31.8.11

maap | maapan

salam..

yeayyy..hari raya wajeb la bermaap-maapan kan walopun korang rasa korang tu sesuci embun pagi kejadah.takde maknanya. bermaapan tu kan leh mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama kita. ewah~ ape yang aku tak tahan dari gelak tawa time kanak-kanak mintak maap. ayat masing-masing kelakar. tatau aku nak maapkan ke tidak..huhu~


IKHMAL, 14thn - mintak maap atam kalau kita ada sakitkan hati atam ke, guna laptop atam lama-lama. kita degil tak dengar cakap atam ke. minta maap ya. *oh..laptop aku jadi isu*

ADAM, 11thn - selamat hari raya atam. kita minta maap kat atam kalau ada salah silap, malas pegi kedai. halalkan la makan minum kita. *slalu kena marah dgn aku sbb suh pegi kedai malas..ucapan maap pon pasal kedai.HAHA...*

WAWAN, 9thn - mintak maap atam ! *oh, sungguh tiada perasaan disitu.nak angpau je la tu*

AMINUDDIN, 11thn - atam, minta maap ya atam kalau ada salah silap. selalu senyap je. tak cakap. halalkan makan minum ya atam * haha..aku selalu marah sbb dia senyap je*

TASHA, 9thn - atam, minta maap kalau ada salah silap. * suara dia amatla slow sampai aku dengar tu je. tapik aku rasa dia ada sebut banyak lagi. HAHA...*

ZAFIRAH, 7thn - atam, kakak minta maap sebab selalu main barang make up atam, kakak selalu main nakal-nakal. *HAHA..dia ni mmg perosak make up aku..grrrrrrr*

NAJIHAH, 5thn - camat hari raya atam. adek minta maap kat atam. cebab adek maen barang atam celalu. *sama ok ucapan maap dia dgn kakak dia. sabo je la...*

MIKHAIL-SABIHAH-IZUDIN-ALISYA-ZULAIKHA = mereka ni masih kategori kanak-kanak yang tatau pape lagi. duit raya pon maen bagi kat emak dorang je. takpe la, pesanan dari atam...jangan nakal-nakal. kalau tak, atam cubit...huhuhu~

QAYYUM - anak kembar aku yang baru umur setahun lebih. pon belom tau ape erti bermaap-maapan. nanti kitorang balek kampung malam ni. kitorang kecohkan keadaan ya..NANTIKAN!


psssstttt  : uik..sungguh saket hati melihat kanak-kanak kira duit raya depan mata. kenapa perlu kira duit raya depan mata aku ek? oh tidak! tidak!


29.8.11

salam | lebaran

salam...

ok..da dengar da tadik pengumuman raya dekat TV?
esok da raya. da banyak rancangan TV cerita pasal raya kemaen sedih-sedih.
aku pon tak paham da kenapa asal cerita hari raya je sesedih semua. aiyoyo.
ape-ape pon, aku nak amek kesempatan la nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA.


SELAMAT HARI RAYA YA BUAT SEMUA KAUM KELUARGA-KAWAN SEKOLAH-KAWAN LAMA-KAWAN BLOGGER-KAWAN SEPEJABAT-KAWAN SEKAMPUNG-KAWAN SEGALA MACAM KAWAN LA. YA...AWAK YANG SEDANG BACA BLOG SAYA PUN KAWAN SAYA JUGA. SELAMAT HARI RAYA YA. MAAP ZAHIR BATIN.


aku nak mintak maap la ya kalau sepanjang perkenalan kita...
TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala, TERsasul yang tak sengaja.

TERpukul kat mana-mana, TERpekik kat telinga, TERhantuk kat kepala,
TERpinjam harta-benda, TERmoody tiba-tiba, TERngumpat bila-bila,
dan TERmacam-macam lagi yang ada kena-mengena.


psssstttt  :  jangan suka-suka sangat ok. memandu tu berhati-hati.ingat orang yang tersayang. buat yang suka makan tu..sila kawal kalori. makan berpada-pada. *peringatan buat diri sendiri juge*


26.8.11

selamat | hari | lahir

salam...

sempena bulan puasa ni = bulan 8. ramainya ahli keluarga-sahabat handai dan siapa-siapa saja yang kebetulan lahir di bulan ini setiap tahun. aku nak buat ucapan khas la siket. sweet kan aku cam lisa surihani? aummm~

