12.1.12

samak | & | sertu

Assalamualaikum w.b.t............

aku nak citer satu hal ni. hari tu, tengah aku duk layan window shopping. boleh je aku terpegang "PIG LINING SKIN". tak suka betolla keadaan macam ni. aku rasa ni adalah buat kali kedua aku terpegang menda jadah haram ni. da la kena sertu balek rumah tu...

da terlanjur tu. aku nak gtau la cara sertu, tapi kan..ape itu sertu ? ramai yg salah paham dgn samak dan sertu. sebenarnya....

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.: 

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)




SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan 1 kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.


HIKMAT SERTU DAN SAMAK


1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
2. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan semua peralatan harian.
3. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
4. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.


psssssttttttttt  : sila lebih berhati-hati lepas ni kalau duk belek barangan berupa kulit... #peringatan buat diri sendiri#


4 komen panas:

missSenget said...

rupa pig lining skin tu cantik ke bib sampai ko nk ramas2..

eh..raba2..

NighBerkz Ent said...

thanks.. info berguna


http://nighberkz.blogspot.com

Cik Bib said...

@missSenget : haha...weh,selipar leather je kot. mana aku tau. da pegang siket. tau-tau pig lining. gile la menyesal~

Cik Bib said...

@ NighBerkz Ent : thanks singgah sini drop komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...