29.9.11

hari | hari | benci

assalamualaikum w.b.t....


haish la bib da kenapa selalu sangat kau guna perkataan BENCI ni?
macam la kau je tau benci orang. nanti orang benci kau. baru tahu..!
cerciter...cerciter...cerciter...menda yang dibenci sangat nun ?
ala...takde ape pon. cuma aku rasa macam ntah. tetiber nak benci.
lepas tu bila aku rasa benci, aku jadi benci-benci lepastuh membencikan.

tengah sedap-sedap makan, lepastu ada orang cakap menda takbest. 
tengah sedap-sedap YM, lepastu ada orang cakap menda takbest lagi.
tengah sedap-sedap takde duit, gaji tak masuk-masuk lagi. 
cari bagai nak rak cara camana nak pegi Launching album Englis Dato' Siti Nurhaliza tak berhasil tetibe nampak gambar orang lain pergi sana diam-diam pun jadik benci jugak!

lastly, BIB...BIB...udah-udahla tu guna perkataan benci untuk hari ini. tabaek la. 
cuba korang kira ada berapa perkataan benci yang digunakan dalam entri ini ?!
ekceli aku tak benci pon cuma aku rasa cam sedih. dan siapa la aku untuk membenci kamu-kamu dan kamu. ya kamu juga yang membaca entri ini. 


psssttt : memang aku tak minat langsung kat Dato' Siti Nurhaliza. kan aku selalu cakap pasal Dato' Siti, tu maknanya aku tak minat la tu kan? ok bai...


27.9.11

yang | terpisah

assalamualaikum w.b.t

hari ni da masuk tiga hari aku terpisah dengan "SAYANG"
da la diambil orang. lepas tu disia-siakan aje. bayangkan la.
rasa macam tak sempurna takde "SAYANG" sebelah aku tadi
kalau "SAYANG" nak kembali. bila-bila masa aku terima seadanya.
aku takkan pernah tolak malah sentiasa menantimu "SAYANG"
sebab hidup aku betul-betul sepi tanpa mu "SAYANG"...
handphone je la selalu aku duk belek mengubati rindu pada "SAYANG"
sehari bagaikan setahun lamanya. tak mampu nak berbuat ape-ape.
semua jadi tak bersemangat tanpa "SAYANG"..betapa sayangnya aku huh.
































"SAYANG"  is refer to LAPTOP AKU YANG DIPINJAM OLEH KAKAK AKU TAPIK TAK BAWA CHARGER DIA. PASTU DIA PAKAI LAPTOP SEKOLAH JE. LAPTOP AKU BUAT PEKASAM. ciss!


pssssttt : ada yang munta ijau ke nengok aku kemaen bersayang-sayang kat sini. ape kejadahnya semua ini kan? ishk3x....


muak | & | munta

assalamualaikum w.b.t

maap la tajuk gegeli dan menjijikkan. hah..camtu la jijik aku rasa.
bila manusia hipokrit tak abes-abes ber"peel" menjengkelkan.
aku muak.benci.jelak.fed up dan segala la untuk menda sama ni.

penuh dengan hasad dengki yang tak pernah habes.
penuh dengan perasaan buruk sangka membuak-buak.
penuh dengan sifat kepura-puraan macam kura-kura.


pssstttt : ini entri aku tulis sebab aku muak tengok makhluk perosak macam ni. ok bai...

26.9.11

petanda | sejuk

assalamualaikum w.b.t

dekat sini MENDUNG dan angin SEPOI-SEPOI BAHASA.
dekat kawasan korang sana aku tatahu la macam mana.
bila MENDUNG, pakai kipas pun da rasa sejuk amat.
apatah lagi pasang aircond doploh lima darjah celsius.


apekah ini petanda LEMAK semakin BERKURANGAN ?atau petanda sudah mula hujan di luar sana ?

apekah ini petanda LEMAK semakin BERKURANGAN ?atau mungkin petanda aircond di opis berfungsi dengan baik ?

apekah ini petanda LEMAK semakin BERKURANGAN ?atau mungkin menandakan aku sedang bersejuk hati ?


pssssttt : mana mungkin makan-makan dan makan.....lemak berkurangan. betulla sebab perubahan cuaca yang sedang mengalami penyejukan. 

23.9.11

DJ | vs | AKU

assalamualaikum w.b.t

kebusy'an kat opis membuatkan aku takde masa la nak duk gosip2 ape jadah suma. so, aku pn cam biasa tup tap tup tap taip keyboard ni duk sakan wat keje sambil balas YM ngantok kawan-kawan. pastu zohor jap..balek tu nengok ada miskol sampai 2 kali. aku try kol tak dapat. line busy..aku abaikan je. sekali dia kol balek...

DJ naim : hello habibah..dekat mana tu? busy ke?
aku : errkk..kat opis. keje.busy la jugak. kenapa ya?siapa ni? *sopan kan aku?*

DJ naim : saya DJ naim dari Suria FM. nak tiket tak?
aku : errrrrrkkkk...tiket ape ni? *blur abes la*

DJ naim : ya Allah. ada SMS kat Suria FM kan?
aku : ada...tapi semalam. bukan hari ni. 

