29.2.12

pun | bukan | wordless

Assalamualaikum w.b.t............



setiap ujian yang ALLAH bagi pasti ada hikmahnya.
semakin ALLAH sayang kepada seseorang hambanya,
semakin kuat ujian buatnya.

 

28.2.12

hafiz | hamidun ?

Assalamualaikum w.b.t...........


siapa HAFIZ HAMIDUN ? anda kenal ? macam pernah dengar ? angkasawan negara? errrrrrrkk..?! HAHA...FYI, beliau adalah bekas kumpulan nasyid UNIC. dan aku rasa sekarang ni dia bergerak solo. dia ni dulu last aku tengok dia dalam MELODI pasal dorang duk gosipkan dia dgn HELIZA yang mata buntang nun.

aku ingat beliau ni da tak menyanyi da lagi pasal da jadi Doktor Haiwan ke Arkitek ke ape. rerupanya beliau masih lagi bergiat aktif dalam nasyid. ni hah album terbaru beliau. 


ekceli aku cari 1 lagu ni. aku selalu dengar SURIA FM lepas azan waktu zohor atau asar. dorang pasang lagu nasyid yg aku rasa best gila. aku cari punya cari. tak jumpa-jumpa jugak. HAMPA tahu ?

dan aku penah gtau kawan-kawan aku yg aku cari lagu ni. ada sorang tu siap aku nyanyi kat dia lagi supaya dia tahu tu lagu ape. yang lagi bestnya..bleh plak kawan aku tahu dgr aku nyanyi tu. maknanya, who the next american idol ? KAHKAH... #hyperbola#

siapa-siapa nak dengar lagu Hafiz Hamidun ni. serius semua lagu-lagu dia best. sila beli CD beliau yang original. walaweeeeeeeeeeeiii promosi siap okeh kat sini. RM 19.90 ja. 


pstttttttttt : korang rasa Hafiz Hamidun ni dengan aku secocok ka atau cucur kodok ?

hujan | & | interview

Assalamualaikum w.b.t...........

minggu lepas, aku ada pegi satu interview. pergghhhh...dek kerana kesibukan kerja yang sedia ada. maka, aku tak punya banyak masa untuk stadi dan prepared sakan. kalau ada masa yang banyak pun. macam kau stadi je kan...puiiiiiiiiiihhhhhh~ so, jom aku share jom!

aku amek half day pasal aku interview pagi gilak! 
tarikh :  24/02/2012 (JUMAAT) 
masa  :  9.30 A.M. REPLACE with 8.30 A.M. 

aku pn reply email for confirm attend intvw tu. tetibe dia up awal lagi. kol 8.30 A.M pasal Dato' ada hal penting lain. aku dengan takburnya cakap. pukol 8.00 A.M aku datang. sekali opis buka kol8.30. HAHAHA....poyo aku td ibarat poyo dicurah atas daun keladi. #MALU#

pagi Jumaat tu, hujan rahmat yang sangat lebat turun pukol 7.30 pagi tu. aku da rasa macam D O W N. tapi aku tak akan salahkan hujan. sebab hujan tak akan pernah salah. so, ayah aku sudi ja nak hantar aku naek kereta.

akan tetapi apa la guna naik kereta kat KL time begini. so, aku redha je la. dalam hati berdoa supaya dipermudahkan. sampai sri gombak je da makan masa 15 minit. 2jam lagi baru sampai KL agaknya. suruh ayah aku patah balek pasal hujan mulai reda. last-last, aku merempit sendiri ja. senang-cepat-mudah-dan-tepat!

ALHAMDULILLLAH...perjalanan dipermudahkan. sebab boleh lawan arus. baek punya cilok sana sini. dan dapat parking dengan mudah tanpa bayar parking. HAHAHA...
da sampai cari mana tempat tu plak. bapak gila gedabak opis-opis situ. da la tu. tangga dia punya la banyak. aku pun da tatau mana satu nak naek. last-last tanya Bangla-Nepal-Chinese-semua orang kat situ. jumpa la destinasi sebenar aku. SYUKUR..
 


sampai-sampai isi form. then, aku bajet Dato' tu macam dalam TV drama Melayu. gatal-pakai tuxedo bagai-tali leher-misai gatal. sekali tak pun. dia intvw aku pun macam sembang ja suruh introduce. tapik speaking LONDON okeh. nasib baik aku paham dia cakap ape. dia paham english 'berok'en aku. kalau tak, mahu dia halau aku begitu saja.

ape-ape pun, tunggu je la jawapannya. ada rezeki aku kat situ. ada la. kalau takde. takpe la. ada la hikmahnya. wallahualam.

pssssssssttttttttt : terima kasih pada @someone yang banyak support aku yg hidup terumbang-ambing ini. makasih sebab drop kan resume aku..

