30.1.12

Ustaz | Azhar | Idrus

Assalamualaikum w.b.t...........

bebaru ni aku rasa semua orang pun kenal dengan Ustaz Azhar Idrus ni. memula aku igt amenda dorang ni duk pung-pang-pung-pang citer sal UAI. aku mati-mati ingat UIA. Universiti Islam Antarabangsa. nampak sgt aku buta shortform kan. ntahpape...

da tuh baca punya baca. baru la aku paham UAI = Ustaz Azhar Idrus . semua orang kata ceramah ustaz ni bagus. Alhamdulillah la. sebab bukan senang nak buat kan hati orang ni tertarik dengan ceramah ni. so, aku pn rasa pendekatan macam ni bagus la UAI ni. cuma yang aku rasa macam sangat heran..

ni gambar UAI aku cilok kt googles.

da kenapa macam lain macam pula ada sesetengah kawan-kawan aku yang cam fanatik ke taksub ke hape. siap tulis kat FB setiap setengah jam ttg menda ni. pastu cakap menda maki hamun org lain pulak. walhal nak gtau dia nak tgok ceramah UAI ni..apekah ?

tkejot aku nengok perangainya. pelik...sindir-sindir kawan-kawan yg komen dia. carut-carut #$%^&*()_)(*&^%$%^&* sebab nak cakap kawan dia jahat takmo pegi tgok ceramah UAI tu. kot la kawan dia tu jaga mak saket ke ape. yg lagi lawaknya dia tak pegi pun masjid nun. dia nak nengok live streaming ja. kahkah...gebang dia punya la sakan. cam duk blakang UAI masa ceramah tu.


pssssssttttttt : buat baik tapayah menunjuk-nunjuk. daripada elok dapat pahala tak pasal-pasal tuka jadi sebaliknya. sama-samala kita perbaiki diri ya.

29.1.12

AJL | ke | 26

Assalamualaikum w.b.t...............

aku da lama tak layan Muzik-Muzik. tahu-tahu da sampai ke Anugerah Juara Lagu (AJL). nasib baik lagu-lagu yang masuk ni bolehla. ada beberapa la macam aku rasa erk..da kenapa lagu dia lak masuk. macam taboleh bla je. tapi lantak p la. bukan ada efek kat aku pun. hiburan picisan cuma. HAHA...ni hah dia lagu yang masuk AJL kali ni.

  1. KALAU BERPACARAN - Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate  (X)
  2. KARMA - Faizal Tahir
  3. PENAKUT - Yuna
  4. SEDETIK LEBIH - Jacquline Victor
  5. AWAN NANO - Hafiz
  6. CINTA MUKA BUKU - Najwa Latif   (X)
  7. WANITA SELURUH DUNIA - Projek Pistol   (X)
  8. TIGA SUARA - Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura
  9. KEKANDA ADINDA - Monolog dan Atilia    (X)
  10. SUNGAI LUI - Aizat
  11. KISAH HATI - Aliah
  12. GADIS SEMASA - Yuna

siap hado laman web khas tau sempena AJL ni. video streaming gitu :  AJL ke 26 TV3. dan..yang sign (X) maknanya lagu yg aku rasa macam errrrrrrrkkkkkkkkk ?! HAHA..

pssssssstttttttt : rajin plak aku nak hapdet pasal AJL ni. HAHA...ok la, nak pegi beli eskrem kat speedmart. babai..

27.1.12

boleh | tuju | lagu ?