DJ naim : memang la. tapi saya kol hari ni. tau tak tiket ape ni?
aku : tiket ape? *masih ragu-ragu apekah aku sdg dihangitkan? * eh..tu HOT.FM.

DJ naim : ha..ho..ha..ni saya la penyampai radio Suria. meh bagi saya alamat. 
aku : erkkkk...ha yeke? yela...ni alamat saya  *&^$#$%^&*(bukan mencarut ya)

DJ naim : lah...duduk dkt dgn uma saya je ni. hari2 lalu la tepi kubur sg tua tu? tepi padang bola lalu nakhoda bla bla bla.... * jadahnya DJ ni kan tau tmpt aku?
aku : haah..betolla . hebatnye.... * blur-blur lagi*

DJ naim : ala...sy duduk dkt selayang baru sana. memang hari-hari lalu situ..
aku : erkk...haaa. ni siapa ni sebenarnya?memaen ek? 

DJ naim : la...ishk. saya betolla DJ naim la penyampai radio Suria. ishk dia ni....blur betolla dia ni tau.
aku : ekkkk...cam tapecaya je. kot la memaen. hahaha...

DJ naim : tunggu je la ye tiket nanti. g sambung keje tu..assalamualaikum.
aku : waalaikumsalam. terima kasih...*masih blurrr*


pssssstttt : aku nak menang kete Inspira, Kemuncak Duit Raya (KDR). da kenapa aku dapat tiket Konsert Kemuncak Raya (KKR). adehai la typo error huruf K ngan D. jauh peginya.


22.9.11

soalan | ke | tandasoal

assalamualaikum w.b.t



KAU SAYANG AKU TAK ?!????????



pssssttt : ini bukan entri mengorat. ini entri testing 1-2-3..gentle tak macam ni ?

17.9.11

Malaysia | & | Openhouse

assalamualaikum w.b.t

 

semalam 16hb SEPTEMBER 2011 kan cuti umum sempena Hari Malaysia. 
ni hah aku ada upload video lagu pebret patriotik aku. aku suka muzik & lirik dia. mmg best la.jom kita bersama hargai dan menjaga keamanan yang kita kecapi di Malaysia

aku tak sempat nak menulis sepatah dua kata semalam. so, aku bawa ke hari ni.
sebab ape? sebab pegi BUKARUMAH a.k.a OPENHOUSE.
itu pon sebab kawan aku duk ngajak n amek aku jadi penumpang dia.

pergi rumah KAK ADI - member opis lama aku. kitorang masih bersosial walaupun da lama tidak bekerja bersama-sama. part paling best pergi uma kak Adi ni. makanan dia mesti takkan mengecewakan. sebab dia ni suka memasak. dan aku plak suka makan. mmg kena la.

balek tu pergi rumah Siti Khatijah..aku tak kenal sbb dia staff baru opis lama aku keje tu. tapi sebab aku tumpang dorang. aku ngikut aje la.. sedap woh mihun tomyam dia. walaupon smlm hujan+jalan jem. tapik berbaloi-baloi kenyangnye.


turut menjayakan majlis : ZILA - ERIN & DEAR (bakal pengantin) - KAK SITI - NORAINI - KAK ADI SEKELUARGA - JUN & WAN (pengantin baru) - SYED - AKU (ntah bila nak jd pengantin)

malamnya tu pulak jiran aku buat openhaus gak. memang muka aku la pegi lagi. menu dia plak best nasi tomato. (info : dr makayah sbb dorang pegi dulu ) kalau setakat nasi himpit mmg aku takde la nak himpit sangat. ni nasi tomato. laju je aku  pegi berborak-borak kemaen peramah coverline nak makan banyak.haha.....

psssstttt :  gendang gendut tali kecapi. ada openhouse ke openblog jemputla aku sekali oit oit.


13.9.11

makan | puasa | makan

salam...

masih dalam bulan Syawal yang berwarna warni ( nampak baju raya orang )
lepas tuh tak ada la keje laen sejak lepas Ramadhan - MAKAN-MAKAN-MAKAN.
so, bagi mengawalnya, mari kita berpuasa qada' dan juga sunat ya. hihihihi...
ala...takde la makan ape sangat pon. makan ringan-ringan je. 

pagi-lunch : tak henti-henti duk kunyah kuih raya yang dibawa ke opis.
1 p.m : lunch makan jauh siket tempat yang banyak pilihan nasi-lauk-pauknye.


2 p.m : supplier aku datang hantar piza 2 kotak weh jek aku. aku tibai 2 slice.


3 p.m : Restoran Mamam opis aku wat test-masakan untuk event Raya. makan pulak lemang +rendang ayam+rendang daging. sampai aku da hilang deria rasa.  Nak Muntah!!



psssstttt : tu dia makanan ringan yang aku maksudkan. ringan bukan...? yang beratnya aku. yer...berat dan semaken berat. 

