31.12.11

hi 2012 | bye 2011

Assalamualaikum w.b.t...............


banyak dugaan dilalui sepanjang tahun ni. so,aku nak jugak wish

  hi 2012  bye 2011 
walaupun ada suka .  dan terlalu banyak duka. 
semua ada. namun, dapat juga aku lalui dengan tabah.  tabah ke? #tettttt#


di kesempatan ini, aku nak minta maapla   kepada kamu-kamu-dan-kamu yang ada disini andai kata ada tersilap kata, tergurau bagai minta penampar, terumpat terkeji, dan atas setiap perbuatan yang tidak berkenan di mata dan juga di hati. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari saya. 


dan doakan la ya supaya 2012 menjadi tahun yang terbaik untuk diri ini. cewah! dan terima kasih 2011 yang terlalu banyak mengajar erti sebuah kehidupan pahit-getir. ewah!

 diharapkan tahun 2012 akan menjadi tahun ajaib buat aku. kenapa nak kena ajaib ? sebab hidup aku perlukan keajaiban. dan keajaiban itu boleh jadi dalam ape cara sekalipun. bukan black magic. sekian, assalamualaikum.

moga hari-hari yang bakal dilalui akan menjadi lebih bermakna buat kita semua. INSYAALLAH. 


30.12.11

Ombak | Rindu | Full Movie

Assalamualaikum w.b.t............

korang da tengok filem OMBAK RINDU ? cerita yang dari novel difilemkan tu. hah yang tu la. ececeh..walhal aku tatau pun ada novel OMBAK RINDU. tau-tau keluar filem. kecoh-kecoh. baru la aku tau. kalo tak..haram la nak tau. aku kan buta novel..

#flashback sebulan lepas. HAHAHAHA....#
aku nengok wayang citer ni dengan kakak+abang ipar+adek aku. wayang midnight lagi. abes citer ni dalam pukol dua. kejadah la kan...aku rasa ada la tak sampai 10orang dalam tu. 

aku tak baca pun novel dia. tau-tau da kua filem. aku bedal je la. aku rasa cerita ni okeh la. takde la teruk sangat pun. tapik takde la best sakan pun. 

ni kat bawah ni aku ada jumpe video Full Movie OMBAK RINDU ni. siapa-siapa belum penah layan lagi. korang try la nengok. mana tahu korang rasa sedih gila atau sebaliknya ke kan. so, saksikanlah ya dengan baik selagi video ni tak ditapis-tapau dek pengarah Ombak Rindu ni.



adek aku punya kelentong aku cite nanti Haris tu hilang ingatan. kejadah betolla. mana ada! sedar dari koma terus je Haris tu sebut nama Izzah siap minta jam tangan lagi. hilang ingatan la sangat..choi!


pppppsssssssssssttttttttt : kalau diberi pilihan OMBAK LAUT dengan OMBAK RINDU. aku pilih OMBAK LAUT. kikikiki....


29.12.11

jom | kira | BMI

Assalamualaikum w.b.t...................


bebaru ni aku baru rasa pentingnya BMI dalam kehidupan seharian bagi memastikan kita ada dalam keadaan sihat dan cergas. kekekeke..taboleh bla macam topik KECERGASAN PAGI!


hah...so, korang guna la menda kat atas ni untuk kira BMI korang sama ada korang ideal ke atau kurang ke atau terlebih obesiti pulak. hehehe...lepas ni sama-sama kita menjaganya ya. #peringatan untuk diri sendiri#

dan cara korang kira BMI pulak. sila guna formula kat bawah ni ya.



psssssstttttttttttt : jaga la kesihatan ya. selalu-selalu la bersenam. jangan duk layan FB & BLOG aje. mata cepat rosak. entri kali ni sangat berunsur kesihatan. harap maap ya. HAHA....

