28.3.12

kurang | perkataan | rabu

Assalamualaikum w.b.t.............








psssssssssttttttttt : rokok bahaya utk kesihatan tapik..susah utk perokok mempercayainya.



26.3.12

monday | blues

Assalamualaikum w.b.t...........



hari ni hari isnin. dengan bangganya aku cuti. last cuti kat opis ni. 
cuti yang tanpa motif. malam tadi baru teringat sok aku cuti. 
pendek kata aku rasa kebelakangan ni. aku mmg slalu wat menda takde motif.
kalau korang ada motif tapik tak tahu nak buat ape. meh la kita bergabung. 

 

pssttttttt : ekceli ni entri autopublished. time ni aku rasa tgh makan cendol ni. kpd yg bekerja, selamat bertugas ya. chill....

kosong | kosong | kosong

Assalamualaikum w.b.t.............




































psssssssssttttt  : menakotkan plak kan kalau kosong sangat macam ni. time² macam ni kalau korang nak buang sampah kat sini pun takpe. aku rela....

22.3.12

sulong | tengah | bongsu

Assalamualaikum w.b.t...........

antara 3 tajuk entri aku kat atas tu. korang tergolong dalam kategori mana ? kalau korang sulong, aku boleh panggil korang kaklong/abglong lepas ni. hiksss. kalau korang bongsu lak. aku boleh panggil korang busu/ucu dan seumpamanya la. tapi menda lak tengah² tu ?  

ANAK PERTENGAHAN : anak²  yang dilahirkan di antara 2 atau lebih adik beradik. pengiraan, korang boleh guna formula cari median. pergh...Matematik.

contoh 1: 
( bil adek beradek : 3 ) = 1 , 2 , 3  oleh itu, 2 = anak tengah. 

contoh 2: 
 bil adek beradek  : 9 ) = 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9  
oleh itu, 6 = anak tengah. #sukahati aku je. da tentu² no 5 yang tengah#

ANAK SULONG
tegas dan boleh membuat keputusan dengan baik. sebab : sering menjadi harapan dan mendapat perhatian daripada ibu bapa satu masa dulu dan boleh jadi sehingga kini.

ANAK BONGSU
golongan ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi. sebab : sering diberi perhatian khusus . kadangkala boleh jadi rosak akibat terlalu dimanjakan.

ANAK TENGAH
melalui kajian, biasanya mereka jarang diberi perhatian & kurang keyakinan diri. sebab : jarang diberi sokongan dalam setiap apa yang dilakukan.

 my big family.  

DAN ibu bapa, janganlah ada rasa ketidaksamaan dalam melayani karenah anak². 
DAN anak², janganlah merasakan ibubapa tidak menyayangi anda. kalau bukan sebab mereka sayang. anda tidak akan dapat hidup sihat sejahtera seperti hari ini. so, walau kategori mana pun korang ada, jalanila hidup dengan baik & penuh rasa syukur.


pssssssstttttttt : jadila anak yang soleh-solehah dan sentiasa mendoakan ibubapa agar hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T. jangan sesekali jadi anak derhaka. 

21.3.12

burger | bakar | kaw-kaw

Assalamualaikum w.b.t..............


kebelakangan ni kemaen heboh pasal burger bakar kaw-kaw ni kat FB la ape. buat orang ramai rasa nak try. walaupun orang cakap kena beratur sampai 2 jam la ape. punya la nak rasa suasana yang diceritakan. aku , TREX & AMY gagahi jua.

apa yang aku baca tu sebijik sama dgn apa yang aku dah rasa sendiri. aku rasa menda ni mmg pertama dan terakhir aku buat menda camni. walopun berbaloi pasal sedap HAHA... 

tu la dia burger bakar yang dilises. BEEF BACON.
aku dan no bertuah. bertuah kejadah lagi satu nak 100 ?
adegan ngeris di kala jenuh menunggu sampai 2 jam.


