30.11.11

report | mereport | pereport

Assalamualaikum w.b.t...........


REPORT  : bos minta report pasal keuntungan. adakah mencecah jutaan ringgit. itu normal. report penting dalam sesebuah organisasi . daripada report tu la kita boleh tahu da sampai mana pencapaian kita. (apesal ayat aku skema mcm org korporat ?)


ME'REPORT'  : ko kena report kat orang setiap saat. ui....aku da sampai uma, sesaat pastu report la ko nak g dapur, sesaat pastu lagi ko gtau ko nak amek cawan nak minum air, seminit lepas tu ko gtau pulak ko nak ke tandas. dua minit lepastu gtau ko nak makan. sesaat pastu tanya, "ko tgh buat ape tu beb ?" lepas tu time tido..........SENYAP..............bangun tdo sambung balik. mana pegi senyap je ni ? tido la. apesal tdo tak gtau ? uiikkk! lainkali tido la sambil handset sangkut kat mata. errrrrrrrrkkkkkk.....APEKEJADNYA semua ini ? SEDIH!!!


PE'REPORT' : ATAM........tengok kakak ni atam. dia main laptop kat bilik atam. ATAM.....mikhail ni dia sibuk je ambil barang kakak. kakak tak kacau pun dia. ATAM....kakak cakap B*D*H dekat najiha tadi atam. jangan kawan dia atam. erkkkk ?


aku tak kesah bab report & pe'report' tu. sebab yg report tu boleh dilihat dan dianggap sebagai antara tugas kita. yang pereport tu pulak, karenah kanak-kanak mmg best. aku suka ! tapik part yang "mereport" tu aku tak berkenan. WTHek la kan macam tu. SEMAK !
 

pssssssssttttttttttttt : layan lagu hindustan terasa bagai Amir Khan dekat di mata. jauh di Bombay sana. ngeuuuuuuuuuuuwwwww.....

29.11.11

kenduri | kendara

Assalamualaikum w.b.t.......


minggu ni agak busy. aku rasa tiap-tiap minggu pun aku busy. HAHA... minggu ni anak buah aku yang ke-15 kot punya majlis akikah. ni ada sedutan gambar 2-3-4-5 keping. 

abang & kakak ipar dengan Nur Rania Maisara...

semoga Nur Rania Maisara binti Ibrahim akan menjadi anak yang baik , berjaya dan solehah suatu hari nanti ya . majlis berjalan lancar dan sangat penat. mujur ada cuti Umum sempena Awal Muharram. 

Nur Rania Maisara binti Ibrahim

fresh flower....

tengok ada lembaga misteri...barisan kedua-kanan sekali. 

ni tarian cakpong-cakpong. aku mangsa keadaan..sekian~


di kesempatan ni..aku nak mintak maap la ya kalau ada salah silap ke - terguris gores dan menang ke - terkeji tanpa disengaja dan disengajakan - kita buka lembaran baru ya. semoga hidup kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T dan sentiasa mendapat keampunanNya. marilah kita berhijrah untuk sesuatu yang lebih baik . AMIN.......



pssssssttttttttt : SALAM MAAL HIJRAH buat semuanya. entri basi tapi niat murni. eceh...jawab pantun tu. jawab.ewah~


katak | bawah | tempurung

Assalamualaikum w.b.t.......

da lama tak online dan berkomunikasi dgn dunia luar akibat busy. kes aku ni da macam lirik lagu ni "ada teratak di hujung kampung , bawah cermin kopak ada kotak , tersembunyi dalamnya ada tempurung , sembunyi bawahnya katak melalak". kaitannya , aku just nak gtau. aku da lama tak online rasa cam katak bawah tempurung. 

katak bawah tempurung pun leh jadi lagu.

sekali aku online, baru aku tau pasal Malaysia kalah dgn Bah (banjir) Rain (hujan). sebab masa game tu aku keluar pegi beli bantal kekabu. HAHAHA...aku siap belagak kat org situ bola menang la ni 2-0 da sebab kawan aku duk msj gtau. tah bila masa lak Bahrain tibai 3 gol. haish...hancur hati merana la jiwa...

banyak la cerita-berita aku tatau contohnya Khairul Fahmi hilang tumpuan la pasal skandal dgn sapa nama pmpuan tu , Ogy nak saman Johan Rajalawak la pasal laser-melaser. lagi pasal skandal aku dengan Fahrin la. hish! banyak la...tapi kenapa suma pasal gosip retis je ? yeuuuuuuuuwww..apekah?