28.12.11

ada | masalah | besar

Assalamualaikum w.b.t.............

aku ada masalah besar. tak tahu la bagi korang tak besar. tapik bagi aku menda ni mmg masalah besar buat aku. perasaan macam ni jarang-jarang ada kat aku. omputihnye "BIG PROBLEM" .




korang dapat sesuatu yang happy tapi korang tak happy.
korang dapat sesuatu yang tak happy tapi korang happy.
MASALAH BESAR BUKAN ?

psssstttttttttt :  benda-benda takde penyelesaian lepas da kita da berusaha, macam mana nak buat ? berserah dan tawakal ja la dan redha dan segala kemungkinan..SEDIH! 

27.12.11

token | RAPID | KL

Assalamualaikum w.b.t.........

hari tu aku telah keluar menaiki pengangkutan awam untuk ke destinasi mudah sekali iaitu KLCC. dah lama gila rasanya tak menjejakkan kaki kat situ semenjak bergelar single lapan tahun lepas. PANGGGG!!!

korang tau tak kalau naek LRT PUTRA sekarang ni da maen pakai token-token. no more ticket. aku konfiden pegi dekat kaunter cakap nak beli tiket g KLCC. japg minah tu boleh cakap. beli sendiri kat mesin. aku pun terpinga-pinga. kuang aja. da tuh dia duduk kat kaunter tu kejadahnye ? 

aku duk touch-touch mesin tu yang agak baru la buat aku. tapi menda boleh explore. rileks je. pastu masukkan duit cukup-cukup. takde masalah & da keluar token. 

masalahnya datang time balek aku takde duit cukup-cukup. aku masukkan RM10. tu je duit kecik yg aku ada. mewah bukan ? gile la. tu je aku ada sampai dapat gaji. sekali aku masukkan. dia keluarkan balik duit aku tu sampai seblas kali. gile punya mesin. aku fed-up & rasa nak maki mesin tu. tetiber nampak ada sign gtau duit RM10 xleh masuk. duit RM1 dan syiling je. tak canggih tol mesin tu. dia bukan tatau orang Malaysia ni kaya-raya biasa guna duit besar-besar je. CHOI...

tu je la keburukan mesin token ni aku rasa. yang lain tu aku rasa canggih dah macam hidup di Jepun. #hyperbola sungguh#

pssstttttttttttttt : lepas ni aku keluar merempit je lagi senang. tapayah susah-susah nak beli token la ape. nek kereta jem. naek moto leh cilok-cilok. pastu hujan basah. 

ghost | protocol



Assalamualaikum w.b.t...........

yeaaaaahhh...sabtu lepas barulah aku berkesempatan tengok cerita Mission Impossible. kekasih hati berlakon kan. mestila aku kena support. TOM CRUISE ade. ANIL KAPOOR pun ade. yang takde dalam filem tu aku je..ceh! 

masih handsome walopun da jadi artis veteran kat Hollywood sana.

ni kat bawah ni aku ada nak review-copy-pes. sebab aku malas nak citer balek. 2jam setengah kot. tapik rasa macam 2minit je citernya. pasal best woh..walopun ada aksi menipunya. tapik kte jadik terlupa dek aksi mereka yang dasat tidak terperi. 

"Blamed for the terrorist bombing of the Kremlin, IMF operative Ethan Hunt is disavowed along with the rest of the agency when the President initiates "Ghost Protocol". Left without any resources or backup, Ethan must find a way to clear his agency's name and prevent another attack. To complicate matters further, Ethan is forced to embark on this mission with a team of fellow IMF fugitives whose personal motives he does not fully know. Tom Cruise (as Ethan Hunt) and is joined by an international cast that includes Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton, Michael Nyqvist, Vladimir Mashkov, Josh Holloway, Anil Kapoor and Lea Seydoux."

2-2 ni sangat sweet. i loike...

kalo korang tak paham nengok summary aku bg ni, pegi la nengok sendiri citer ni. siyes best gila. tak rugi tengok. tapik tatau la kot la korang tak minat. heh...lain orang, lain citarasanya. pegi dengan kawan kepada kawan aku suatu ketika dulu yang kini nya da jadi kawan aku. heh...tenkiu KAWAN YANG SOMEL dan PEREMPUAN ya kawan saya itu. sila jangan bergosip!

balek tu aku pegi beli kain macam aku lak nak raya krismas esoknya. ni suma pasal PANADOL la. tapik aku gagahi jua. kaki da saket. orang punyala ramai. saket pala dan kaki aku. semuanya demi PANADOL. balik aku kena telan PANADOL pulak.


psssssssstttttttt : sungguh banyak perubahan pada pengangkutan awam di Kuala Lumpur ini. alangkah tak ghetinya aku menaiki tren & bas. siyes i hate it...

