31.10.11

wordless | monday

Assalamualaikum w.b.t.....




pssssttt : aku sedang sangat marah dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata melainkan carutan. so, aku buat la wordless monday. wednesday lambat nau. ok bai...

29.10.11

cepat | sembuh | apai

Assalamualaikum w.b.t..

cuti Deepa ritu aku ada pegi melawat opismate aku.
nama penuh dia Syed Mohamad Shahrul Aznil kot. nama pendek Apai. 
hamek ko kemaen pendek kan nama pendek dia. fuhhhhhhhhhh....

wad dia duduk tu wad untuk orang yang masih di bawah rawatan rapi.
so, kena masuk dua-dua je. takleh reramai bawa orang kampung bagai.
aku g sana, makayah dia ngah lawat dia. so, aku dengan kawan aku tunggu luar.
makayah dia keluar, baru la aku leh masuk  nengok dia dan........
hampir-hampir tak kenal Apai. dia da memang kurus. campur kurus lagi. 
memang bertambah-tambah kurus la jadinya sampai aku da tak berapa nak cam.


semoga APAI cepat sembuh ya. kuatkan semangat dan hati serta paru-paru ya.
kalau ada rasa tak sehat, pergilah jumpa dokto cepat tau. jangan wat dek je.
ekceli paru-paru apai ni mengecut kesan dari hentakan eksiden dan dicampur sedikit kesan akibat merokok. eceh...macam bagi resepi masakan pulak kan. wah..wah..wah..



pssstttt : kekurangan dah technician aku sorang. dan lagi satu, kurus tak semestinya sihat. dan gemok pulak senang dapat penyakit.  


25.10.11

good | luck | FARHAN

Assalamualaikum w.b.t....

2 tahun yang lepas.................wah kemaen tau ada scene FLASHBACK cani. aku praktikal kat satu tempat ni. aku kan bawah IT. so, memang kenal orang IT je la. kat sini aku kenal dengan mamat muka serius abes. ngerissssss okeh. nama dia......................taddddddddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaa..

FARHAN MISNAN aka PAAN aka ABG PAAN ( taktik untuk dapat duit raya )

ok...apesal aku nak sesebut nama dia lak kat sini kan. ekceli bukan pasal ape. lepas beberapa tahun dia jadi opismate aku. finally, dia melangkah pergi juga tuk mencuba cabaran di tempat lain. maka, tadi dia telah belanja kitorang satu opis lunch. best kan dia ?


suke hati aku je bagi tagline cenggitu. aha..ghasak. makasih ya PAAN. susah-susah je. moga murah rezeki ko sekeluarga. orang yang patut dirai pulak kuar duit tapaukan nasi ayam ni yok. duit kelab kasi simpan dalam itu peti besi. hohoho...

selamat maju jaya diluar sana dengan suasana & cabaran kerja yang baru. kirim salam qilah dan jangan lupa inform kitorang nanti kalau da dapat bayi comel yok. semoga dipermudahkan segalanya. AMIN......


psssstttt  : duit kelab opis kitorang da cecah lapan juta okeh. function family day kitorang lepas ni adalah ke New Zealand.  *sentap hati mak nak*


esok | cuti | yeayyyy

Assalamualaikum w.b.t....


dekat Malaysia ni kita hidup dengan pelbagai kaum. maka , aku nak ucapkan HAPPY DEEPAVALI untuk kawan-kawan dan mereka yang berbangsa Hindu. tak salah kan nak bagi ucapan serangkap dua. cam pantun lak serangkap bagai....huhuhu~


ppsssssttt  : balik kerja lalu kat kawasan kaum India tadi. suasana raya kemaen ok. cat-cat..hias-hias bagai. whatever la kan. yang penting esok cuti. YEAYYYYYYYY!!

21.10.11

maaf | & | dendam

Assalamualaikum w.b.t....




di sini telah pun memaafkan , namun masih pula ingin berdendam.
di situ tiada lagi berdendam , namun tiada pula ingin memaafkan.




pssssstttttttt  :  mana satu yang lagi baik ? atau kedua-duanya tak baik. dan...kenapa pulak ya ?