burger ni seketol regenyer paling murah RM 7.50 kot. yang aku beli macam gambar kat atas tu rege dia RM10 sebijik. kitorang beli 9 bijik. kira la sendiri brapa totalnya. sesuai dengan no 99.

beli tapau pasal kitorang pegi beratur sana kol8.30 camtu. dapat burger dalam kol10.45 camtu. KENTAL bukan ? #ayat manis padahal buang masa#  kitorang tapau ja bawa balek makan kat rumah. perggggghhh...sedap mmg sedap. tapi mood tercalar dek tunggu lama buat efek rasa dia kurang siket. HAHA.... 


pssstttttt : lepas ni siapa nak pegi makan burger ni. nasihat aku. korang pegi beratur. pastu sila pergi Jusco Wangsa Maju @ Wangsa Walk ke. lepas dua jam. korang datang balik ya.


14.3.12

jangan | hilang | punca

Assalamualaikum w.b.t...........


bebaru ni aku ada terlihat sorang kawan yang macam hilang punca. 
maybe FRUST.. tapik untuk apa ? utk seseorang yang bukan bernama kekasih mahupun isteri. tapik biasala kan hati manusia. mesti akan ada rasa kecewa / sedih / dan seumpamanya. cuma cara kita menghadapi situasi ni je berbeza. 
tapik kalau diberi pilihan la kan. korang rasa acane korang nak hadap masalah FRUST ni ?

  1. adakah korang akan makan banyak pasal stress ketika frust ni ?
  2. adakah korang akan pergi melancong mengelilingi dunia secara solo ?
  3. adakah korang akan pergi memabuk minum cendol. eh silap..minum air syaitan ? yullkkkkkssssssssssss...busuk!
  4. adakah korang apabila dinasihati kerna putus asa akan menjawab dgn kata-kata seperti..... "keimanan ku tidak seteguh keimananmu" ?
  5. adakah korang akan rasa time korang frust tu la sebenarnya waktu utk mendekatiNya ? sebab biasanya ketika inilah korang akan ada banyak masa mengingatiNya.

kalau sebab frust la korang jadi tak keruan bagai nak rak, imagine macam mana la kita nak teruskan hidup ini kan kalau jumpe masalah yg lebih godang suatu hari nanti. 

renung-renungkan....selamat memikirkannya.

pssssstttttt : aku pun penah putus cinta. aku salahkan handphone 3310 aku. mana taknya, ngah sembang manja, trruutt trruut trruut. #bateri kong#terus kena minta putus. SEDIH !

12.3.12

nasib | Nurul | Nadirah

Assalamualaikum w.b.t............

ini adlh entri #kopipes dari akhbar#. SEDIH.! sampai rasa nak buat entri.
sama-sama la kita ambil iktibar dari apa yang berlaku hari ini. 
aku nengok kat FB / blog / twitter suma duk salahkan mak ayah kanak-kanak ni. dan ada yang gadoh-gadoh pasal ni.. yang kelakar tetiber masuk salah PDRM dgn menteri belia dan sukan. #hebat tahap menuding jari dorang# 

*********************************************************************************

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA


********************************************************************************* 

pssssstttttttttt : kegilaan manusia sekarang ni makin menjadi-jadi. kadang aku terpikir. aku bakar ayam BBQ pun terasa sedih. apetah lagi deme bakar kanak-kanak tak berdosa. 

dating | TREX

Assalamualaikum w.b.t...........

adakah kamo-kamo-kamo mengenali TREX ?
ala...yang makan cicak tu. spesis dinosour la katakan ? HAKHAK...
ekceli dia bukan makan cicak pun. nama blog dia je yang mengerikan. 
tak caya...tengok sendiri blog address dia. hihihihihi...