25.12.11

25 | 12 | 2011

Assalamualaikum w.b.t............


hari ni krismas. sebab aku ada kawan yang non-Muslim dan merayakan perayaan hari natal ini. aku just nak cakap..moga korang ceria selalu okeh. sebab ada orang cakap tak baik wish-wish camtu. tapik kan kita hidup dalam pelbagai kaum. asalkan takde niat salah kan?



kalau korang perasan la kan. googles sempena krismas ni, ada menda comel..menda kaler biru-merah-kuning-biru-hijau-merah tu boleh tekan pastu ada keluar lagu krismas. sangat comel la. aku suka sangat lalu aku panggil semua anak buah aku....... 

AKU : tengok semua....atam nak buat magik. tengok yer. atam tekan dekat menda kaler-kaler tu. dia ada keluar lagu...
ANAK-ANAK BUAH AKU : wahhhh.......canteknya menda ni atam. 

AKU : magik kan? magik kan?
ANAK-ANAK BUAH AKU : nak tekan jugak atam. nak tekan macam atam.

AKU : kan atam cakap..magik. atam je boleh buat macam tu. aku pun adjuz "VOLUME MUTE", lepas tu suruh dorang tekan pulak. kekekekeke...
ANAK-ANAK BUAH AKU : macam mana atam buat atam ? kakak tekan  takde pun keluar lagu. 

AKU : kan atam cakap atam buat magik. KAHKAH....dah, pegi maen balek kat luar sana. nanti ada magik lain atam panggil lagi. 
ANAK-ANAK BUAH AKU : okeh atam...


psssssttttttttt : santa klaus sekarang ni kurus-kurus la. tak handsome aku rasa santa kurus-kurus. kelihatan sangat tak real okeh...HAHA!


23.12.11

PMR | 2011 | terbaik

Assalamualaikum w.b.t............



PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas

  • Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.
  • “Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.
  • “Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.
  • “Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.
  • Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

----------------------------------------------------------------------------

bebudak sekarang kemaen bijak bestari kan. PMR dulu aku dapat separuh je A. dorang sekarang maen semuanya A. banyak mkn McD pun hebat-hebat belaka. TAHNIAH!

yang aku tahu setakat ni..adek ChikebumBuzz dapat 9A. jiran aku, Cik Sal&Pacik Dol anaknya dapat 8A. tak ke semuanya straight A tu ? dahsyat sungguh...tapik lagi sorang aku tertanya-tanya, anak angkat bos dapat berapa la kan ? 1A dapat 5K weh..


3 artis | dapat | 'Datuk'

Assalamualaikum w.b.t.............

Tiga artis antara 137 dapat 'Datuk'

PEKAN 22 Dis. - Seramai 137 termasuk tiga artis terkenal hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81.

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan anugerah tersebut kepada kesemua penerima termasuk tiga artis berkenaan iaitu AC Mizal, Eizlan Yusof dan Ahmad Fadzli Yaakob.
#petikan akhbar ku-kopi-pes#

datuk fazley...aku minat dia ni. tapi dia tak minat aku.

datuk AC Mizal...pasal ape dia boleh dapat Datuk ya ?

tengok wife dia teringat iklan PANADOL ke ape tah.

----------------------------------------------------------------------------

tahniah buat semua la mereka yang dapat anugerah ni. teringat pulak aku anugerah aku dapat "Markah Pendidikan Islam Tertinggi" masa tingkatan 2. korang hado ? ekekeke..