  1. buat keluarga aku yang tersayang  : KAKLONG(kakak) - ABANGLONG(abg ipar) - KAKLINDA (kakak ipar) - DAK ANI (adek)
  2. buat kawan blogger terkecik yang jauh nun disana...KUCHING : FIEZAH 
  3. buat kawan satu tempat kerja. kakak G***K T***R ( aku takleh mention exactly. nnti dia tacing) so, aku gantikan dgn sign ****....korang paham-paham je la ek : CHIKEBUMBUZZ
  4. tak lupa gak dekat mek klate yang suka layan jiwang ni. MEKSHA (officemate juga) 
  5. DAN.. bagi semua yang hari jadinya bulan 8. orang kata lahir bulan 8 ni. jiwa kental.
aku nak tuju lagu...boleh? dengan ucapan standard aku.......

"SEMOGA PANJANG UMUR - MURAH REZEKI  - DAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH S.W.T"

video


pssstttt : selamat hari lahir semua ya. jangan sesedih kalau tak dapat hadiah. *based on experience*. sebab ape? sebab kita kena bersyukur masih ada umur untuk sampai ke hari ini. chill ya !!

hai | kawan | kawan

salam...

entri kontot. juz nak saya , HAAAIIIIIIIII DAMHA.
makasih yer sebab komen lelaju...tinggalkan link tau. leh ngorat nnti. AUUUMMM~
ok bai...


psssstttt : aku mmg gentle camni weh. macho kan? macho kan? huhuhu...

22.8.11

setem | oh | setem

salam..

ekceli aku takde la femes tuk nengok entri aku sapa pengomen tetap suma.
sebab aku rasa suma tu kawan-kawan rapat aku je komen. 
tu pon kadang pasal aku bagi ugutan bunuh. so that, dorang komen..HAHAHA.

aku ada banyak masalah la nak pos kad raya ni.
aku pon tatau ape masalah aku. sungguh bermasalah la kebelakangan ni.
nak pos kad raya....kad raya nyer takde.
bila dah ada kad raya.... setem lak takde.
lepas ni aku beli setem entah-entah....peti pos pulak da takde.


ape-ape pon, aku harap aku leh jumpe setem dengan mudah esok.
sebabnya, aku sedang dalam keadaan kurang upaya ni. 
moga dipermudahkan segala urusan.


pssstttt : esok aku da start masuk kerja lepas cuti pasal eksiden tempoh hari. harap-harap tak banyak kerja. aku leh berehat-rehat santai...oh itu tidak mungkin!!!


19.8.11

kifarah | & | ramadhan

salam..

ok...sempat-sempat je aku update di kala dan tika begini.
yer...aku eksiden semalam. naek moto & langgar lubang besar macam kolam ikan talapia. sungguh tidak disangka. jalan jejauh naek moto takde pape. da dekat nak sampai rumah baru la jadi eksiden ni....oleh itu, ini la dinamakan....

"MALANG TIDAK BERBAU. KALAU BERBAU TIADALA KEMALANGAN"

efek eksiden ni : 
  • aku tak boleh bertongkat dagu buat sementara ni sebab dagu kena jahit.
  • aku tak boleh makan dgn banyak sebab mulut aku atas dagu. so, saket nak buka mulut.
  • aku cakap macam robocop sebab mulut atas dagu. cakap kan guna mulut.
  • sengal dan saket satu badan. pastu lebam sana sini. luka da terasa pedih.


ape-ape pon, aku terima Kifarah ini dengan redha. cuma kesal dengan sikap orang yang tak bertanggungjawab selesaikan masalah jalan berlubang tu. dan harap takde orang terkena nasib yang sama macam aku. nasib kena kat aku.. buatnya kena dekat pakcik makcik tua-tua. tak ke lagi kesian? ape la.......



pssssstttt  : naseb muka aku tak kena seret dek TAR tu. kalau tak...cutting muka lisa surihani yang ada pada aku da lari siket..terima kasih Tuhan kerana melindungi.

17.8.11

iftar | with | artis

salam..

adakah kesian sebab aku tidak pernah berbuka diluar selama ini?

