10.12.11

Gerhana | Bulan | Penuh

Assalamualaikum w.b.t.....



Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, hari ini. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

  • Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
  • Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
  • Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat. 

Kita semua disunatkan melakukan solat Sunat Gerhana bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. 


psssttttttttt : credit to Facebook page Imam Muda Nazrul. kawan kepada kekasih hati aku, Imam Muda Hassan. aku dapat info kat page beliau. 

2 komen panas:

Long-Kang said...

cik bib,,,Long-Kang minta share ekk...

Cik Bib said...

@Long-Kang : hiksss...sila.sila.meh share meh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...