FYI, Trex ni blogger yang paling pemurah ngan aku. 
dia la yang pernah bagi aku barang kiut kat entri ni.

lepas tu dia boleh bagi plak menda mahal ni. hancur pasal POSLAJU-LAJU.
dan kelmarin dia bagi lagi 2box MACARON yang sangat colourfull & PERFECT .


finally, first time jumpe setelah bertahun hanya berhubung di alam maya. kami lepak kat ice-room sejam dua..AND next week plan, BURGER BAKAR KAWKAW.  


pssssssssttttt : terimala serangkap pantun dari aku Trex, "terima kasih daun keladi. minggu depan bawa pavlova plak". murah rezki ngko Trex. eh..PAVLOVA ke PAVLOLA ek ? hihi..




9.3.12

selamat | hari | wanita

Assalamualaikum w.b.t.............


SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA
"seindah hiasan adalah wanita solehah" 
sila hargai wanita di sekeliling anda. 

ekceli hari-hari pun adalah hari wanita.
tanpa wanita siapalah anda-anda-dan-anda lagi ?
tapik lelaki pun sama jugak penting. tapikkkk....
sebab hari ni hari wanita. so, lelaki kurang penting siket. 
neway, aku nak tuju lagu. BULEH ? 
tabuleh ? sukahati je cakap tabuleh. ini blog aku. mestila buleh !

muka penyanyi ni macam SHAH RUKH KHAN kan.kan.kan?
#abaikan wanita dlm klip video ni#

pssssssssttttttttt : macam biasa. entri aku selalu terlambat sehari..syok sangat tengok pidato peringkat kebangsaan tadi. da terlupa nak published. hadoila..!

8.3.12

cuti | prorate ?

Assalamualaikum w.b.t............



cuti prorate = (current month / 12) * entitlement utk cuti setahun


cuti memang best. yang tak best cuti ada pulak prorate-prorate ni. HAHA....
sebelum ni aku tak tahu pun pasal menda ni sebab HR aku terlalu usang dan lapok serta kebuk wasap sekali. #ok...takde kaitan# akibat di-incharged oleh macik. haip....tabaek tau! tapik sekali sekala takpe kan ? nanti minta maap balek salam semut bagai.HUKHUK~


psssssssssttt : so, sekarang cuti aku ada 2 hari. cukupla untuk pergi F-R-A-N-C-E balik hari. sapa nak ikut jom..!!

7.3.12

perihal | CIK

Assalamualaikum w.b.t..........


lately aku rasa penggunaan CIK / PUAN  ni semakin penting dalam kehidupan seharian. mana taknya, email pun deme nak letak cik. bila macik kerepot deme letak CIK. bila yang cun-melucun-single-mingle deme bubuh PUAN. why ? why ? maybe pasal deme tatau pun ngko makcik ke gadis ayu ke kan. bukan salah deme pun la kan sebenarnya pun. TAPI..........

bebaru ni aku ada pergi satu klinik di mana aku rasa macam HAIRAN memikirkannya sehingga hari ini. ape kata korang tolong fikirkan sekali untuk aku...BOLEH ?

situasi di klinik

AKU : nak daftar. dari syarikat BLA BLA BLA. nah IC
staff : ok..kejap ek. #pergi amek list nama kitorang#
AKU : #sedang isi borang maklumat pesakit#
staff : erhmmm....nama kat list lain. dekat IC lain. 
AKU : laen da kenapa pulak ? #da dekat 3tahun aku duk ulang-alik klinik ni.#
staff : kat list CIK HABIBAH. kat IC HABIBAH . #muka serius minta penampar#
AKU : @#$%^&*($%^*&^%$#. bukan ke CIK tu panggilan je ? #muka sinis#
staff : diam...terdiam...berfikir...was-was dgn aku ?


ppssssssssstttttttt : betapa pentingnya fokus ketika cikgu Bahasa Melayu mengajar ketika di dalam kelas ya anak-anak. sebab efek dia bila dewasa amatla sedih lagi menyedihkan.

6.3.12

soleh | ke | solehah ?

Assalamualaikum w.b.t.........


Dari kata hati seorang wanita yang mana aku rasa macam comel je. sharing is caring!

