdeka tu ya. harap maklom ! 

9.5.12

Faktor | Tidak | Berkahwin

Assalamualaikum w.b.t..........





KUALA LUMPUR 8 Mei - Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. daripada jumlah tersebut, 60.4% adalah lelaki dan 39.6% lagi wanita.


Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin serta adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.


Hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin :-
  1. masalah kewangan (44.7 peratus), 
  2. tiada calon sesuai (19.3 peratus), 
  3. kemajuan kerjaya (12.8 peratus) 
  4. mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Bagi golongan wanita, punca utama tidak berkahwin adalah :-
  1. tiada calon sesuai (40 peratus), 
  2. masalah kewangan (14 peratus), 
  3. kemajuan kerjaya (8.4 peratus), 
  4. selesa hidup membujang (8.4 peratus) 
  5. mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).


Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.



psssttttt : ini entri ngengantok. bajet citer pasal kawen akan jadi cergas. oh tidak! masih mengantok. mesti aku termasuk dalam salah 1 angka peratusan kat atas ni kan. HAHA..


hidup | menangis | tersenyum

Assalamualaikum w.b.t.............


ekceli nak share menda yang aku rasa PERLU buat tambah kecekalan aku hari ini. 


"Apabila anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. 

Teruskanlah hidup anda supaya ...........

Apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis."


psssssssssssstttttttttt : entri ni sempena aku rasa macam berputus harap seminit dua. ok...da dua minit. ayuh bertabah !!!!

4.5.12

kelas | aerobik

Assalamualaikum w.b.t..............

bebaru ni aku ada daftar kelas aerobik. bukan main tau mak jemah ! kelas aerobik tu utk perempuan ja ya. 2X seminggu /3X seminggu. yuran dia tak berapa mahal sangat sampai boleh buat aku terpaksa gadai barang terpakai, perabot rumah dan sebagainya.  #Hyperbola# cuma RM60/sebulan. lagi-lagi skrg cuaca tak menentu. so, aku tak dan nak joging 18round taman kat KLCC tu.  #ok...ini tipu. bukan hyperbola lagi!#


aku tau mesti ada yang cakap. "baik ngko buat kat rumah je sendiri. pasang youtube ke CD. ko aerobik la sampai kurus cm nasha aziz". tapik disini aku ingin bagitau ya kisah aku kalau buat sendiri kat rumah. baru nak start...CD da pasang. ok...mula 12345678 ! TIBA-TIBA........................



-------------------------------------------------------------------------------------- 


#tetamu : toktoktok ! [ bunyi pintu uma kayu yg diketuk tanda ada org datang ]
AKU : kejap! kejap! kejap!

#tetamu : watpe? makabah mana ? ni abang ada bawa laksa, rojak pasembor, nasi ayam bla bla bla.....air tembikai laici. bla bla bla.
AKU : wahhhhhhh....sedapnya ! [ terlupa da perihal aerobik SDN BHD tadi ]

see....korang nampak tak kegagalannya disitu untuk buat senaman di rumah? GAGAL ! tak cukup lagi kegagalan yang tu. datang lagi kegagalan yg lain.

--------------------------------------------------------------------------------------

AKU : bluuuuuuuuuuuuuuurrrrrpppp... Alhamdulillah. pergi depan parent tgh tgok TV. join sekali. tak syok duduk landing amik bantal bagai. [ CD Aerobik tadi ntah apa citer ] 

yer...kegagalan buat kali kedua dan seterusnya...AMAT GAGAL disitu !

--------------------------------------------------------------------------------------

pssssssssstttttttttt : susah la macam ni nak jadi persis Maya Karin. sobsobsob ! tapi ingat bersenam bukan utk kurus ya. tetapi adalah utk SIHAT ! sekian.

1.5.12

selamat | hari | buruh

Assalamualaikum w.b.t................


hari ni 01052012. aku sebagai wakil pekerja sangat suka la tarikh ni. pasal CUTI...kan best kalau hari buruh diklasifikasikan mengikut bulan. maka, setiap bulan akan ada cuti hari buruh. hekhek ! so, korang.......


"SELAMAT HARI PEKERJA BUAT SEMUA. SEMUA BOLEH JADI PEKERJA SEBAB SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN ITU ADALAH SUATU PEKERJAAN." 

aku siap amek cuti lagi semalam. nak cuti panjang ngalahkan orang balik kampung kat Pantai Timur @ Utara Selatan tu. walhal aku duduk rumah ja lipat kain. #gadis sungguh !

so, sempena hari pekerja ni aku harap sama-sama la kita gembira dalam menjalan kerja kita dengan ikhlas dan bertanggungjawab. sebab setiap pekerjaan baik yang kita lakukan adalah satu ibadah sekiranya kita sertakan niat melaksanakannya kerana Allah S.W.T.

Jauhi  gejala rasuah - perasaan hasad dengki - prasangka buruk - fitnah memfitnah dan seumpamanya untuk memiliki persekitaran kerja yang harmonissssss.... #pesanan Menteri Pekerja cawangan Gombak. HAKHAK !



psssstttttttttt : walaupun cuti bekerja. namun, kerja-kerja rumah masih menjadikan aku sbg pekerja hari ini. sekian....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...