21.12.11

HOT | wordless | wednesday

Assalamualaikum w.b.t...........

cuaca tak panas tapi hati panas

kepada yang berkenaan, sila do sumting kat aircond ktrg ni ya. sebab pernafasan kitorang terganggu. maklum la, lahir-lahir da jumpe suasana salji kat Scotland sana. neway, tokei repair aircond tadi sangat cool dan pandai bergosip. jarang-jarang ditemui. KAHKAH!


TAJUK ENTRI NAK MENIPU WORDLESS bagai. ghentikan la. huhuhuhu.....
psssssstttttttttt :  walopun mendung kat luar sana. kadang-kadang panas woh kat sini. #nampaknya lemak tepu da beranak-pinak#


20.12.11

hadiah | tiada | pemilik

Assalamualaikum w.b.t........


aku ada beli hadiah. tapi tak tahu nak bagi kat siapa. boleh ?
ekceli nak bagi kat satu orang ni. tapi prestasi dia kurang memuaskan.
so, terbengkalai la...tunggu je prestasi beliau naik balik atau mungkin ada orang lain yang lebih berprestasi. kita bagi je hadiah ni dekat dia. aku beli sebab aku suka kotak dia. isi dalam dia no dua. walhal isi dalam dia yang mahal. kakakaka.



psssssttttttttt : aku suka gila reben. so, siapa-siapa nak bagi aku hadiah. sila bubuh reben. kalau takmo bagi hadiah. bg reben pun aku suka da. AHAKSSSS!


semangat | yang | hilang

Assalamualaikum w.b.t............


sedang aku tak bersemangat ni hah..boleh pulak DJ ni duk pasang lagu KENANGAN TERINDAH. kenapa lagu ni sedap sangat. tapi aku tak nampak apa-apa keindahan di sekeliling ? yang aku nampak kalendar 2012 ada 2-3 atas meja aku ni hah. botol air biru Tupperware. buah jambu bubuh asam & roti butterscotch....kekekekeke. #gambaran meja aku kat opis#

kejap je kan da nak masuk 2012. cepatnya masa berlalu.. tapik kenapa aku rasa gaji macam lambat lagi je ? HAHA..ini entri malas-malasan aku. tapik aku still nak taip. aku pening kepala ni sebab saket tekak....

bangun pagi da takde semangat nak pergi kerja. aku hadapi penyakit berbahaya kebelakangan ini. adakah ini petanda kena kerja di tempat lain ? OH SESIAPA ADA IKLAN MAHUPUN TAHU TENTANG KEKOSONGAN JAWATAN. sila la bagitau ya...ini kerana, saya memerlukan persekitaran yang berbeza untuk memastikan kesihatan dan minda sentiasa berada dalam keadaan baik.



psssssstttttt  : nak jadi doktor, macam da terlambat je. nak jadi polis, mata i da rabun. nak meniaga la...kot la jadi jutawan kosmetik setanding Simply Siti. ececeh!!!


19.12.11

hari | lahir | jantunghatiku

Assalamualaikum w.b.t....

selamat hari jadi EMAK TERSAYANG. semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berbahagia dengan ABAH , 9 orang anak , 6 orang menantu , 15 orang cucu dan setiap insan tersayang di sekeliling mak.


selagi apa yang termampu, akan orang tunaikan setiap permintaan emak selagi terdaya. tapik yang pasal jodoh tu. emak carikan je la. kehkeh...nak macam cerita ADAMAYA tau mak!  HAKHAK.....gediks!




hadiah birthday mak, aku & 2orang adik lagi share belikan emak perabot. itu hari mak nak bebenor perabot tersebut. kitorang layan.....zaaaazzz! DAN..............
hadiah buat mak selalo, adalah DOA DARIPADA ANAK-ANAKMU INI SETIAP HARI. 


pssssssssttttttttt : sayang mak...tapi masak tak gheti-gheti lagi nak blaja dgn mak. kita mulakan dari tahun depan ya mak. wakakakaka.....