17.10.11

test | drive | vios

Assalamualaikum w.b.t....


semalam kan. aku teman adek aku pegi TEST DRIVE. bukan DRIVE THRU ya.
wah..aku bajet test drive tu macam drive kete yang kita nak test tu sampai KEDAH ke JOHOR. rerupanya, pusing dekat-dekat situ je. haish..tak syok betulla test kejap sangat macam tu. HAHAHAHA...banyak cantek muka kau nak test drive sampai kampung bagai.

ape-ape pun, aku mmg best la kalau adek aku nak beli kete VIOS tersebut. boleh aku pinjam nanti buat pegi pasar malam ke pegi giant batu caves sana. hihi...
rege dia fuh! boleh tahan mahal. tapi jimat minyak dan cantek la opkos.


harap impian adek aku nak beli kereta tersebut menjadi kenyataan. kakak doakan. sebab kalau nak harapkan aku yang beli kete mahal cenggini macam tak la kan. takpe la, lagipun kereta SAGA BIRU LAMA DRIFT BAPAK aku tu elok lagi. tu la kereta yang banyak berjasa dan buat aku pergi keje hari-hari.

psstttt : tetiber aku rasa nak nasihat kan dekat bebudak skrg. belajar la rerajen. nanti boleh beli kereta korang idam-idamkan. boleh nasihat macam ni?HAHA...

AQUARIA | KLCC

Assalamualaikum w.b.t....

SABTU AHAD.....adalah hari merelease tension. 
apa kejadahnya yang aku buat sampai tension-tension macam ni kan ?
biasala banyak masalah. untuk menghiburkan hati dan minda yang lara. 
mari kita ke Aquaria, KLCC sebab ape...? kat sini best woh..

first time aku pegi sana masa bebaru dia buka. masa tu promo pelbagai.
lepas bebelas tahun, aku datang balik sini dengan member aku, JIJA.
JIJA ni demam teruk. lepas tu mengidam nak tengok ikan jerung makan. 
ape hal la teruk benar ngidam dia ni. tak penah dibuat orang. chait...
masuk sini dengan adanya MYKAD kan. aku kena bayor RM35 sorang. 


start layan nengok ikan dari pukol 3 sampai la keluar dari sana dekat pukol 6. tak perasan pun lama kitorang dalam tu. seronok bebenar la tu. HEHE.. gigil lutut aku tunggu dorang nak bagi ikan makan. last-last dua minit je ikan tu makan. lahap tak lahap ikan kat sini. tapik siket sangat dorang bagi ikan tu makan. xsanggup aku tengok!
JERUNG FEEDING SHOW - hari sabtu pukol 3 ptg.
PIRANHA pulak makan hari-hari pukol 4 ptg. **ade ke patut bagi 2ekor ikan kat 80ekor piranha?
lepas tu TIKUS AIR makan pukol 4.15 ptg. OTTE pulak makan pukol 4.30 ptg. 
lepas tu ikan-ikan lain kebanyakannya makan pukol 11 pagi.
AKU makan tak tau pukol berapa. duk tengok ikan makan je keje. 
da puas tgok ikan-ular-tarantula spider bagai. baru la ke CHILIS. hukhuk...



psssttt : ape ada pada CHILIS ? nasi goreng CILI padi lagi sodap woh. nampak sangat selera aku, selera kampung. kehkeh..AMPUN JIJA~

15.10.11

zafirah | hai | zafirah

Assalamualaikum w.b.t....

minggu ni macam biasa sabtu ahad, kanak-kanak memenuhi ruang kat rumah aku. mula la macam-macam hal dorang mulakan. daripada bergaduh, berebut dan banyak la. tetiber budak kecik sorang ni boleh pulak bersuara dengan penuh sungguh-sungguh.

