11.12.11

Bantuan | Rakyat | 1Malaysia

Assalamuaikum w.b.t...........

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara PERCUMA mulai hari ini dari 9 PAGI hingga 5 PTG di :-
  1. semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 
  2. Jabatan Penerangan, 
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan, 
  4. lobi utama Kementerian Kewangan dan
  5. sekolah-sekolah terpilih

1. SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan

2. Dokumen WAJIB yang diperlukan
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)

3. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
  • Kelayakan:  Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
  • Definisi ketua isi rumah:  seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ini merangkumi individu yang :
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara

credit to Harian Metro Online
credit to Harian Metro Online

sekali baca macam tak paham. dua kali baca pun tak paham gak. tiga kali baca sambil tengok gambar rajah kat bawah ni baru paham. kalau tak paham lagi dan nak cakap sendiri dengan operator. hubungi la nombor yg tertera kat bawah ni yok!!

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia


psssssssttttttt : kepada yang layak, boleh la apply menda ni dan war-warkan kek jiran-jiran. dan kepada yang tidak layak, jangan la mengambil sesuatu yang bukan hak kita. 

4 komen panas:

damha said...

terima kasih banyak2 cik bib diatas info ini....saya rasa ini adalah salah satu sumbangan kita sbg seorang blogger yg dikira prihatin dan bertanggungjawab diatas permasalahan rakyat menyiarkan sebarang info utk dikembangkan lg kpd mereka yg kdg2 terlepas pandang n tidak dpt info ini...tahniah n syabas saya ucapkan...

fiezah91 said...

ok aku tak layak. haha :P

Cik Bib said...

@damha : erkkk...?HAHA. yer..baekla. lepas ni saya letak info ramalan cuaca pulak ek. hehehe...

terima kasih kerana menyokong blogger picisan spt saya. ewah~

Cik Bib said...

@fiezah91 : sesungguhnya...aku juga tidak la layak. ni yang nak kena kawen ni.

#alasan gatai nak kawen, boleh?# HAHAHAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...