Assalamualaikum w.b.t................


pernah tak korang dengar lagu lepas tu macam
**********tingggggggggggggggggggggg**********
tetiber terlintas dan teringat kat seseorang-deduorang-dorang-kitorang dan lain.

since aku duk layan radio frekuensi 105.30 aka SURIA FM. aku rasa setiap lagu buat aku teringat kat setiap org yg ada kat sekeliling aku.
kawan masa zaman maen hoki/latihan pusat dulu (lagu XPDC) ,
teringat kawan masa kat UiTM dulu (Ramli Sarip/Khatijah Ibrahim/lagu Kak Melah) ,
teringat lagu masa  cinta hingusan dulu (Smack That) ganas tak ganas, lagu Akon lagu tema cinton. sapa berani ?  muahaha!
lagu Alif Aziz terkenang zaman g holiday kat Kuching dgn geng blogger.
lagu Kuch Kuch Ho Tai (betul ke aku eja?) teringat masa aku skolah menengah.

tak cukup tu banyak la lagu yang aku tatau pun tapi ada kawan aku suka. da tepaksa aku otomatik tahu lagu nun. muahahaha..nak sound cakap lagu tu bosan. japg tacing nanges kua airmata darah. tak ke pasal. baik layankan aje. lagu nasyid masa zaman aku blaja dl pn kemaen sampai 4gb tu utk lagu nasyid sahaja okeh. hikkkkssssssss~

betul la bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. tapi aku adjuz siket. jadi setiap memori tu ada lagu. apa-apa pun, jangan la lalai sebab lagu okeh. sekadar utk hiburan picisan cuma. eceh..


psssssssttttttttt : kalau dengan anak buah aku tema "I love u like the love song".kemaen lagi tau. part paling dorang suka. repeat-peat-peat-peat-peat-peat. skali dgr macam deme ni sebut pig pun hado. HAHA..

25.1.12

teman | baik

Assalamualaikum w.b.t...............


apekah pendapat korang ttg teman baik lelaki (BFF) dan teman lelaki (BF) atau teman baik wanita (GFF) dan teman wanita (GF) ?

ini kerana ada ramai yang mengatakan bahawasanya lelaki dan perempuan tidak akan dapat menjadi kawan baik sejak dulu-kini-dan-selamanya. kalau ada sesapa yang menyangkal penyataan ini. sila angkat tangan dan berikan bukti sahih....sangat sahih!

bagi pendapat aku la kan. kalau teman baik lelaki...(sebab aku perempuan, aku cite cth sal BFF vs BF la kan ) dorang rasa kalau dgn BF ni cm banyak songeh siket nak kena jaga hati dan perasaan bagai. kalo cm BFF lantak p la kan ko nak gebang ape pun sebab nanti bila ko gaduh ke hape satu hari nnti. ko leh cakap..."ADA AKU KISAH ? NGKO TU BFF AKU JE. BUKAN BF AKU PONGGGGGGGGG"....tapi walhal dalam hati..."kuang aja. sampai hati dia gebang  cenggini kat aku, dia tak sayang aku ke ? ngeuuuwww...ape lebihnya GF dia dari aku GFF dia ni ?" muahaha...ok tak contoh cani ? jelas tak ?


so, masih lagi rasa lelaki dan perempuan boleh berkawan baik ? oh anda sangat hebat ! sebab tu la aku takde kawan baik lelaki. yang saya ada adalah kawan-kawan yang baik. anda la kawan-kawan saya yang baik itu....ngeuuuuuuuuuuuuw~


pssssssssttttttttt : berkawan bia beribu. berkasih bia satu. dan jangan lupa untuk kasihkan Tuhan yang satu. itu lebih baik. 


24.1.12

happy | CNY

Assalamualaikum w.b.t..........dan salam sejahtera.


entri ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat kaum Cina di Malaysia wa tahun ni manyak lambat woh. sulah masuk laya kedua laya cina baru wa mau wish. takpe la nya pun. tahun ini tahun Naga Air kan woh....masyarakat Cina percaya ini tahun manyak ong meh. #aku memang memandai-mandai#

kalau lu olang pandai lagi dari wa yang memang pandai-pandai ini kan. dalam manyak-manyak laya kan. laya ape yang kita semua lapat makan itu buah-buahan manya-manyak dan tahun ni opis tak bagi solang sekotak pasal bajet 2012 sulah lari woh ? #lawapannya : itu laya Chinese New Year loh# 

bagi membuktikan lawapan bagi soalan wa li atas tadi. wa ala sertakan gambar. da kenapa aku punya cakap pun nak pelat bagai minta penampar ? BACK TO NORMAL...muahaha.