zafirah : ATAM...kakak tak sayang UCU da la.
AKU : haish...kenapa pulak da?
zafirah : ucu ada cakap sesuatu perkara yang tak baik tadi.
AKU : aik...ucu ckp perkara yang tak baik menda nya ?
zafirah : ucu marah kakak cakap perkara tak baik.
AKU : kakak buat ape sampai ucu marah tu ?
zafirah : tak tahu. kakak tak ada buat apa-apa salah pun tapi ucu marah dan cakap sesuatu yang tak baik.
AKU : ucu cakap apa perkara yang tak baik tu ?
zafirah : sambil berbisik-bisik kat aku sebab nak bagitau perkara yang tak baik tu. ucu cakap "AKU" atam. kakak tak sayang ucu da. ACIK tu baik kan atam. tak marah kakak pun.
AKU : erkkkkkkkkkkkk ?!@#$%^&*&^^%$#@  *BLURRRRRR*



* ATAM = aku la kan.
* ACIK = adek bawah aku @atun.
* UCU = adek bongsu aku @ani.


pssssttttt  : nampak tak kemaen sopan anak buah aku tu sampai perkataan AKU dikatakan sesuatu perkara yang tak baik. siapa makcik dia ni ? mesti sopan orangnya (refer to aku). HAHA..


14.10.11

peminat | fanatik

Assalamualaikum w.b.t....


macam mana nak handle peminat F-A-N-A-T-I-K ya ?
macam mana aku yang macam Ramlah Ram ni boleh ada peminat fanatik? *hairan*
siap dapat ceklat tau. aku da explain bebaek dan sehabes baik. 
sampai aku jadi jahat habes sebab baik aku da habes aku gunakan.
tapik tak berhasil. hasilnya...aku jadi sakit hati dan takot. 


pada peminat F-A-N-A-T-I-K....sila la meminati artis lain. 
macam Dato' Siti Nurhaliza ke, Sathiya ke, Abu Bakar Elah ke. 
sebab aku memang takleh handle peminat-peminat F-A-N-A-T-I-K ni.
sebab tu dulu aku tolak tawaran jadi pelakon filem Dua Alam. 
sebab aku tanak jadi artis dan ada peminat F-A-N-A-T-I-K la kesnya.


psssttt : HAHA...entri ni buat aku rasa macam aku baru abes jadi cover majalah URTV lak. terasa cam femes..puiiiiiiiiiiiihhhhhhhh~ HAHAHA....


13.10.11

blur | atau | stress ?

Assalamualaikum w.b.t.....

kebelakangan ni aku blur...eh stress. tak..tak..blur. eh, stress la.
arrrrrrggggghhhh..entah la tatau la blur ke stress. 


situasi blur #1 : 

lunch time, nak balek rumah angkat kain. pinjam motor opismate. 
kejar masa. so, malas la bawa kereta balik masa lunch kan.
masa turun nak pinjam kasut member sbb aku pakai heels. 
sarung kasut kawan. tak perasan belakang ada orang. buat dek je.
tetiber..." rasanya tu macam kasut saya je ". erkkkk? *speechless*
bukan kasut kawan aku tapik kasut orang lain tak sempat kenal siapa. 
muka tebal 10 inci. sambung merempit dgn heels. malu gilak.
sampai rumah ada orang kat rumah. so, kenapa nak balik rumah angkat kain?
BLURRR ke pasal STRESSSSS nih?

situasi blur #2 :

banyak kerja. tatau mana nak siapkan dulu. semua urgent.
buat ini, teringat yang itu. buat yang tu, bos minta yang ni. 
datang kawan minta tlg emailkan sumting. tak menang tangan.
emailkan jugak. tolong-menolong amalan yang mulia kan walaupun kerja banyak.
tolong emailkan dekat nuar ya menda ni. tanpa melihat jwb je OK!
tup tap tup tap...SEND!!!! ok...da emailkan. 

aku : eh...ape email orang tu ek? 
jawapan : oh email dia anuardotdotdotcom

aku : errrrrrrrrrkkk? ni sapa pulak punya email aku pegi send? anuarditditcom ?
jawapan : anuarditditditcom reply email aku cakap. ape kejadahnya semua ini?
aku : errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrkkkkkkkkkkk? maap. salah. 
annuarditditditcom : HAHAHAHAHA... * siot la ntah sapa annuarditditcom ni. sampai sekarang dia drop aku *
BLURRR ke pasal STRESSSSS nih?