16.12.11

risau | risau | risau

Assalamualaikum w.b.t.....


oh lately banyak menda merisaukan.  macam biasa pegi keje balek keje. macam-macam boleh jadi. pintu kereta lupa nak tutup la ape. cis...bebaru ni ada menda yang lagi wat aku rasa sangat risau-risau-dan-risau. 

semalam..ada post sumting kat FB. ramai yang duk tanya menda nye? KEHKEH....


so, esok yang dimaksudkan adalah HARI INI. so, berjaya ke tidak aku mengubahnya ? JAWAPANNYA...........................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

YA.......ALHAMDULILLAH. BERJAYA..!!!!!!


 dari SUKA TIDUR LEPAS SUBUH ------------> JGN TIDOR LEPAS SOLAT SUBUH.

aku tau ramai orang kat luar sana yang memang da amalkan gaya sihat macam ni tapi aku ni kemaen la liat tidak terperi. pasni, aku nak jadi suri rumah yang baik sebelum pegi kerja dan jadi seorang pekerja yang dedikasi walopun kerja kita tak dihargai.

besarkan tanggungjawab WANITA ini ? ecececeh..wanita terus tau! cakap ngalahkan orang ada laki dengan 8orang anak. tapik ekceli aku ada makayah yang dah pun usianya separuh abad. yang mana aku rasa cam tak logik kalau nak biarkan mereka buat kerja-kerja rumah.

semalam mak jatuh lagi depan bilik air sebab kaki tak kuat da tapi nak duk bawa baldi berisi baju. ehm..sangat rasa bersalah. so, mak tapayah buat kerja lagi lepas ni. i can handle it successfully. esok-lusa kan i nak kawen. KEHKEH #kata-kata itu adalah suatu doa#

MOGA EMAK CEPAT SIHAT DAN CERIA. I YOU. 

psssssssttttttttt : moga makabah sentiasa diberi kesejahteraan yang baik. anak mana yang tak sayangkan makayah mereka melainkan anak derhaka. 


fed | up | betul

Assalamualaikum w.b.t..........


hai korang...rumah, opis, bilik korang ada a-kon tak? a-kon disini maksudnya adalah air-cond. bukan akon yang nyanyi lagu Smack That tu ya...harap maklom.

bukan ini maksud saya ya...

tau tak tadi kitorang dilemparkan dengan isu tak mengikut klasifikasi suhu yang betul. KAHKAH...kan semua Jabatan Kerajaan air-cond deme kena jadikan kepada 25darjah cels. if i not mistaken la kan....walaupun kalau nak compare kan aircond Jabatan Kerajaan dgn kitorang...amatlah jauh berbeza kekualitiannya. #broken Malay#

kitorang pun dah disarankan begitu juga. aku setuju sangatla dengan saranan itu. memang sungguh menjimatkan dan tak perlu membazir. sebab Malaysia sekarang ni pun tengah musim salji. 

tapik yang aku tak berkenan bila remote aircond rosak ke hang ntah aku tatau la nak eksplen. suhu dia mmg 16darjah cels je even aircond cam tak berfungsi pun tapik masih juga kami dipersalahkan. APE KEJADAHNYA SEMUA INI ? tell me..tell me..


remote rosak menjadi isu..apekah ?


KEBURUKAN PEKERJA TUNGGAK KEJAYAAN KE ? KEBAIKAN PEKERJA, DIAMKAN AJE. macam tu ke? please la appreciate sekali sekala usaha pekerja. macam tu kan boleh menaikkan semangat bekerja. ini tak, renung-renungkan. selamat bekerja.


psssssttttttttt : hargailah orang supaya orang lain menghargai diri anda satu hari nanti. #nasihat tuk diri sendiri#

14.12.11

tak suka | macam | suka

Assalamualaikum w.b.t..............

korang pernah tak rasa tak suka yang mendalam. tapik lepas tu korang suka mendalam pulak pada menda yang sama korang tak suka tadik. HAH...pernah tak ? pernah tak? atau....korang tak paham ke ape aku cakap ni ? hish meh la sini aku bagi contoh.