TAK! TAK! TAK! sebenarnya aku just nak bagitau korang. aku masih disini. korang boleh datang sini bertegur sapa dengan aku macam biasa okeh. MAAP andai ada merindui aku. PANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! gedik sungguh.

katak atas tempurung la lagi stylo....

pssssssstttttttt : nanti aku jejak kasih dengan korang ek. banyak menda nak buat lately. aku kan PM punya kakak, punya jiran, sedara belah macik dia punya abang. sbb tu aku BUSY!



25.11.11

busy | sangat | ke ?

Assalamualaikum w.b.t..........


hai korang semua. busy tak hari ni ? kalau BUSY  angkat tangan. kalau BUSYbody pun boleh angkat tangan. kalau BUSY berfesbuk pun boleh angkat tangan jugak..oh tak boleh tak boleh. sebab orang yang sedang berfesbuk adalah sangat-sangat busy.

contohnya....korang minta tolong hulur dokumen kat tangga lepas tuh dia mengeluh panjang. AAAAAADDDDDDDDDDDUUUUUUUUUUUUUUUHHHHHHHHHHHHHHHHHHH......................

mungkin rumahnya tiada internet. maka, di opis saja la masa perlu dipergunakan sebaiknya untuk berfesbuk. sangat WORST bukan ? ape-ape pun, semoga murah rezeki kamo dan boleh beli broadband untuk berfesbuk di rumah  supaya gaji anda lebih diberkati Allah S.W.T kelak.

MODE : aku bukan marah. aku kesal.
MORAL : takpe kalau nak berfesbuk tapi tak menyusahkan orang lain dan jgn obses. 

sebab manusia sangat sibuk zaman kini adalah FACEBOOK

pssssstttttttttt  : hari ni half day sebab ada sebab. tapi yang penting bukan sebab FACEBOOK.

kenduri | ehem | ehem

Assalamualaikum w.b.t.........

bebaru hari tu tak berapa nak baru pasal da dua minggu berlalu. anak buah aku berKHATAN. aku pun tatau motif aku nak ehem-ehem kat situ. sopan sungguh..tahu ? so, tahun ni turn AMINUDDIN BIN AZMI.  

perbualan yang aku takmo dengar pun sebenarnya tapik aku terdengar. so, bukan salah aku la kan. aku mangsa keadaan dan telinga lintah. aku layan je....

ADAM = anak kaklong yang da sunat da.
AMIN = anak abg aku yg baru sunat ni.

sehari sebelum kejadiannnnnnnnn...................

ADAM : amin, ko takot tak nak sunat esok ?
AMIN : #angguk-angguk tanda takot le tu#
ADAM : ko tau tak kerengga ? macam semut besar tu ?
AMIN : #angguk-angguk lagi tanda tau le tu#
ADAM : rasa saket macam kena gigit kerengga la ko punya #$%^&*@#$ tu. tak saket pun. siket je. #kemaen tau si Adam ni cerita detik-detik dia lalui dulu#
AMIN : yeker ? tak saket sangat la eh.
ADAM : tak...sakit siket je. rasa cam kena gigit kerengga. 
AMIN : #angguk-angguk tanda tak goyang ke tanda takot aku tatau#

AKU :  errrrrrrrrrrrrkkkkkkkkkkkk ???????????????????? #camni rupanya bebudak sembang#

pssssssssttttttttt  : untungla bebudak ngah cuti skola. aku ni ha...ada duk hadap keje hari-hari. nak masok sekolah balek...buleh ? 



23.11.11

birthday | blogger

Assalamualaikum w.b.t...........


SELAMAT HARI LAHIR buat rakan-rakan blogger ku. aku kan suka nak mem'busy'kan diri selalo. kadang aku tak sempat dan hilang hingatan seketika untuk wish kat mereka. AKU TERUK!!


neway, maap ya PANADOL (051111) dan TREXMAKANCICAK (201111). aku bukan tak ingat. tapik aku busy kemaen ntahkejadah aku busy kan. AMPUN ya..so, di hari lambat bulan yang betul. aku nak wish kat korang dan juga blogger lain lahir pada November dan bulan-bulan laen.