ni buah limau yg dibahagi-bahagikan dgn tidak adil.

aku pilih limau yang santek ja meh bagi sama dorang.

psssssssstttttttt : tetiber teringat kat kawan baek chinese aku, SIEW-SIEW. suka buli dia. nanti dia cakap aiya bib. kamo manyak jahat lo...tapi kalau i tak jahat. u tak kenal i meh. 


makanan | arab | SABA

Assalamualaikum w.b.t...........


apekah perasaan anda kalau orang duk heboh cerita pasal makanan arab. tapi tak ajak anda pergi sekali ? kesian bukan ? ishk..ishk..ishk..

alang-alang menyeluk pekasam, bia sampai ke restoran makanan arab. muahaha...pada suatu hari, ececeh....kitorang 1 family pegi bawa mak & abah makan makanan Arab. orang duk bantai cakap restoran makanan Arab dekat Cyberjaya sedap bangat. tapi kitorang takde la kuasa nak pegi sampai ke sana. maka, kitorang makan dekat branch dia dekat Setiawangsa. tempat cantik . cuma sangat la crowded tiada terperi. dekat 4kali la kitorang tuka table pasal nak dpt meja duk sama satu family. Gasak la kan....


sedap la jugak makanan dia. tapik takde la sampai ko makan tak hengat orang kan. HUHU.. akibat asyik makan. sampai terlupa nak amek gambar. maka, amek gambo tisu ja. rege dia takde la mahal sangat. ok la makanan dia. berbaloi la makan sini. boleh la korang bawa family korang kat sini nanti okeh. 

ni abang ipar aku yang sempat pose dgn pinggan licin.
kalau korang rasa nak makan restoran Arab dgn keluarga. boleh la cuba kat sini. 

sebelum ni adek aku penah blanja aku makan kat restoran arab kat jalan Ampang. Ali Baba Restaurant. pun sedap. tapik mengerikan tempat tu. apesal ngerisss? RAHSIA.


psssssssstttttttt : skali skala nak gak try makanan Perancis, Itali ke Korea ke. tak dpt pegi negara tu. makan makanannya pn cukup la. kan ? hikssss~


18.1.12

entri | terpaksa

Assalamualaikum w.b.t..............



aku ada beberapa situasi dimana aku rasa macam ada sesuatu tak logik disitu. kenapa tak logik? mungkin pasal aku yang tak logik atau situasi tu yang tak logik. HAHA...cikidot~


SITUASI 1 :
ko ada kawan. dan dia layan kau macam lebih dari seorg kawan. tetibe pada suatu hari, dia dah bosan dengan kau. tetiber dia cakap dia da nak bertunang minggu depan/bulan depan. pastu dia cakap dia nak bertunang sebab  terpaksa , emak dia yang nak. bukan dia nak. 
persoalannya disini : kaitan dia nak bertunang tapi bukan dia yang nak. tapik emak dia.


SITUASI 2 :
ko ada BF. tetibe pada suatu hari, dia dah bosan dengan kau. dia pun bagi ko kad kawen. dia cakap dia  terpaksa  kawen minggu depan/bulan depan/tahun depan. pastu dia cakap. bukan dia nak kawen sbb sayang. tapi sebab pacik dia suruh kawen. dia  terpaksa . kalau tak, putus la hubungan ke"pakcik"an dalam institusi keluarga tersebut. KAHKAH....
persoalannya disini : hidup selama ni tak kenal pacik. nak kawen tetibe salahkan pakcik.


SITUASI 3 :
BF ko tadi da selamat bertunang dan kawen dengan jayanya dalam ke terpaksa an. tetiber, dia kol kau lalu cerita menda buruk-buruk cakap dia tak sayang bini dia. tapik bini dia dalam pantang. baru bersalin anak pertama. sungguh  terpaksa  disitu. 
persoalannya disini : buruk-buruk isteri dikatanya..melahirkan juga zuriatnya.