CONTOH :

korang tak suka orang puji korang cantek. tapik korang suka sebenarnya...
korang tak suka orang kata korang jahat. tapik korang suka buat jahat....
korang tak suka orang tengok korang. tapik korang suka tengok orang...
korang tak suka beli cikedis. tapik korang suka makan cikedis...
korang tak suka pegi dangdut. tapik korang suka dengar lagu dangdut...errrrkkk?


ok...entri aku kali ni aku nak cakap apesal ada perasaan cenggini ? taboleh ke kalau da suka tu. suka je la. kalau tak suka tu tak suka la...HAH. sapa boleh eksplen?
WHY ? 



pssssttttt : aku kejap suka. kejap tak suka. pastu tak suka. pastu suka pulak. suka-suka aku tak suka. suka-suka aku pulak pastu suka. GRRRRRRRRRRRR.............

13.12.11

hati | hati | hati

Assalamualaikum w.b.t.....

HATI-HATI ya kawan dalam menjaga HATI. sebab terlalu menjaga hati orang lain. boleh jadi terlupa untuk jaga hati sendiri. ekceli aku rasa nak tujukan entri ini buat seseorang yang sedang amat DOWN. janganla begitu ya kawan. sebab ape....ianya tak berbaloi untuk diratapi dan ditangisi. tapi kalau nak bersedih tu mmg tak pelik. biarkan..lepaskan..tapik lepas nangis...


BANGUNLAH dan BERJALAN KE DEPAN serta BERTAWAKAL kepada Allah S.W.T


sebab aku belum berkesempatan share bahu aku dekat dia. so, aku takleh nak bagi dia semangat dalam alam realiti. ktrg bertabah dalam alam maya ja. nanti ada rezeki kita jumpa ya. sebab dia muda. dan aku "lagi muda"..so, aku rasa panjang lagi perjalanan dia akan lalui.

eceh...aku cakap macam aku sangat bahgia kan sekarang ? Hanya Tuhan Yang Tahu. tapik takpe. masing-masing ada bahagian masing-masing. kesusahan & kesenangan masing-masing. maka, bersabarlah.



psssstttttttttt : ini entri berkata-kata dan lebih kepada bebelan mahupun nasihat. takde gambar-gambar! buleh ? hikkhikkhikk...........  


12.12.11

musang | king

Assalamualaikum w.b.t..........

tau tak apekah perbezaan MUSANG & MUSANG KING ? semalam aku pegi jalan-jalan BENTONG, PAHANG. sekali aku nampak ada orang jual binatang tepi jalan. gile weh jual musang tepi jalan. ntahmana musang dorang duk buru. pastu jual. KING dia plak tu dorang jual. GILERRR!

aku da jalan-jalan punya jalan sekali kan. aku baru tau MUSANG KING itu adalah doghian. sungguh cetek pengajian am aku. #tetiber# sepanjang jalan ada jual menda alah ni. tapik abg ipar aku kata nnti balek beli. da time balek tu. suma kedai da tutup. ape kejadahnya ?


ni King of Musang. ianya haiwan ya.

ni pulak adalah buah-buahan ye. jenis Musang King!

psssstttt : mati-mati la aku boleh tatau musang king tu durian. apekejadahnya ? dan sekarang ni. aku sedang mengidamkan durian gred Musang King ni...!


11.12.11

Bantuan | Rakyat | 1Malaysia

Assalamuaikum w.b.t...........

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara PERCUMA mulai hari ini dari 9 PAGI hingga 5 PTG di :-
  1. semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 
  2. Jabatan Penerangan, 
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan, 
  4. lobi utama Kementerian Kewangan dan
  5. sekolah-sekolah terpilih

1. SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan

2. Dokumen WAJIB yang diperlukan
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
  • Salinan Gaji (jika berkenaan)

3. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
  • Kelayakan:  Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
  • Definisi ketua isi rumah:  seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ini merangkumi individu yang :
  • Berkahwin;
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga Emas sebatang kara

credit to Harian Metro Online
credit to Harian Metro Online

sekali baca macam tak paham. dua kali baca pun tak paham gak. tiga kali baca sambil tengok gambar rajah kat bawah ni baru paham. kalau tak paham lagi dan nak cakap sendiri dengan operator. hubungi la nombor yg tertera kat bawah ni yok!!