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT  
" semoga panjang umur-murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah S.W.T. moga hari-hari yang bakal dilalui akan menjadi lebih bermakna dengan pertambahan usia"  


DAH TUA!!! aku boleh panggil korang KAKAK PANADOL dan KAKAK TREX lepas ni. sangat sweet okeh. aku nak tuju lagu kat sini buleh ? terima la... ngeuuuuuuuuuuuwww~




pssssstttttttt  :  aku memang ada hati nak bagi korang hadiah. tapik...ape la gunanya hadiah kalau aku ni jenis pemalas pegi pos dan pejabat pos. so, NANTIKAN!!



tahniah | harimau | muda

Assalamualaikum w.b.t.....


malam tadi aku rasa semua orang duk layan siaran langsung BOLA SEPAK SUKAN SEA antara pasukan Harimau Muda (Malaysia) VS Garuda (Indonesia). takde la malam tu nak layan masterchef ke ape ke da lagi. semua duk layan BOLA SEPAK even kaki bangku cane sekalipun.

imagine aku da kenal dengan deme ni dalam sekelip mata. wah..hyperbola sungguh aku kan?

Khairul Fahmi Che Mat  -  Baddrol Bakhtiar (Kapten)  -  Mohd Asraruddin Putra Omar  -  Mohd Fadhli Shas   -  Mahalli Jasuli  -  Mohd Muslim Ahmad  -  Ahmad Fakri Saarani  -  Mohd Irfan Fazail  -  K. Gurusamy  -  A. Thamil Arasu  -  Mohd Nazmi Faiz  -  Fandi Othman


sekali tengok...cam bebudak skolah je. kekecik cilipadi gitu.


ni adalah tuk kali kedua aku layan. hari tu pun tengok masa deme ni lawan dgn Indonesia gak. baru aku tau ni suma pemain Harimau Muda. aku bajet punya la ada Safi Sali-Zakuan-Zafuan bagai tau. kejadahnye semuanya muka-muka baru kecuali keeper terbaek Malaysia, Khairul Fahmi. esoknya da takde suara. maybe gegendang kerongkong  da bocor akibat tekanan bunyi yang tinggi. Skuad Malaysia ni maen untuk kelayakan Olimpik pula pasni. gile penat woh~ 

TAHNIAH buat HARIMAU MUDA 

aaaaaaaaaaauuuuuuuuummmmmmmmm!


pssssttttt : aku terlupa tekan publish post. sebab tu la post aku ni agak basi. tapi masih dalam mood semangat kebolaan. BOLEH TUJU LAGU ?...


21.11.11

ape | nonsest ?

Assalamualaikum w.b.t......


biasa jumpe word verification ni kalau nak komen entri blogger. slalu dapat word-word pelik dan takde maksud. memang la..sebab menda tu dia duk tuka-tuka word setiap saat kan. pastu aku komen satu entri blogger ni. nonsest dia bagi aku...nonsest ada maksud ke? takde kan...word yang berdekatan nonsense = karut. HAHA....

ok la kawan-kawan. selamat malam ya..jangan nonsest-nonsest tau. disebabkan menda ni macam takde maksud pun kan. sukati la aku nak maksudkan dia ape. KEHKEH...


psssstttttt : persoalannya disini. kenapa aku takde buat word verification ni jugak ? nampak sgt aku suka spam...ok bai.

19.11.11

air | mata | hati

Assalamualaikum w.b.t.........


hari ni hati rasa sempit. tak tahu kenapa...rasa macam terhimpit dan tesepit. lepas tu..boleh pulak datang mata selamatkan keadaan. membuka takungan, biarkan air dari hati yang sempit dan sesak tadi keluar ikut mata. LEGAAAAAAAAAAAAA!!!! 

sakit hati - ( air * mata ) = air mata hati 

Syukur kepada Tuhan kerana masih mengurniakan aku airmata yang jernih. sangat jernih. sedangkan hati dan mata boleh bertabah. maka, aku pun kena la bersabar. 



pssssssssttttt : BENGKAK HATI mampu menyebabkan berlakunya BENGKAK MATA. cintailah HATI & MATA kita. kerana ianya saling berkait....eceh~