SITUASI 4 :
BF ko tadi masih memujuk rayu mengatakan dia tak bahgia. sebab dia tak cintakan isteri dia. lepas tu siap cakap anak da 2-3-4-5orang ni. tapik kami tak bahgia dan terpaksa.
persoalannya disini : kebahagian macam mana yang dicari setelah memiliki semuanya?



psssttttttttttt : ini entri penuh keterpaksaan dimana aku rasa kadangkala tak logik untuk digunapakai. tapik mungkin ada betulnya. HAHA....logik ka ?


itulah | karma

Assalamualaikum w.b.t...............


hari ni aku rasa ada sesuatu yang buat aku rasa betolla pasal istilah KARMA. selalu aku pedulik ape pasal menda alah ni. takde kaitan pun dengan aku...eceh, berlagak ngko..!

KARMA : what goes around comes around

berhenti bersedih tapi jangan pula berhenti berdoa.

Alhamdulillah, hari ni salah satu doa aku dimakbulkanNya. syukran. walaupun aku rasa sedih tapi at least aku diberi petunjuk yang amat tiada ternilai besarnya. sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. aku menangis ? HAHA..... why NOT


psssssssttttttttttt : lepas satu hal, satu hal. ape lagi lepas ni. siapa nak bagitau dulu ? angkat tangan....boleh jawab~


12.1.12

kenapa | berdebar ?

Assalamualaikum w.b.t............


hari ni berdebar. berdebar apa pasal ? pasalnya aku pun tak tahu kenapa. kenapa la jantung rasa berdegup pantas.

MACAM MANA BOLEH JADI BERDEBAR NI?!


pegi pejabat pos tadi pun berdebar. pos barang untuk @Trex & @Panadol. mahal gak rupanya pos barang ek. aku boleh je tapenah tahu. Trex & Panadol...korang tau tak. aku bagai nak gile bungkus jadah tu pastu poskan. seksanya hari aku hari ini...

balek tu aku berdebar lagi kencang. polis cakap jalan aku lalu tu Wrong Way. aku tengok atas bawah polis tu. aku lalu ja situ. da kenapa dia jaga kat wrong way ? banyak kerja lain kat luar sana dia boleh buat. ehm...sori ya pacik ke abang polis tadi. aku berdebar. tak dapat berfikir menda ko cakap tadi. dan terus buat kesalahan. tapayah la saman-saman bagai ya. Chill ja...hari ni kan hari khamis. #apekaitan ?#

dan sampai aku up entri ni perasaan berdebar ni masih ada. mak pesan kalau ada rasa camtu. tak sedap hati ke. banyakkan istighfar.selawat.dan seumpamanya. 


pssssttttttttt : dupdapdupdap....jantung oh jantung kenapa berdegup kencang? nanti jawab jantung. sebab berdebar..... 

samak | & | sertu

Assalamualaikum w.b.t............

aku nak citer satu hal ni. hari tu, tengah aku duk layan window shopping. boleh je aku terpegang "PIG LINING SKIN". tak suka betolla keadaan macam ni. aku rasa ni adalah buat kali kedua aku terpegang menda jadah haram ni. da la kena sertu balek rumah tu...

da terlanjur tu. aku nak gtau la cara sertu, tapi kan..ape itu sertu ? ramai yg salah paham dgn samak dan sertu. sebenarnya....

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.: 

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)




SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali dan 1 kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.


HIKMAT SERTU DAN SAMAK


1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
2. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan semua peralatan harian.
3. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
4. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.


psssssttttttttt  : sila lebih berhati-hati lepas ni kalau duk belek barangan berupa kulit... #peringatan buat diri sendiri#


10.1.12

hai | la | janji

Assalamualaikum w.b.t............
 

aku ada satu janji
janji untuk dikotakan. 
tapik mampukah aku berjanji dan....
terus berpegang pada janji tersebut ? 


tapi kenapa perlu ada janji macam tu ?
hal macam tu sepatutnya bukan apa-apa.
tak perlu berjanji-janji rasanya. 
kita masih boleh lakukan tanpa berjanji

apa-apa pun, kalau janji tidak ditepati. 
maafkan la aku tapi aku janji.
janji yang tak ditepati ini.
tidak akan sampai memudaratkan diri.  