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia


psssssssttttttt : kepada yang layak, boleh la apply menda ni dan war-warkan kek jiran-jiran. dan kepada yang tidak layak, jangan la mengambil sesuatu yang bukan hak kita. 

10.12.11

Gerhana | Bulan | Penuh

Assalamualaikum w.b.t.....



Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, hari ini. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

  • Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
  • Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
  • Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat. 

Kita semua disunatkan melakukan solat Sunat Gerhana bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. 


psssttttttttt : credit to Facebook page Imam Muda Nazrul. kawan kepada kekasih hati aku, Imam Muda Hassan. aku dapat info kat page beliau. 

8.12.11

aksi | stunt | women

Assalamualaikum w.b.t.........

korang penah buat aksi stunt tak ? huhu..baru-baru ni aku da bosan dengan keadaan biasa hari-hari kan. pegi keje - balek keje. camtu je hari-hari. so, aku pun tetiber rasa nak wat aksi stunt. baru la nampak stylo siket.ekekekekeke..#PANGGG!!#

uik giler...kata-kata di atas adalah hanya digunakan ketika berlaku kecuaian. boleh jadik pulak nak stylo wat menda giler. sesungguhnya baca la doa naik kenderaan. dan sila jangan tiru aksi ini di atas jalanraya.

cenggini la pintu kereta aku terbuka time lap. fuh!!

AKSI KELMARIN : 

macam biasa balek keje btegur sapa dgn rakan sekerja beriyer. BLA..BLA..BLA..BABAI KORANG! TATA TITI TUTU...sambel duk tarik pintu tutup siket sbb kete sebelah nak masuk. aku tutup tipu-tipu. lepas tu lupa lak nak tutup betol-betol. sedang aku buat 'lap' kat simpang depan tu. hamek ko!!! SEKALI TERBUKA PINTU kereta aku. naseb baek takde kete laen di samping aku tak tercampak. hadoila......syukur alhamdulillah takde kereta dan keadaan terkawal..! 




pssssttttttt : sejak dari tu. sapa tegur aku time balek aku iyer kan je. takde nak sakan borak sampai pintu lupa tutup. ngerissss~


5.12.11

best | hari | isnin

Assalamualaikum w.b.t........


korang penah dengar istilah BLACK MONDAY ? ishk-ishk. kesian MONDAY tau.korang tau tak itu istilah tabaek dari orang yang tak bertamadun! ISNIN adalah hari yang BAHAGIA. itu pun sebab aku cuti hari ni. kalau tak..aku tengah duk sakan wat keje yang belambak masuk je ISNIN. seronok gila dapat cuti hari ISNIN ni.rasa nak jerit.......WAHHHHHHHHHH..BEST!

nampak tak BAHGIANYA aku & isnin ?

kepada rakan-rakan sekerja. BOKOJO LA KITO SEKUEKNYO. BOKOJOLA KITO SEKUEKNYO. YAYAYAYAYAYA.....kepada rakan-rakan yang lain yang jugo sodang bokojo. kojo la bebaek. supayo ISNIN korang juga bahgia. huhuhuhu...

da kenapa aku cakap buruk bebenor bunyin loghat ni ? ni suma pasal aku ada kek NOGHORI SEMBILAN. buat ape ? aku ada shooting drama AWAN MUMIA kat sini. NANTIKAN!!


psssssttttttttttt : sangat stress dengan insiden gaji teramat lewat. lalu aku pergi membawa hati yang lara. izinkanlah aku membawa diri ini...cehcehceh!

4.12.11

like | moh | like

Assalamualaikum w.b.t..........


cer korang like-like-lepastu like lagi kat page contest anak buah aku ni ha. aku ingatkan kawan aku je masuk. aku sakan la like kawan aku. n baby-baby comel dalam ni suma. aleh-aleh akak aku masukkan gak anak buah aku.

neway, kalau korang duk saja tatau nak usha ape kat FB. ape kata korang g la like kat sini sekali sorang. nak berkali-kali boleh tapik akaun lain-lain la. HUHU...sesekali buat menda ni. aku rasa cam aku ngah raih undi je. wakakakakaka...ah, ghasak la kan. anggap la aku ikut tema dan politik Malaysia. #suke-suke aku je kan?#

NURLAILA ALLISYA BINTI EDY.
 