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. 
Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. 
Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu. 


psssssssttttttt : renung-renungkan. selamat melaksanakannya. refer to DIRI SENDIRI .

apekah | perasaan | anda ?

Assalamualaikum w.b.t............


entri kali ni bertajuk apekah perasaan anda ?
sesiapa nak luahkan perasaan pun boleh kat sini....


APEKAH PERASAAN ANDA.........
bila bawa kawan pergi klinik pasal gastrik lepas tu helmet kena curik ?
APEKAH PERASAAN ANDA..........
bila kena beli helmet baru immediately pasal nak balek opis takde helmet?
APEKAH PERASAAN ANDA..........
kalau ayah anda balik rumah mengadu helmet dia kena curi masa pergi klinik ?


gambar dr mr googles. helmet cani pun market ek ?!

APEKAH PERASAAN ANDA..........
bila ingat cuti ada lagi 5hari tapi sebenarnya ada 10hari lagi ?
APEKAH PERASAAN ANDA..........
bila tiket flight da beli tapi kebarangkalian utk cuti direct 3hari tak dapat ?
APEKAH PERASAAN ANDA..........
kalau kerja 3bulan under probobation ? grrrrrrrrr...SERAM!




psssssttttttt : ape-ape pun, kite kena tahu dan rasa sendiri perasaan tersebut. okeh..perasaan boleh rasa ? yer..sebab tu nama pun pe"RASA"an..hihihihi.

2.3.12

pening | kepala

Assalamualaikum w.b.t..............

masuk ja 1hb Mac...tetiber aku rasa macam pening semacam. tak tahu mana datang pening ni. sangat tetiber. nak kata demam tak demam. nak kata mengada-ngada....mungkin la kot. imagine aku taboleh berdiri pun. rasa nak pitam. da lama la aku tak rasa macam ni. 

pergi klinik sebab takboleh jadi ni. ntah-ntah aku darah tinggi. takpun ada saket lain ke. TAPI.....pergi klinik macam sama ja. tapik at least leh sedapkan hati. TAPI-TAPI....

DR : kenapa ye HABIBAH ?
AKU : saya pening-pening la DR. rasa nak pitam ja. tatau pasal ape ni. 

DR : sejuk tangan kamo ni. menggigil-gigil ni. nak inject tak ?! sebelum ni mmg ada MIGRAIN  ke ? #sambil check tekanan darah#
AKU : aik DR, sampai nak kena inject ke ? ikut la. tapi kena ke ? sy takde migrain pun.

DR : takde la..tapayah pun takpe. makan ubat je. kat opis banyak kerja ke HABIBAH ? penat sangat ni. saya bagi ubat. nnti makan, pastu rehat kat rumah banyak-banyak. 

AKU : tekanan darah saya macam mana DR ? darah tinggi ke ?
DR : takde la..ok je. 
AKU : fuhhhhhhhhh...lega. 


balek-balek rumah terus muntahmuntah, aku nak makan ubat. tengok balek ape ubat dia bagi. ok...aku pening kepala dapat ubat gastrik & tahan sakit. MOTIF ? wateverla dokto. asalkan aku dapat MC kau! sebab kau jugak yg suruh aku balek rehat tido kan ?



psssssssstttttttt : kepala masih pening. dan kalau masih pening. pergi klinik kerajaan plak la.

tahun | lompat

Assalamualaikum w.b.t............


kalau korang perasan. tahun ni kat kalendar bulan Februari. ada 29 hari kan? tu la maknanya tahun lompat. ada yang cakap orang lahir tahun ni sambut 4x setahun. aku rasa takde maknanya. kalau aku la lahir tarikh ni. aku anggap ja 28hb Feb @ 1hb Mac tu bezday aku. ada aku kesah ?! HAHA!


  1. tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. 
  2. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. 
  3. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.





psssssssssttttttttttt : ni entri lewat beberapa hari. sila jangan menyampah! sebab kesihatan yang tidak baik dua tiga hari ini. MAAP ya....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...