17.11.11

minggu | ole | ole

Assalamualaikum w.b.t............


minggu ni adalah minggu bertuah. bertuah sebab ape. sebab aku rasa. dalam masa beberapa hari aku dapat ole-ole dari pelbagai pihak. sangat best okeh. mana tak best. hampir kesemua. eh...bukan hampir da. memang kesemuanya pun adalah terdiri daripada makanan. TERIMA KASIH BEBANYAK kepada mereka yang bermurah hati, moga murah rezeki kamu dan sentiasa diberkati. 

dapat sate ikan & pelbagai jenis sutun kering bersira dan lain-lain dari Teluk Batik. anak buah aku bedal menda ni sekelip mata. yang tinggal ikan bilis dlm botol tu je. sadis kan ?


lepas tu dapat kepok lekor Kemaman. ngeuuuuwww...banyak gak. ade kopok kena goreng tu. ade sagun. terima kasih ya....susah-susah je sampai basah kuyup duk hantar kat rumah. TQ!


dapat kopok segera cap pinggan tu pulak ada la dalam 8peket. gila best woh...aku da la mmg suka. sampai aku tau cap ape yang paling sedap. cap pinggan ni la. coklat pun hade beb. terbaik la kakak opis lama aku ni. tapi aku minta dia hidang sate. boleh je dia abaikan. 



ppssssttttttttt : jangan sesekali korang tegur kalau nampak ada perubahan saiz manusia dari gemok ke dempol. sbb orang kata nanti kan...nanti kan...pendek umur # ok..da cover baek punya !#


16.11.11

sales | girl | kelakar

Assalamualaikum w.b.t........

tadik kakak aku ajak teman cari handbag. esok dia ada event menda tah. kemaen nak tuka handbag terus. ekceli pasal beg dia da rosak teruk. layankan je la. yang aku rasa taboleh bla nye budak salesgirl tu cam blur-blur ke hape aku tatau la kan. tapik dia memang cam kelam siket-kabut siket. pastu dia punya la duk promote2. sampai la tersasul ke duk wat cerita dongeng ke hantu aku tatau...cenggini citernya.

FLASSSSSSSSSSSSSHHHHHHHHHHHHBAAAAAAACCCCKKKKK..........

SG : kak...beg ni cantek kak. akak tak minat? baru semalam Emak Faizal Husin amek beg ni kak.
KL : eh...siapa ? Emak Faizal Husin ?
SG : haah kak...Emak dia amek beg ni la semalam. 
KL : tapik bukan Emak Faizal Husin dah meninggal ke. MAHYUN ISMAIL tu ?
SG : #terdiam......lepas tu duk pegi susun-susun handbag lain#
KL : kakak aku coverline gelak dalam hati....dan buat macam takde pape berlaku. 


+ve thinking : maksud dia mak faizal lain kot. maybe mak faizal tahir@faizal ismail?
-ve thingking : dia tak minat faizal husin kot. maen petik je pastu merepek. HAHA...


psssssttttttt : nasib dia tak cakap aku nampak macam iras-iras lisa surihani. kalau tak, lagi la haru dibuatnya...mau tersipu-sipu aku sampai tahun depan. wakakakaka.....


monster | pon | boleh

Assalamualaikum w.b.t..........


da hampir sedekad berblog. tapik tak ada korang nampak part kepala blog kat sini kan ?sebab aku ni punya la low profiles (pemalas). di samping aku terlalu busy (tak gheti nak create menda tu sebenarnya) tapi...tapi...tapi...

tetiber lately aku nengok bebudak geng blog aku, kemaen tuka-tuka kepala blog bagai menukar lampin bayi. memang saja wat bakar line dan memanaskan hati aku. last-last aku berjaya jek p[A]n[A]d[O]L...ayat mesti manis beb !


KONSEP KEPALA BLOG : brutal dan ganas..gggrrrrrrrrr!
tapik aku tak tahu tang mana ganasnya. menurut kata p[A]n[A]d[O]L, monster lambang ganas. apekah ? HAHA....


terima kasih p[A]n[A]d[O]L



psssssttt : tima kasih daun keladi p[A]n[A]d[O]L . bulan depan buatkan lagi ya. HAHA...