" anak buah i is taking part in the One Baby World - One "Stylo" Baby Facebook Contest and I need your votes for my "stylo" baby! "
 
  1. simple je korang, memula pegi kat One Baby World facebook page and press "LIKE"
  2. then korang pegi pulak like kat gambar anak buah i kat GAMBAR NURLAILA ALLISYA and press "LIKE"
 
#jangan lupa "LIKE" One Baby World punya facebook page juga (kalau tak, your vote will not be counted)
 
psssssttttttttt : Terima Kasih Daun Keladi. Esok-Esok Kita Makan Eskrem Keladi. Yummi...Yummi.

3.12.11

selepas | kajang | banjir

Assalamualaikum w.b.t...........

macam mana Banjir boleh landa kajang ek? maybe ada sumting wrong kot dekat sistem perparitan dia .ni ada la video siket utk dishare kan. tapik kalau korang taip dekat YOUTUBE, "kajang banjir". hah...ada beratur lagi video.

oleh itu, sama-sama la kita berdoa semoga kita berada dalam keadaan selamat dari segala bencana, kecelakaan, maksiat dan segala kekufuran. supaya Allah S.W.T akan sentiasa melindungi kita semua ya. hati-hati dengan cuaca sekarang ni. kan musim hujan-pastu banjir-jalan licin-drive tak nampak jalan pasal hujan lebat. macam-macam. ape-ape pun, malang tak berbau. berhati-hati yok!!





pssssssttttttttt : harap semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan dan bencana yang dihadapi. rumah aku pun selalu banjir. penat memang penat. tapi redha je la. 

12 | is | DECEMBER

Assalamualaikum w.b.t.............


sekejap masa berlalu. sangat sekejap rasanya. tak selesai lagu ape diidam-idamkan December lepas. da datang December baru......macam biasa tiap-tiap tahun ada suka-duka-cuka.

antara wish list aku yang tak kesampaian :

  1. nak beli kereta BMW 12series.
  2. nak beli rumah banglo 8tingkat atas bukit. banglo 8tingkat okeh..bukan flat.
  3. nak makan banyak sampai kurus. ni pun tak kesampaian. 
  4. nak dapat keje CEO yang duduk kat tingkat 80 bangunan KLCC. 
  5. nak pergi bercuti kat Krabi. lepastu pegi Hawai plak maen jetski. fuyooh!!
  6. nak kawen dengan putera raja macam Ramualdo. takde camtu. Tarabas pon boleh la (refer to citer TV2, hari ahad 10malam.

imaginasi kemaen lagik tau...HUHU.
i love u like a love song bebeh....auuummm~

ape-ape pun, semoga hari-hari yang kita bakal lalui akan menjadi lebih baik dan bermakna walaupun tanpa benda-benda yang aku sebutkan macam kat atas ni.


psssstttttttt  : bulan doblas musim hujan-musim coti sekolah dan musim durian. best kan bulan doblas. i like bulan doblas.............


1.12.11

aku | takde | perasaan

Assalamualaikum w.b.t...........


adakah korang tahu bahawasanya orang yang nampak ceria-suka bergurau-happy go lucky adalah tergolong dalam golongan orang yang takde perasaan ?sebab golongan ini hanya boleh berlawak dan tidak patut berasa hati mahupun sedih.

ini kerana, hanya mereka yang  sensitif dan berjiwa halus sahaja yang memiliki perasaan. dan ini menyebabkan mereka mampu untuk berperasaan dan terus berperasaan. tanpa perlu menghiraukan perasaan orang lain juga.

ape-ape pun manusia takkan dapat lari dari perasaan dan kesilapan walau CERDIK & PERFECT macam mane sekalipun.


pssssttttttt : senyum itu sedekah tapi senyumla pada yang memerlukan. bukan pada yang tiada keperluannya. #merepek adalah amalan sihat dan menyeronokkan#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...