** credit pictures : amek dari googles. ya ampun ya maen ciplak-ciplak. ekekekeke....

8.9.11

oh | bayi | comel

salam....


YEEEEEEEEEEEEEEEAAAAAAAAAAAAAAYYYYYYYYYYYYYYY......
dengan sukacitanya adalah dimaklumkan saya dapat anak buah ke -14.
TAHNIAH buat abang dan kakak ipar yang tak sabar menanti kelahiran bayi perempuan ni. sebab baru sangat lahir dan nama pun belum tahu ape yang berkenan di hati makayahnya.


Syukur semuanya selamat dan Selamat Berpantang buat kakak ipar, KAK LINDA.
Buat abang aku, AYEM....selamat berjaga tengah malam tuka pampers ya. HEHE...


psssstttt  :  bertambah jumlah ahli keluarga kami. tak sabar nak balek rumah g tgok BAYI COMEL ni.muah..muah.muah..

nak | kereta | sebijik

salam...

ok...ada sapa-sapa boleh bagitau senarai kontes-kontes yang membuatkan aku boleh dapat menang kereta? sebab aku tetiber rasa macam nak ada kereta. hakhak...

buat masa ni aku asik dengar kat radio SURIA FM  je *peminat channel radio ni*
ada peraduan dia tu hadiah utama KERETA INSPIRA. siapa nak bagi weh?
kalau aku dapat..halamak. best woh. boleh duk pusing keliling kampung.


psssttt : nak beli kereta hidup skrg ni pun kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. bukan maen kais lagi-cerita nak sayu-sayu je. sobsob...

macik | garang

salam...

ok. hari ni lunch seperti biasa. pegi kedai makan yang aku ANTI.
nampak dah ada perubahan dgn bertambahnya lauk-pauk semua.
rasa masih lagi kureng aku rasa..dan atitud pekerja nampak lebih baik.
ok la daripada sebelum-sebelum ni. tapik...tapik...tapik...

MACIK TUA GARANG tanpa senyuman mengalu-alukan kedatangan pelanggan restoran. lepas tu, meminta anda menghabeskan cekodok bawang lagi 2 ketul dgn gaya yang kurang enak adalah sangat menjengkelkan. mau je aku suh dia tutup jambulnya dulu sebelum dia lebih banyak berkata-kata.
so, kepada yang ada kedai makan. sila menitikberatkan bahagian cashier anda.


psssttt : aku cepat baran kalau jumpe orang yang biadap dgn orang lain. tak caya tanya kawan aku-Chikebumbuzz-peristiwa di tol.....grrrrrrrr!

7.9.11

sila | bersangka | baik

salam..

entri ni adalah rikues dari ChikebumBuzz..aku selalu nasihatkan dia supaya bersangka baik. kerana hati yang putih dan bersih. sukar dicari *refer to iklan sabun pencuci yg ada budak selamatkan kucing balek sekolah tu...hah. iklan tu la..*
al-maklum la aku kan retis. siap boleh rikues² entri plak kan kat blog aku.

korang tak caya la tu kan aku ni retis? tu aku malas. certengok gambar aku dengan penyanyi Aisyah ni. hah...time ni aku baru balek rekod lagu raya Pulanglah dengan dia. rileks je ktrg lepak sama sambil makan KFC duk sembang pasal gosip terbaru aku yg kuar dalam Melodi minggu lepas, ala...gosip dengan Fahrin Ahmad tu. kitorang kawan je. takde pape hubungan intim lagi setakat ni.



bukan senang yer adek² - kakak² - macik² - pacik²  jadi manusia femes.
bila semua memerhati tiap gerak-geri kita. sampaikan.....

kalau kita beli tepon baru, kita akan dicop...banyak duit kau. kipas bos la tu.
bersangka baik : cantik tepon kau. kerja rajin dapat merasa pakai tepon mahal.

kalau kita beli laptop baru, mana dia ni dapat duit bebanyak yer senah?
bersangka baik : mahal laptop ni. msti ko keje kuat nak beli laptop ni kan.
kalau kita naek gaji...orang akan cakap. makan gaji buta-keje senang² naek gaji.
bersangka baik : dia kerja pagi-petang-siang-malam...mmg patut la naek gajinya.

kalau kita mintak claim..org cakap. duit berjuta dlm bank pon nak claim.
bersangka baik : guna duit sendiri dulu. nanti claim, boleh buat beli susu anak.
beli kereta..akan ada cakap, duit dia banyak. tak abes makan pon salemah uik.
bersangka baik : dia rajen kerja..da dapat pakai kereta hah..untungla.


hah...ini la maksud aku mcm mana kita nak buat utk manusia terus ada sifat mahmudah seperti bersangka baik. sebab dari sifat ni la akan membuatkan kita jauh dari PHD (prasan+hasad+dengki) dan fitnah sana-sini. betol......


pssssttttt  :  walopun aku mmg bukan retis. tapik nampak tak betapa mantap lakonan aku spt di atas? so, lepas ni korang jgn tkejot la aku berlakon dlm filem terbaru yusof haslam. okbai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...