14.11.11

MC | mahu | cuti

Assalamualaikum w.b.t......


bebaru ni kan (JUMAAT -11/11/11 ) aku rasa macam tak sehat. lepas tu dapat MC. doktor yang bagi. bukan aku mintak okeh. huhuhu....pastu kan, pastu kan aku cam simpan je la surat MC tu dlm wallet supaya tak lupa nanti nak bawa opis. lepas tu kan...time aku bagi tu kan. surat MC aku tu bukan nama aku. tapik nama SABUDDIN okeh. aku rasa cam nak g pukol je doktor tu. celah mana MC aku g bubuh nama SABUDIN ? dems la doktor ni. pehal nama SABUDIN lak ni ?

persoalannya disini ????????? da kenapa aku mimpi cenggini ? haish...demam teruk bebenor la aku ni. sampai ntah SABUDIN mana punya nama naik dalam mimpi aku atas surat MC. pagi tadi aku bangun tengok MC tu ada nama aku. LEGA...kalau tak, tak pasal gaji aku kena potong. takleh la nak bayar installment kete BMW aku kalau da kena potong gaji. cisssssss~



pssssttttttt : aku xtahu mimpi aku ni ada maksud ke tak ? maybe aku akan jadi dokto esok lusa atau SABUDIN dapat sambung blaja jadi dokto. tapi SABUDIN mana satu ? nantikan episod mimpi aku. HAHAHA...ini la dinamakan mimpi itu mainan tido. sekian.


SPM | mai | dah

Assalamualaikum w.b.t.........



GOOD LUCK for all students who are sitting for their SPM.


terkenang lak zaman SPM. aku takde la hebat mana. tapik takde la teruk bebenor. orang laen stadi sakan nak SPM. aku sempat-sempat je nak maen hoki la jadah la itu ini. so, orang laen straight A. aku half straight A je la mendapat. hamek ko..

tapik kira ok la tu. sebab aku ni tak gheti siket blaja berhempas pulas. nanti perut aku asek memulas. #erkk..ape kaitan?# bila aku da besar gerabak ketapi ni. aku menyesal. sebab patut ADD MATH aku dulu leh dapat A1. da tua-tua ni baru aku rasa ADD MATH itu mudah. sungguh sudah terlambat bukan ?ISHK...ISHK...ISHK...




da la pulak tu time SPM tu la plak dorang duk tayang cite 10th Kingdom tu. macam siot sungguh! aku lalu lalang depan TV setiap 5minit. macam hape je. tensen aku dibuatnya. zaman dedulu mana ada youtube berleluasa ke hape yg boleh buat ko donlod balek citer tu.


da kenapa aku melalut banyak sangat ni ? aku juz nak gtau je yang kepada pelajar yang bakal menduduki SPM. korang jangan lupa 5 menda ni :-

  1. baca doa sebelum jawab peperiksaan tu. takot korang tetiber hlg ingatan ke ape.
  2. baca soalan bebetul sebelum jawab ape pun soalan. jgn kome jawab dl, baru baca soalan.
  3. tinggalkan dulu yang mana korang rasa sentap dgn soklan tu. jwb yg kacang goreng dl.
  4. baca dan semak balek menda jawapan korang duk pulun tulis tu satu-satu.
  5. berdoa dan solat hajat selalu supaya korang dapat pemeriksa kertas SPM yang awesome macam aku. kompem korang akan sukses bila dapat result SPM tahun depan.


pssssstttt : janji da berusaha-berdoa-bertawakal. DAN....sapa yang ada koleksi CD citer 10th Kingdom tu. sila la bagi aku 1copy okeh.

13.11.11

school | holidays

Assalamualaikum w.b.t..........


wah...rasa macam da lama tak hapdet blog. masalah kesihatan tak berapa nak mengizinkan. tapi kalau aku sihat, aku tak izinkan. pun sama je kot...


neway, aku nak wish SELAMAT BERCUTI buat anak-anak buah aku & semua la bebudak skolah. walaupun ada 1week lagi nak cuti tapi aku rasa rata-rata bebudak da tak dtg skolah da. eh...lupa lak. termasuk kakak-kakak aku yg cikgu. kemaen la dorang lepas ni duk lepak kat uma mak aku macam tak keje. sebab cuti sekolah...apesal dulu aku takmo jadi cekgu. adehaila. MENYESAL KEMUDIAN TIADALAH BERGUNA. tu je la nak hapdet. tajuk entri ingin dipraktikalkan.


pssssssssssttttttt : kalau aku jadi cekgu dl, korang leh panggil aku CIKGU BIB... mesti student aku sopan-sopan belaka. percaya tak ?


