3.4.12

8 | Airport | Bahaya

Assalamualaikum w.b.t.......


eceh...ni entri mengada² saja share menda email aku dapat. so, meh layan ya. zaaazzz !


Lapangan Terbang Antarabangsa KansaiOsaka, Jepun
  • dibina atas sebuah pulau buatan dgn panjang 2.5 batu & lebar 1,6 batu. 
  • Daerah ini cukup besar sehingga dapat dilihat dari angkasa. 
  • Pelancong dari lapangan terbang boleh pergi ke bandar utama dengan kereta, atau feri dengan kelajuan tinggi.
  • **Stewart Schreckengast (seorang profesor teknologi penerbangan) mengatakan bahawa lapangan terbang ini mungkin akan berada di bawah air dalam 50 tahun atau lebih kerana perubahan iklim dan kenaikan paras air laut akibat pemanasan global.


Lapangan Terbang Madeira , Santa Cruz, Portugal
  • sebuah lapangan terbang antarabangsa. 
  • pernah terkenal dengan landasan pacu pendek yang dikelilingi oleh pergunungan tinggi dan laut yang membuat pendaratan sukar hanya untuk juruterbang berpengalaman. 
  • Landasan yang asli hanya 1,400 meter, namun kemudian dilanjutkan 400 meter.
  • Panjang landasan diperbaharui dua kali pada tahun 2003 hingga di atas lautan. 
  • Kerana dibina menggunakan sampah, panjangnya dibina di atas 180 tiang yang tingginya dalam 70m.


Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin , Saba, Belanda
  • satu-satunya lapangan terbang di pulau Caribbean, Saba, di Antiles Belanda. 
  • mencangkupi seluruh lokasi di pulau kecil ini.
  • yang membuat lapangan terbang ini berbahaya adalah bahawa kedua-dua hujung landasan pacu tersebut ditahan oleh tebing yang akhirnya terus ke laut sementara satu sisinya ditutupi dengan bukit-bukit tinggi. Ini berkemungkinan pesawat yang terbang untuk overshoot berakhir di tebing laut.


Landasan Terbang Es , Pulau Ross, Antartika
  • salah satu daripada tiga landasan utama yang digunakan untuk mengangkut barang ke antartika. 
  • Tidak ada landasan berturap di sini. 
  • Semua pesawat harus mendarat di sepanjang ais dan salji. 
  • Pendaratan harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. 
  • Salah satu cabaran yang juruterbang akan hadapi adalah untuk mengarahkan pesawat ke bahagian tanah agar pesawat tidak terjebak ke dalam salji.


Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana , Saint Maarten, Caribbean Timur
  • lapangan terbang tersibuk kedua di Caribbean Timur. 
  • Lapangan terbang ini dinamakan Juliana dari Belanda, seorang putri mahkota yang telah mendarat di sini tahun 1944.
  • memiliki landasan yang sangat pendek, kira-kira 2.180 meter yang membuatkannya ia menjadi sangat terkenal. 
  • Kerana pendeknya landasan ini, pesawat terpaksa menghampiri pulau dengan membuat penerbangan yang sangat rendah. 
  • Pelbagai gambar-gambar kapal terbang yang terbang di atas 10-20 meter atau 30-60 kaki di atas pulau ini difikirkan ia adalah palsu tetapi ia adalah benar sama sekali.


Lapangan Terbang Courchevel 
  • Chourchevel adalah nama daerah salji terbesar di Perancis. 
  • Daerah ini mempunyai lapangan terbang dengan landasan pacu yang sangat pendek sehingga juruterbang perlu mendarat di sebuah strip pelambat dan lepas landas di jalur penolak untuk mendapatkan kelajuan yang cukup. 
  • Hanya pesawat peribadi atau charter dan helikopter dibenarkan mendarat.



Lapangan Terbang Barra , Barra, Scotland
  • satu-satunya lapangan terbang di dunia di mana pesawat perlu mendarat di pantai. 
  • Lapangan terbang ini terletak di pantai di Pulau Barra, Scotland yang sangat luas.


Lapangan Terbang Lukla, Nepal
  • lapangan terbang terkecil di Kota Lukla di Nepal Timur. 
  • terletak pada ketinggian 2.900 meter dan cukup popular kerana mempunyai gunung yang sangat besar di satu sisinya dan 1000 meter turunan di sisi lain. 
  • Pada tahun 2008, nama lapangan terbang ini diubah demi menghormati Sir Edmund Hillary yang merupakan orang pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.


psssssssssttttttttt : untungla Malaysia ada lapangan terbang canggih. senang aku nak pergi balek hari ke Alaska. ok bai....

6 komen panas:

yus zana said...

saya pilih yang kat antartika tu.....TERBAEK

faeza eighteverlens said...

huhu gud info ;)

Cik Bib said...

@yus zana : HAHA....pergh. kemaen yang plg berbahaya kamo pilih. cchait..

Cik Bib said...

@faeza eighteverlens : HAHA..tenkiu.

damha said...

saya pilih lapangan terbang courchevel sebab hanya utk pesawat peribadi je...senang cikit sapa pun x kacau...bila2 masa pun boleh mendarat...he3333

Cik Bib said...

@damha : ada ke pesawat peribadinya tu..?chait..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...