12.3.12

nasib | Nurul | Nadirah

Assalamualaikum w.b.t............

ini adlh entri #kopipes dari akhbar#. SEDIH.! sampai rasa nak buat entri.
sama-sama la kita ambil iktibar dari apa yang berlaku hari ini. 
aku nengok kat FB / blog / twitter suma duk salahkan mak ayah kanak-kanak ni. dan ada yang gadoh-gadoh pasal ni.. yang kelakar tetiber masuk salah PDRM dgn menteri belia dan sukan. #hebat tahap menuding jari dorang# 

*********************************************************************************

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA


********************************************************************************* 

pssssstttttttttt : kegilaan manusia sekarang ni makin menjadi-jadi. kadang aku terpikir. aku bakar ayam BBQ pun terasa sedih. apetah lagi deme bakar kanak-kanak tak berdosa. 

4 komen panas:

Anonymous said...

damha...
satu lg trajedi yg sungguh menyanyat hati bg yg berfikiran waras...hanya org gila saja yg melakukan perbuatan tersebut....

Cik Bib said...

@damha : tu la...sampai hati dorang berlaku kejam terhadap kanak-kanak. semoga manusia kejam ni mendapat balasan setimpal...

Jahidih Saili said...

Innalillah...kesian dgn arwah..
pelik manusia tu sggup membunuh..dah hlg belas ehsan..

Cik Bib said...

@Jahidih Saili : tu la..pelik manusia skrg ni. budak yg tak berdosa pn dijadikan mangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...