"pelik? sangat pelik? kedekut la tu...? xde BF la tu nak ajak buka pose sama"

ooiiittt....ooiiitttt.....jangan nak buat fitnatun hasanah la weh di bulan Ramadhan.aku bukan taknak berbuka luar tapik sebab tiada berkesempatan dan hidup berkeluarga.

ececeh...tapik...tapik...semalam aku berbukan ngan retis weh. korang hado?
dekat Flamingo Hotel, Ampang Point. tu dia...tu dia...tu dia...retis weh.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


makanan kat sini sedap ok..da la FOC kan. lagi la sedap kan..pastu meja aku lak sebelah booth makanan. lagi la semangat waja kan. satay sebelah aku. kambing golek pon sebelah jugak. sampai JOHAN & ZIZAN sebelah aku. aku da tak heran deme...lantak p la. HUAHUA...

ekceli sambutan berbuka puasa ini adalah bersama anak yatim dan tanda kesyukuran di atas kemenangan dan penghargaan buat peminat JOZAN sampai dorang menang tempat kedua la dalam MAHARAJALAWAK MUSIM PERTAMA itu hari. so, open table la belanja peminat katanya.

neway, terima kasih abang ipar aku selaku sahabat-handai dan orang kuat JOZAN FC. aku tumpang sekaki payung je majlis retis ni. HUHU...akhir kata, aku ada serangkap pantun weh...

GENDANG GENDUT TALI KECAPI.
KENYANG PERUT BERTAMBAH KALORI.


ppssssttttttt  : nak berbuka dgn kawan-kawan.semuanya busy.terpaksa la buka dgn retis camni tau...hikkkksss~



terima | kasih | safra

salam...

raya lagi dua minggu tapik aku da dapat duit raya woh...best woh.
hadiah berbentuk wang ringgit dari SAFRA telah selamat diterima.

RM 50

siapa nak bagi kan? tu pon aku dapat sebab saguhati.
makasih yer pemilik blog I Need To Blog Myself.
moga anda dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. AMIN...


pssstttt  :  aku masih dalam kategori layak menerima duit raya ok. so, kepada mereka yang bermurah hati. boleh la siap-siapkan sampul duit raya untuk aku. yyyyiiiihhhhaaaa~


15.8.11

pink | bunga | ropol

salam..

hai korang. wah...da masuk dua-tiga minggu puasa ni da macam meriah kan?
meriah orang duk sibuk shopping sana-sini. rata-rata status S-H-O-P-P-I-N-G.
dan aku masih lagi belum masuk zon tersebut sebab belom gaji tapi..tapi...
aku sempat la belikan anak buah aku sehelai baju. ekceli dorang ada dua orang. 
ala sapa lagi budak dua orang model blog aku ni ha. asek-asek kua muka deme duk posing.

so, aku telah sepakat dengan akak aku sorang lagi membaikkan hati belikan baju raya deme.ok..selama ini disebabkan aku tiada anak melainkan anak tekak.aku tak dulik baju raya kanak-kanak. tapi...tadik aku belikan baju kebaya kanak-kanak...umangaaaaaaaaaaaiiiiiii~

kadang-kadang, harga baju kanak-kanak lagi mahal ok dari baju orang dewasa macam aku. tapik takpe. setahun sekali boleh la ATAM layan kome. kalau setiap hari. kurus atam dibuatnya. tu gambar duk fitting baju. mujur ngam-ngam.


psssstttt : untungla jadi budak-budak sekarang ni. zaman aku dulu tahun ni baju raya kakak aku. tahun depan jadi baju raya aku.....ini bukan iklan BERSAMAMU. ok bai....


13.8.11

gosip | gosip

salam..

korang tau tak ape itu G-to the-O-to-the-S-to-the-S-to-the-I-to-the-P ?
hah...ade sorang kawan aku ni suka la nak gosip-gosip di bulan mulia ni.
kalau pasal artis takpe lagi. sebab cam takde kaitan dgn aku kan.
ni dia suka pulak nak gosip pasal masa depan aku yang tiada berasas. 

dia suka sakat kenen-kenenkan jodoh aku kat FB-Blog-YM segala.
sakat aku tapik lepas tu dia yang blushing.apekah?  aku dengar rasa cam.. "errrrrrrrrrrkkkkkkk.....dems gila la pehal dia nak blushing?"
patut aku yg blushing.pipi naek merah jambu macam Lisa Surihani. 
tapi sebab aku da biasa dengan kontrobasi camni. aku RILEKS je.
so, please la kakak gemuk tegar..jgn nak blushing sangat.