26.2.12

tourist | guide | celop

Assalamualaikum w.b.t.........


minggu lepas P.A.N.A.D.O.L turun SEMENANJUNG. maka, harusla aku jadik dia punya Tourist Guide Celop (TGC). susah okeh jadi TGC ni. kena buat kertas kerja. kena cari port sesuai nak tinggal. kena tahu mana makanan best nak makan. tapik so far dorang layan je. maap la kalau ada terkurang. aku kan pembawa pelancong versi celop. KAHKAH!

ekceli kitorang pergi beberapa tempat berdekatan disebabkan kekangan masa. sebab semua pun ada tanggungjawab memasing. maka, hari-hari jadual adalah sangat penuh.







sampai-sampai ja : LCCT ---> KLCC ---> Makan Char Kuew Tiaw kat Kg Baru.
1st day : ke Genting Highland ---> Makan Ayam Penyet. 
2nd day : ke Batu Caves ---> terus ke Melaka.
3rd day : pusing Melaka lagi ---> KLCC ---> Central Market (CM) ---> Masjid India.

---------------------------------------------------------

tapik dorang nun sambung lagi pergi Universal Studio Singapore (USS)...jeles sungguh! DAN aku plak sambung kerja seperti biasa dengan penuh dedikasi. dedikasi ke ? TETTTTTTT...

neway, credit to KAK ZETI dan semua insan yang membantu dlm menjayakan trip ini walopun ada certain tu menimbulkan kontroversi. kata retis kan..MUAHAHA. 


pssssssssttttttt : kot la satu hari nanti aku buka satu agensi pelancongan....kan best!!!

22.2.12

Wordless | Wednesday | ke?

Assalamualaikum w.b.t........


kalau takot pada ketinggian. jangan sesekali naik cable car. HAHA!

tudung pink : tutup muka sepanjang perjalanan kereta kabel tsebut. 
tudung kelabu : muka steady pandang depan tapi tutup mata sepanjang jalan. 
tudung hitam : pegang pintu kereta kabel macam nak tercabut. tahpape.
AKU : steady siap amek gambar dorang sambil duk sakat dorang sorang-sorang.


psssstttttttt : HAHA...last aku pegi Genting masa tadika. sungguh tak banyak berubah melainkan cat hotel dia yg warna warni tu....hikss!

21.2.12

drama | sebabak

Assalamualaikum w.b.t.............


semalam tengah aku syok-syok hanimun dengan sahabat handai. boleh pulak datang drama sebabak yang tak sebak tapik semak...APEKAH ? certeka..certeka..

sedang jalan-jalan, terjumpa kawan lama. lepas tu ada kawan lama punya kawan tepon masa kawan lama ada sekali. lepas tu kawan lama buat citer sadis kecoh-kecoh kat kawan lama punya kawan. aku pun tak paham da kenapa semua tu. aku abaikan ja. TAPIK makin aku abaikan...makin menjadi-jadi. HAHA...

river_cruise

then, aku jalan-jalan lagi sampai penat. pastu aku tido dan aku harap aku tak jumpe drama sebabak ke hape suma ni di masa akan datang.    #pengajaran untuk diri sendiri juga# 


psssssstttt :  ini entri mabuk sungai. sebab kitorang naik MELAKA RIVER CRUISE ni. tak paham takpe. hikssssss..