10.11.11

makan | darah

Assalamualaikum w.b.t....

hari ni aku nak bagi nasihat. kepada adek-adek di luar sana. HIKHIKS.... celah mana la adek-adek nak baca blog aku? memang tak la..dorang layan Ultraman-Boboi kot.

tapik masalahnya dorang ni da nak start cuti sekolah ni makin takmo balik uma deme. suka nau duk uma neneknya. bebaru ni ngah musim ke hape jadah tak main gigi drakula mainan tu. main sergah-sergah yyyyyyyyyyyuuuuuuuuuu..atam hahahantu. ngeuuuuwww...bla bla bla. duk menakot-nakotkan macik dia ni. memang aku tak takot la kan. tapi ni pegi sepahkan merata-rata. hah....takotkan aku tak berjaya. cederakan aku berjaya.

boleh pulak aku tengah duk bagi deme makan cekodok. terpijak menda jadah tu. da tak pasal berdarah da. mak aku siap cakap. GIGI TARING DA MAKAN DARAH ORANG. memang betulla.



psssttttttttt : baru semalam kena makan dek gigi drakula. hari ni da demam.gile korang tak demam. lepas ni aku jadi drakula pulak.... 


8.11.11

mulut | masin

Assalamualaikum w.b.t....

korang penah dengar psl mulut masin ?
uik...tu peribahasa je tau. jangan korang pegi rasa mulut orang lain masin ke tak. PANGGGGGGG....ini makannya kang korang dapat. aku rasa kan situasi ni sekarang tengah berlaku kat diri aku la. HUHUHUHU....


hari tu aku ade cakap kat kawan aku. aku dalam tahun ni tak penah pegi Klinik Panel opis aku. sihat kan aku ? # nada agak belagak disitu #  
seminggu lepas tu. sebulan tu je aku tiap-tiap minggu pegi klinik tu pasal tak sehat. eh..ni mulut masin ke mulut celopar ek? haish la...

itu hari punya hari lain lagik aku cakap.hish..kurusnya aku sekarang ni. pastu kan...pastu kan...tadaaaaaaaa~ aku macam da gumuks pulok da sekarang ni. HAHAHAH....dan-dan je nak cakap menda ni pasal mulut masin. walhal kaberline baek punya pasal asek duk mentekedarah tak hengat. # macam takde kaitan dgn mulut masin semua cerita aku ni #


psssstttttttt : mulut masin tu sebenarnya kita cakap. lepas tu menda tu terjadi. tapik tuk kes aku kat atas ni macam bukan mulut masin je. lebih kepada celupar. HAKHAK....


nuff | & | nang

Assalamualaikum w.b.t.......

Alhamdulillah...da dapat cek HSBC. terima kasih ya kamu-kamu & Nuffnang.
walaupun takde la banyak mana.. tapik sapa nak bagi kan ? syukur..
aku rasa da lama aku berbelog tapik aku tak berapa tau functionnya. 
aku ingat menda alah tu macam tipo je. sebab takkan la nak bg orang cek senang-senang je. haish...mana mungkin. tapi sekarang da percaya. HEH~


tak sangka da makan tahun la jugak aku berbelog walopun belog aku tak pemes tapik korang singgah jugak. terima kasih daun keladi. esok-esok singgah la lagi ya. aku blanja sate yok!!


psssstttt : menu lepas ni penuh dengan menu daging setiap hari. Syukur Alhamdulillah~tapik beringat. jangan makan tanpa tak hengat. boleh kena darah tinggi dengan leukimia nanti.