psssssssssttttttttttt : ini lirik untuk lagu terbaru najwa latif. aku karang sendiri dengan kakak dia.  HAHA~

hati | bunga | bunga

Assalamualaikum w.b.t...............


hati aku berbunga-bunga sebab aku rasa macam best la 2-3 hari ni. perasaan macam sangat best. kaitan best dengan bunga-bunga. APEKAH wahai bib uik ? ala...bia la. aku nak gtau hati aku bunga-bunga je. tu saja entri kali ini. selalu lah hati aku berbunga-bunga supaya dapat hidup dengan nyaman. wah....


dah lama aku tak pegi shopping weh. wanita dan shopping selalunya tak dapat dipisahkan. kalau dipisahkan hancur la hati dan merana la jiwa. #ayat propa#


psssssttttt : hati berbunga² bukan sama dengan dalam hati ada taman ya.  


7.1.12

tentang | azam

Assalamualaikum w.b.t.............

hai korang. da masuk bukan selangkah tapik da berlangkah-langkah untuk tahun 2012. rasa macam wah...cepatnya masa berlalu. sangat cepat. banyak menda yang masih tak tercapai dek perbuatan mahupun akal. HEHE...


wishlist tahun 2011 banyak lg yg terbengkalai. Antaranya :-
  • nak kawen tahun lepas. belum ada jodoh...eceh.
  • nak sambung blaja pun tak kesampaian. takde rezeki.
  • nak blaja memasak pun tak lepas lagi. HAHA...
  • nak kumpul aset pun belom mampo..hiksss!
  • nak meningkatkan taraf hidup dan ekonomi negara.

wishlist tahun 2012
  • nak kawen tahun ni. #ngeuuuwwww#
  • nak dapat kerja yang lebih baik. 
  • nak lebih banyak berjasa pada ibu bapa dan keluarga.
  • nak kuruskan badan dan memilik BMI yang ideal. KAHKAH...
  • nak buka bisnes. tapi.......tengok la macam mana.
  • nak belaja memasak-menjahit-merenyam dan kemahiran yang lain. 


pssssssttttttttttt : semoga kamo-kamo-dan-kamo dapat la kiranya menyokong dan mendoakan supaya setiap apa yang di-wishlistkan menjadi kenyataan.

6.1.12

fullhouse | vs | fish manhattan

Assalamualaikum w.b.t................


fuyoh...sempena adek-adek aku dapat bonus. aku selaku kakak tidak melepaskan peluang menge'pau' adek-adek ini bagi tujuan merapatkan silaturahim. PUIHHH...aku da la kais pagi-makan pagi-kais petang-makan petang. kais malam-tido malam. kasihan bukan ? tapik tu la. rezeki masing-masing. rezeki deme lebih. aku tumpang la kan macam biasa. aku kan penumpang bahgia tegar orang lain. HUHUHUHU...

FULLHOUSE : aku bagi 3*...sebab makanan dia biasa je. kuantiti cipot. rege mahal. tapik tempat dia macam korang duk makan kat rumah jiran yang kaya dan kemas. hah..camtu la! terima kasih ANI & ATUN blanja kakak.

tukang belanja kakaknya. makasih adik-adikku~

FISH MANHATTAN : aku bagi 4 setengah * ...sebab makanan dia sedap lazat berkrim dan kuantitinya pula banyak. rege mahal tak kesah sebab orang belanja. HAHA. cuma kekurangan dia adalah makanan berbaur ayam. nama pun FISH MANHATTAN ape kejadahnya nak ayam bagai. hukhuk! terima kasih kali kedua buat ATUN. 

sedap gilakkkk Fish & Chip dia. dilises!!
* = bintang

psssssssssttttttttt : kalau korang nak share berita gembira dgn aku sambil blanja-blanja makan cenggini. bagitau tau! kekekeke....