17.2.12

jija | belanja | makan

Assalamualaikum w.b.t..........

siapa ada kawan belanja piza angkat tangan....yeahhhhhhhhhhh! #aku sdg angkat tgn ni#
aku ada sorang kawan. dia tak suka dibelanja aku. tapi suka belanja aku. U.N.T.U.N.G.L.A~

korang ada baca tak entri mengada-ngada aku akibat tak dapat makan piza..? sedih bukan ? so, sebelum aku ke pangkor itu hari. sempatla aku nge'date' dengan jija ni. weh, aku da lama tak naek komuter. aku tatau camana nak naik komuter. gile susah...so, aku naik dari taman wahyu kot. tau2 benti KL sentral. penuh Hindu dalam komuter. layankan aje..

jangan stress. makan apa saja.
tengok wayang citer Underworld Awakening. best gila. gila pun tak best macam ni.aku tak review citer-citer ni. MALAS! heh..dan FYI, jija ni ada sepasang kamera yang awesome yang mana aku tidak mampu utk memilikinya. jadi, aku hanya mampu bergambar ja pasal jija tak suka bergambar. 

jija ni juga tidak suka dibelanja makan. dan aku tak tahu bila aku berpeluang belanja dia makan. tapik takpe..aku da belikan dia cookies Famous Amous. suweeeettt kan aku? untung sapa dapat aku. da la sopan-lemahlembut-dan lain-lain sifat mahmudah. KIHKIHKIH..

perjalanan kitorang walaupun sekejap tapi aku rasa macam-macam menda ktrg buat. memang ada Quality Time la kat situ. sebab memasing busy bebenor ( aku tak la sgt. jija tu kemaen busy )


pssssssttttttttttt : terima kasih JIJA. semoga kita akan terus berkawan dan ko sanggup join percutian aku supaya aku ada backup camerawomen. AHAKSSS~

16.2.12

ragam | manusia

Assalamualaikum w.b.t..........


bebaru ni aku pegi la teman adik aku survey untuk sewa pakej macam pelamin la hape suma tu kan. lepas tu kan...kan...kan...kan...kitorang pegi la survey-survey dulu kan. so, ada satu kedai ni kan. kitorang sampai je. aku da nampak macam erk... tapik takpe la layankan aje. tengok pakej dia bagi cane cite kan..?

PERTAMA :
masa dia buka pintu, kitorang tanya. nak tengok pakej akak la. japg dia cakap. o..tapik tengah ada orang ni. kalau boleh tunggu, takpe la.  #nada belagak#...

KEDUA :
masa ktrg sampai, dia wat tatau sebab ada sorang customer macam bajet gebang cite 8K - 10K. ok la kan, kitorang tengok-tengok baju dia. biasa aje. siket je. tak sampai 10 pasang pun. kitorang duduk ja tgok dia punya cite kat customer tadi. #ada ngumpat pasal majlis orang lain#

KETIGA :
ok la, customer tu da balek. maybe dia pun survey je dulu kot. so, kitorang pun buka cerita. kitorang nak tanya la pasal pakej dia. japg dia cakap, kita takde pakej-pakej ni. kita nak tau bajet awak dulu cane. #kitorang pakai tudung ala-ala cam nak g pasar ja. bajet ciput lettew#


KEEMPAT:
boleh je dia tunjukkan slide-show, katanya ni contoh wedding dia handle. dia tunjuk sepasang pengantin dgn tema ungu. pastu siap cakap, perempuan ni cerewet ni. suami dia anak datuk. jahit siket tak kemas. dia suruh buka balik. #erk...pasni kalau amek kat kau. ko citer ape la plak pasal kitorang ek ?! rasional : cite 8K-10K, jahitan tak kemas. ishk3x!#


KELIMA :
yang paling kelakar...tengah dia citer pung-pang-pung-pang. ayat dia.."cuba la survey kat tempat lain. ada lagi banyak baju pengantin bla bla bla. tu kat kedai sebelah tu lagi banyak baju dia. cantik-cantik"..APEKAH ? so, scr otomatiknya kitorang da pangkah (X) situ. kitorang datang tu pn pasal nak survey la macik uik...


last-last pegi BUTIK PENGATIN JIMI ALI CREATIONS. auuuuuww-auuuwww..cool ja dia wlpn pnigaan dia lagi hebat dari macik tadi. macam tu la baru namanya orang meniaga.korang buleh add dia kat FB utk tengok pakej dia. taip Jimi Ali. 




psssssssssstttttttttttt : aku da jumpe da kaler tema tuk aku kawen pulak nanti. tapi calon plak takde. acane? KAHKAH.... 