psssttt : kesimpulannya, kalau nampak situasi macam ni. maapkan la orang tersebut. sebab itu mungkin adalah sifat di luar sedar mereka. HAKHAK... *sungguh coverline disitu*


12.10.11

yam | hulu | yam

Assalamualaikum w.b.t....

di saat dan ketika rasa macam stress dan perlukan alam semulajadi untuk menghilangkan sesak di dada dan fikiran. aku telah memsiar-siarkan diri ke HULU YAM..yeuuuw. pergi kat P3 macam phase 3 la. tempat dalam siket. baru la mencabar kan nak berenang. nak mandi kena RM1 sorang ok. tapik toilet tetap hampeh. memalukan betul kalau orang luar datang piknik kat sini.

ada 10 tahun aku tak sampai sini. padahal HULU YAM ni belakang rumah aku je. so, kelmarin aku pergi la dengan opismate aku yang layan je aku nyer plan ni walaupun terpaksa. HAHA...terima kasih ya KAK ZETTY - MEKSHA - IETA. aku siap paksa bg menu tuk piknik ni.


KAK ZETTY : bawa Air ngan Spagheti. tapik aku rasa dia bawa sedara spagheti.bukan spagheti.
MEKSHA : dia bawa Sandwich telur ngan sardin. sedap la buat nak makan tuk jaga diet aku.
IETA : bawa Trifle ngan Air. hamboi kemaen tau kau pegi mandi sungai makan trifle bagai. HAHA..

AKU : bawa nugget-kentang-sosej-bebola ayam. nak suruh aku bawa menda aku masak sendiri? memang tak akan la kan. takat goreng-goreng. aku layan la. HAHAHA....tapik makanan yang aku bawa ni paling laris ok. sebab boleh dimakan walaupun di dalam air.KEHKEH..

tak abes dengan tu. balik tu layan tuti fruti sebab dekat rumah aku ni ada baru buka satu. baru nak pau kak zetty tuti ftuti tapik dia punya je da doploh lebih. sungguh tidak berpeluang. nasihat : jangan amek ikut nafsu kak zetty. HAHAHA...


pssstttt : tapik air Hulu Yam ni masih cantik dan boleh dimandi-manda disamping jambatan gantung yang da dibaikpulih menggunakan duit RM1 yg orang bayar kalau nak mandi sini.

11.10.11

berhenti | berharap

Assalamualaikum w.b.t....


KAWAN -  aku harap ada masa aku susah. dan ada masa aku senang. tapik kawan macam ni semakin berkurang. tapik macam mana kita berkawan dan dengan siapa kita berkawan.tu kadang macam "what u give, u get back" .cuma jangan terlalu berharap sesuatu dengan penuh harapan. sebab kadang kala kawan juga mampu mengecewakan kita.


KEKASIH - aku mengharapkan kekasih yang dapat memimpin aku. bukannya yang membiarkan aku terus hanyut dibuai dek mimpi dan angan-angan je. sebab kekasih adalah pemacu sebuah hubungan yang lebih baik untuk memungkinkan bergelar SUAMI-ISTERI satu hari nanti..

SUAMI - aku mengharapkan SUAMI ni akan menjadi KAWAN & KEKASIH aku untuk sepanjang hayat. tapi.....tapi.....tapi......


JODOH masih belum sampai kat aku. so, bersabarlah ya. aku tau aku kawen nanti ramai yang nak sponsor kan. KEHKEHKEH.....

DOAKANLAH tuk kebahgiaan aku satu hari nanti ya. sebab aku da lama tak rasa kebahgiaan. SEDIH bukan ? sobsobsob...

pssssttt : aku tak pasti ni entri mengada-ngada ke entri minta penampar ke atau entri kesian. so, korang je la tentukan ya..KEHKEH. hidup mesti ceria kan? *rahsia awet muda*

ape | itu | BE ?