cuba | itu | best

Assalamualaikum w.b.t..............

korang tahu tak mencuba sesuatu yang baru adalah sangat best walaupun kita tak mengharapkan apa-apa dari situ ?   <---ayat ni refer tu aku..! HAHA...
 
contohnya...tak penah pegi intvw SPA yg mencabar scr tetiber. ko hado ?
contohnya...nak pergi maen water rafting. aku ngah plan dengan someone. tah jadik ke tidak. jgn suam-suam kuku-kiki-keke je.menyampah ! #ayat bakar line#
contohnya lagi adalah MENCUBA makanan. aku kalau boleh suma makanan aku nak cuba-cuba-dan cuba seadanya. tapik kalau pepelik. mmg tak la aku nak cuba.heh...

CUBA : sebuah nama negara . pronounce dia : ki-u-ba.

lastly, aku just nak gtau. mencuba lebih baik dari tak mencuba. at least ada experience kat situ walaupun kita tak dapat ape-ape dari percubaan itu.

pssssssttttttt : cerkira berapa banyak perkataan CUBA kat atas ni ? HAHA....

5.1.12

syukur | dan | syukur

Assalamualaikum w.b.t................


aku lalu-lalang kat FB. lepas tu ternampak status macam ni dekat page kawan aku. dan buat aku rasa...benarlah ape yang cuba disampaikan. credit to EDA, ex-classmate tingkatan 5 sains zaman dedulu. renung-renungkan. selamat beramal~



I said to Allah: My sins are so many.
Allah said: 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)

I said to Allah: Do not leave me.
Allah said: 'So remember Me , I will remember you..'(2:152)

I said to Allah: I'm facing a lot of difficulties in Life.
Allah said:'And whoever fears Allah? He will make for him a way out.'(65:2)

I said to Allah: I have many dreams that I want to come True.
Allah said:''Call upon ME , I will respond you.'(40:60)

Alhamdulillah..


lakukanlah setiap pekerjaan dengan niat kerana Allah S.W.T....agar kehidupan seharian kita akan lebih dibekati.



pssssssssstttttttttt :  ini entri auto-published. aku ntah-ntah tengah panjat tali ni. takpun tgh melepak kat alamanda sbb terkeluar awal. hiksss~


4.1.12

masuk | sekolah | 2012

Assalamualaikum w.b.t.............


wah..hari ni pelajar-pelajar dah start masuk sekolah lepas da bercuti panjang. cikgu-cikgu pun sama. mesti macam-macam karenah datang sekolah masa awal tahun 2012.

comel tol bebudak ni. aku dulu comel cani la. huahua...

teringat pulak masa zaman aku skolah dulu. huahua...suka la nak flashback-flashback ni. dulu aku ngan adek-adek kan sekolah lebih kurang je. masa aku darjah 1. ayah aku sibuk uruskan adik aku yang tadika. maka, ayah aku wakilkan kakak aku je hantar aku pegi sekolah. sesungguhnya kakak adalah kakak. dan ayah adalah ayah. mana nak sama kan. tapik takpe la. sebab aku mmg mcm takde perasaan je 1st time masuk sekolah ke ape. aku bedal je.



kakak aku da hantar aku da bayar yuran ape. dia bla camtu je. aku rasa mcm erkkkkkk...? mcm mana nak uruskan diri kat skolah ni ? tapik tu pn aku terpk lepas kakak aku balek. da terlambat. mujur aku takde penyakit *berak/kencing dalam seluar*.  so, takde hal la spjg hari tu.

sebelum pegi skolah mak da bagi duit. siap bolot-bolot dalam tuala. supaya tak hilang. walhal dalam tu ada doploh sen. bawa bekal roti & air tapawer tinggi. maen kejar-kejar time rehat. tapawer tinggi pecah nanges. kaki berdarah dah tak pk...


credit to googles : cani la dulu botol air.


pppsssstttt : percayala...sesungguhnya zaman sekolah adalah zaman yang cool. perasaan ini hanya akan timbul apabila kita da bekerja. terlambat bukan ? huh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...