13.2.12

borang | boring

Assalamualaikum w.b.t...........


apekah perasaan anda kalau mengisi BORANG BORING..? contoh borang boring adalah borang jawatan kosong, borang pendaftaran kat bank, borang keluar duit kat bank. KAHKAH..

gambar hiasan : BORANG BORING.

dan BORANG TAK BORING pula adalah BORANG KAWEN. YEAAAAAAAYYYYYYYYY..!!! tapi persoalannya disini borang kawen bila ntah nak dapat isi. HAHA....


psssttttt : penat gilak isi borang membuatkan aku terbayang air tembikai laici. laici ada 4biji. fuhh...

12.2.12

holiday | pangkor | 2012

Assalamualaikum w.b.t..................

bebaru ni aku pegi bercuti ke P.E.R.A.K... ateerrnyerr yop!! ekceli nak pegi ke pangkor tu senang je zaman skrg ni. naek bas Plusliner benti Lumut da boleh da ke Pangkor. tapi disebabkan aku pegi dengan manusia koporat ke hape ntah. menda planning ni makan masa bertahun-tahun. ape kejadahnya semua ini ? HAHA....


peserta yang join menda alah ni terdiri dari 4 gadis + seorang lelaki = 5 orang ex-UiTM Seri Iskandarsorang dari JB ( fara), sorang dari Penang (Izza), sorang dari Gombak (aku) & 2orang dari Klang (Nughol & ehem-ehem)




pergi ikot Kuala Selangor. singgah Menara Condong. melawat adakah masih condong atau da dimakan dek anai-anai. pastu pegi kedai "Mastan Ghani" bajet dapat makan cendol+pasembor+mi kari lazat. tapi kecewa. da tutup kot kedai dia. sampai Lumut. naik feri ikut Marina Island. 

sampai sana duk rehat kejap tido sejam dua. pastu, harusla mandi manda kan. pastu, naek bot RM15 sorang. pakej jalan Pulau, snorkelling, mandi kat Coral Island jap. then balek tu, abg bot tu boleh main gile drift bot bawa aku & nughol yg seringan kapas ni. rasa nak hempok ja.. eh, naek bot ni pun boleh tawar. RM15 X 5 = RM70berapakah diskaun yg aku peroleh ?
aku mabuk laut. tu pasal kena lentok-lentok cenggini. rasa cam tergelak sendiri tgok gambar gedik santai ni. da lama takde gambar lentok cenggini... ngeuuuuuuuuuuwww~

perjalanan kitorang lancar. naik ikut jeti Marina adalah sangat cool. tak perlu beratur panjang dan bersesak-sesakan. balek pegi makan ABC Lumut & shopping ikan bilis pastu, pegi rumah Maklang kawan aku. kawan aku pun tak sampai lagi rumah maklang dia tahun ni. aku da sampai. menumpang kasih Maklang orang lain. KAHKAH....

kesimpulannya : sangat hepi dapat holiday dgn sahabat lama walaupun sengsara pabila naik komuter penuh Hindu. duduk coach wanita ibarat duduk dalam tin sardin Marina. ok bai...



pssssssttttttt : FYI, kedai Mastan Ghani tu still tutup time baliknya tu. kepada pacik Mastan. sila jelaskan disini..aterrrr da kenapa kedai kamo tutup yopppp!

8.2.12

pesanan | buat | perempuan

Assalamualaikum w.b.t.........

tadi aku duk jenjalan kat FB. ada la satu menda ni wat aku rasa cam menarik untuk dikongsikan kat sini di kala mood balik Pangkor yang ala-ala malas taip. yang lagi bestnya pesanan ini adalah untuk kaum perempuan rasanya.hikkkkksss! #kopipes je# 


Jangan pikat lelaki kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat lelaki tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
Jangan memberi lelaki harapan kalau anda tidak pasti. 
Jangan sakitkan hati lelaki kalau anda tiada hati untuknya. 
Jangan mainkan perasaan lelaki kalau anda tiada perasaan untuknya.
.HARAM.

ape benarkah kenyataan di atas ? dan lagi satu persoalannya disini....kalau lelaki pulak yang buat perkara seperti di atas. acane plak ?  #tttteeetttt...#

gambar takde kaitan dgn tajuk. kat Lumut ada kapal baru woh.

pssssssttttt : ape-ape pun yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari diri kira sendiri. wallahualam.....