Assalamualaikum w.b.t.......

ape itu B.E ? aku memang tatau ape-ape pasal B.E...
ada pulak aku nampak B.E tu dekat nuffnang aku. tak pernah tengok.
ape efek B.E ni hah. sebab macam sama je dgn menda lain yang kua kat page nuffnang ni.
duk asik kuar nombor peratus la dan entah ape-ape lagi nombor tah.
Buffered Earning la. Metered Earning la. arrggggghhh..ghasak la. 


yang penting kalau nampak aku ada duk update entri sini. meh la singgah.
bawa tikar mengkuang.boleh lepak lama siket kat blog aku kan.
ajak sekali jiran-jiran ya. macik salemah. cik kiah. bedah cantek. tipah gebu suma korang ajak skali tau. aku memang suka menda ramai-ramai ni..leh la aku pot-pet-pot-pet nanti.

ape-ape pun, kalau aku da lama tak bertanya kabar, korang tegur la ek. sebab aku ni kadang kelam kabut. ntahape-ape keje aku buat kemaen serabut. busy memanjang ngalahkan PM.



psssstttt : aku baca sal nuff ni dalam bahasa inggeris da takpaham. da baca dalam malay pun aku tak paham. nampak nau blurrrr kemaen. 


10.10.11

macs | trex

Assalamualaikum w.b.t....

Buat kali keduanya aku dapat gift dari budak baikhati yang buat aku rasa berdosa. HAHAHA..

Sedang aku masih tak pos-pos lagi kad hari raya akibat eksiden cecah dagu aku tu. Aku dapat MACARON lak dari jauh nun disana.

Aku da lama tak online. Aku online nampak ada gambar macaron kemaen kiut ok. Tapik dia tak tagged aku. Tapik aku ni bukan dari jenis pemalu kan. Pemalas ye la..so, aku tanya dia sal macs. Rileks je dia jawab dia da pos pagi tadi. Serius.HAHAHA....

Gile memalukan sungguh. Tapikkkkkkkkk...bentuk sedikit lari. sedikit je..betul!!!HAHA..


psssstttt : makasih ya wahai TREX. aku sayang kau lebih lapan juta kali okeh.

5.10.11

selasa | yang | sibuk

assalamualaikum w.b.t.........

yeaaaaaaaaaaaayyyyyyyyy...hari selasa memang hari yang sibuk.
mana tak sibuk nya kan. pepagi da bangun pegi keje. ( pagi la sangat kan! )
lepastu balek keje da dekat lewat petang. lepas tu...


korang tau tak hari selasa, ada drama SOFFIYA kat TV3. lepas tu berita BULETIN UTAMA pulak. lepas abes berita layan CINTA ELISYA lagi. lepas tu EDISI KHAS dengan JOHAN yang kelakar. lepas tu pegi la tido kan oit...eh, ada lagi la. cerita JIWA & LARA pulak woot-woot...HAHAHA. da pukol seblas oit. menda lagi ko nak layan kat TV3 tu?ceh...
kalau bosan takde nak buat ape. layan la FUHH tu. kalau tak, malas.sebab tak suka pengacara dia..HAHA. boleh tak alasan taksuka macam tu?HAHA..

nampak tak jadual malam selasa depan telibisen? kemaen lagi kan aku? HAHA..tapi kalau korang ajak aku dating malam SELASA ni. memang takde hal la. aku leh donlod je menda2 tu kat youtube ke kat TONTON ke kat memana la. tu pon kalau ghajen la....


psssttt : aku antara mangsa pengaruh telibisen weh. mana taknya, pantang ada iklan makanan best-best. aku da pegi membeli. alasan : pengaruh iklan. HAHAHA....

3.10.11

kabel | hilang

assalamualaikum w.b.t.....

maap ya sebab lama sudah tak update blog. macam ada sapa kesah je.
tapik tu la..ekceli aku ada menda nak coretkan sesiket. 
tapik kabel USB kamera aku hilang pulak. maka nya, aku pun hilang.
oh ape kaitannya kan? sebab dalam tu ada gambar siket. 
aku nak buat entri bergambar satu dua tapik tu la.
KABEL HILANG....


psssttt : kabel hilang bukanla alasan dahsyat untuk coverline ko tak update blog. sebab memang takde kaitan pun sama sekali ekceli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...