6.11.11

salam | aidiladha

Assalamualaikum w.b.t...

sekejap masa berlalu..rasanya baru je update status tentang Raya Korban. AIDILADHA - merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


#video klip pilihan. teringin rasanya nak menunaikan Haji suatu hari nanti.#



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
"semoga kita berkorban hanya pada jalan Allah S.W.T supaya
 hidup kita sering diberkati di dunia juga di akhirat"

minta maap ya dan halalkan makan minum aku selama ini ya buat semua keluarga-sahabat handai-muslimin dan muslimat sekalian. rasa sebak je kalau dengar takbir raya.SOBSOB~


pssssstttttttt : lembu mesti rasa berdebar-debar kan? aku pun berdebar sbb pasni hari-hari makan daging. erkkk...ape kaitan ? cuba tuka perkataan suka ganti berdebar. paham ?


5.11.11

Anugerah | Skrin

Assalamualaikum w.b.t.....


wah wah wah....semua orang kat FB kat twitter duk habaq pasai Anugerah Skrin @ #ASK tau. kalau kita tak tengok TV tapik duk layan FB & Twitter pun dah boleh dapat gambaran sama macam dalam TV tau. heh...daripada retis yang jadi hos sampai ke retis yang dapat award-baju retis di red carpet-persembahan retis kat pentas dan bla bla bla....banyak lagi la kan. 


aku boleh pulak kepenatan kemaen membuta tak hengat lepas maghrib tadi. ngam-ngam bangun tido. ngam-ngam abes da #ASK ni. sabo ajela.  petang tadik yer-yer da layan baik punya dengan anak buah aku, Wawan. 


aku : wawan, malam ni kan Anugerah Skrin ? 
wawan : haah atam, tapik atam..kenapa Aleeya-Shila Hamzah-Jacyln. bukan sepatutnya sorang tu orang lain ke atam? #nampak tak anak buah aku cakap sal retis? baru darjah 2 tu#

aku : sapa wawan? oh...Ning Baizura. haah...dia takde. Ning bersalin wawan. 
wawan : ooooooooohhhhhhhhhhhhhhh......


psssssstttt : mana aku nak layan tayangan semula Anugerah Skrin ni weh ? cerbagi link. cerbagi. tu dia link dia. da jumpe..HUHU. #ASK Ulang Tayang#


2.11.11

ape | jawapannya ?

Assalamualaikum w.b.t...


malam tadi aku ada dapat mesej dari sorang member. aku rasa macam nak gelak je kalau dapat soalan macam ni. sebab aku rasa cam erkkkkkkkkkkk? soalan mesej kawan aku berbunyi...


"sebenarnya aku nak tanya kau ni...kalau nak masak ikan stim, air yang digunakan untuk stim tu kena letak ramuan ke atau ramuan-ramuan tu letak kat ikan tu je?"

jawapan aku : biasa aku makan ikan stim ni kat kedai Tomyam Thai. cuba ko tanya memana kedai tomyam kat area uma kau. susah gile soalan kau ni... 

kepada anda-anda yang tahu jawapan bagi soalan berwarna merah kat atas tu. tolong jawab weh. aku kering idea ni..... ( coverline walhal taktau...okthankbye )



psssttt : aku suka tengok masterchef. tapik dia belum ada episod ikan masak stim. ya ampun~


1.11.11

welcome | november

Assalamualaikum w.b.t.....

bila fikir-fikir balik da kenapa pulak sejak bulan Januari sampai bulan Ogos, tak mahu pulak di welcome-welcome kan. da kenapa pulak bila November kemaen pulak kau nak Welcome November bagai bib oitttt ? puiiiiiiiihhhh...

haish la korang ni, macam tatau je. bulan yang femes untuk tahun ni kan bulan sebelas or 11. pasal tahun ni kan tahun 2011 kan. so, kononnya ada banyak tarikh cantik kat bulan seblas.

  • contohnya 1-11-11....bajet nak tarikh cantik sangat. walhal tarikh sebenarnya 01-11-2011. celah mana canteknya ? HAHAHA....
  • tapik ada lagi tarikh lain lagi best... 11-11-11. cantik kan, hari jumaat lak tu. sapa-sapa nak menikah. elok bebenor la..
  • tapik dorang kata 20-11-2011 pun cantek hape. ehm......TAPIK sebenarnya hari-hari pun aku rasa cantek je tarikhnya sebab aku kadang tak perasan pun tarikh setiap hari.HAHA...

pssssttt : tak kisahla ape-ape pun, yang penting banyak gak cuti bulan 11 ni. aku memang suka part cuti-cuti ni....cuti umum buat aku bahagia. yeeeeeeaaaahhh~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...