3.2.12

buta | novel

Assalamualaikum w.b.t..............


ok...kalau dapat dua menda kat bawah ni. korang nak buat ape ?
 BUNGA ROS tu boleh buat minum. campur dgn SIRAP. jadi SIRAP ROS.
tapik NOVEL tu....aku takde idea nak buat ape. nak baca aku tetibe pening.
rasa macam nak pitam. sebab tulisan dia kecik. pastu tebal pulak novel tu.
neway...terima kasih la kepada PEMBERI PINJAM. bukan bagi bebetul pn. 
novel tu ok la bagi pinjamkan. bunga ros tu pinjam. camane plak nak pulangkan?
aku harap dapat la pulangkan novel tu dalam kondisi yang baik.
jangan kena makan anai-anai maupun ulat sampah. kalau tak...
tak pasal-pasal kena ganti baru...ISHK3x~


pssssssssssstttttttt : aku harap tak jumpa apa-apa novel lagi lepas ni. sebab aku buta novel.bukan buta huruf. harap maklum...hikss~

SOFIYYAH | AZ | ZAHRA

Assalamualaikum w.b.t.............


lapanbelasharibulan-dua-duaribuduabelas. KEMBAR aku selamat lahirkan bayi perempuan yang comel. da dapat sepasang da beliau. sangat jeles okeh. aku jangan cakap sepasang. pasangan pun entah kemana. hekhekhek... 


gambarkuning sebab baby ni kena demam kuning. tapi da ok da...

tapi da rezeki beliau begitu dan rezeki aku begini. apa lagi nak dikata. so, mari kita lihat bayi comel ini. secomel ibunya dan juga kembar ibunya. HAHA...nak gak enterframe cenggini. SOFIYYAH AZ ZAHRA nama diberi....


buat kembar, Khadijah Abdul. selamat berpantang & jaga diri bebaik ya. jangan lasak-lasak, tahu? hang tu operate. kalau hang ada kat sini kitorang leh tolong jagakan & tengok-tengokkan hang. neway, cepat sembuh ya. 


semoga Sofiyyah & abangnya, Muhammad Qayyum Rayqal akan menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti. buat Safirul Amar, sila bawa KEMBAR i makan ikan bakar Umbai lepas abes pantang. dia da rikues macam-macam nak makan tu. ajak i sekali. HAHA..




pssssssssttttttttt : siapa tak percaya ni kembar aku, sila berdiri tegak dan nyanyi lagu Negaraku sampai habis ?!..hikssss. 

1.2.12

sesekali | kurasa | teringin

Assalamualaikum w.b.t............


da beberapa hari ni teringin makan piza. 
gaji tak masuk lagi. takpe la. hold dulu. 
pembawakan tekak rasa ngidam itu ini.
malam tadi nampak iklan piza lagi. 
gaji mana masuk lagi. (ayat berulang..)
takpe la. korek tabung. 
dapatla hasil siket sebanyak. 
RM 24.35 duit satu sen tak kira. 
cukupke ?! TAK CUKUP !!
oh..aku ada tlg jualkan bedak MIAMI
kawan ada bayar RM20. 
guna dulu duit tu. da jadi RM 44.35...
da cukup rasanya! boleh makan piza.
YEAAAAAAAYYYY!


ok...da semangat deal dengan kawan.  tetiber dia kata jiran dia rumah masuk perompak la. gaji dia tak keluar lagi la. dan macam-macam alasan takde kaitan dgn piza. grrrrrrrr...duit tabung aku banyak kot. so, AKU SEDIH. tiba-tiba aku rasa macam aku tak suka piza lgsg da.


psssssssstttttt : perit juga rasa bila nak sesuatu tu tak dapat disebabkan hal-hal yang remeh-temeh. tapik lagi taboleh bla ngidam piza kemaen.ntahpape.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...