"sila tingkatkan prestasi-kurangkan kontrobersi-baru aci"


pssstttt : tapik mana tau kot-kot duk dia asek berdoa pasal aku. termakbul.
korang dapat menantu la weh tak lama lagi..HUKHUK *aura gedik da sampai* 


12.8.11

kad | raya | tuuu....

salam...

vrrrrrrrooooooooooommmmm....hhhhheeeeeeeeeekkk (tanda brek moto)

A : bib...ada surat . nah amek ni.
B : oh ye ker? menda surat? kad raya ke? *HAHA..mengharap kad raya betul*
A : erkkk...? mana bib tau ni kad raya? 
B : HAHA...saya maen petik je kot. betol ke? sapa bagi? *soklan bajet cm retis*

pastu aku lari-lari marathon sebab aku lom thumbprint lagik. da la datang lambat. leh lak layan posto pepagi buta. ape kejadnye? HUHUHU...


DEDULU...nak raya,posmen la manusia paling busy. sekarang posmen leh rileks siket sebab zaman sekarang NO MORE TREND POS-POS KAD RAYA. zaman da berubah katanya.

5tahun lepas : PINN-PINN....posto-posto.macik, ada surat ni.
3tahun lepas : truuuutttttt...truuuutttt...10 message received.
wish kat FB   : takde lagi bunyi PINN-PINN & takde lagi bunyi truuut-truuut. semua da masuk Notifications. dahsyat bukan?


pssssstttttttttt : untungla sapa-sapa yang dah dapat kad raya sampai lapanbelas. aku ni ha baru satu je tuk ditatang bagai minyak yang penuh. siapa nak pos kad raya. nak alamat,PM la yer. HAHA~ *sungguh meminta-minta. apekah? * HAHAHA...

9.8.11

kata | semangat

salam.....

lalu-lalang kat sini, tiba-tiba ternampak jejaka idaman hati.
singgah kejap page nyer..tak kesah la kan tau kabar berita dari situ je.
dan....yerrrrrrr, beliau jejaka idaman hati saya memberi kata semangat.
hikkkksss~hikkkksss~



" Kata HAMKA, bila kita diuji maka bersabarlah kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai musibah disebabkan kurangnya ketaatan kita kpd Allah.... "


pssssttt : marila kita sama-sama menambah ketaatan kepada Allah. terima kasih IM Hassan kerana mengingatkan kekasihmu ini. semoga hubungan kita diredhaiNya. hikkkksss..

8.8.11

lagu | raya | dah ?

salam...

8.30...sampai opis. pasang radio. SURIA FM ke udara.
sebenarnya tunggu lagu Aishiteru. (betol ke ejaan aku ni? ah bedal je la..)
keluar lagu Raya...tapik tatau lagu siapa? macam suara Ramlah Ram.
dalam hati. wah...dah ada lagu raya? ape kehe awal bebenar?

tunggu lagu Raya lain yang lagi sedap. terlupa sepatutnya tunggu lagu Aishiteru tadi. ok...ada lagu Raya best. Mamat Exist...Duhai Bonda.lalala...Duhai Ayahanda. lalala..selang-seli dengan lagu hot-hot 90-an dan terbaru. ade lgu raya lagik. ape la awal sangat lagu Raya ni? tak best la macam ni...japg malas da nak buat kerja sebab da masuk mood raya.

tengah cakap-cakap tak best. malas la ape...bla bla bla.
keluar lagu Dato' Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
kuatkan VOLUME. diam dari berkata-kata. ERRRRRRRRRRRRRRKKKKKKKKKK?

nak pasang lagu Raya Dato' Siti...hari-hari pon takpe yer DJ.i like~

pssstttt : nampak tak ketiadaan ISTIQAMAH disitu? haha...apepon, masih terlalu awal. tapik bukan salah aku. salah DJ...sila dengar SURIA.FM untuk dengar lagu raya aku- Sesuci Lebaran. hiksss~

puasa | hari | kelapan

salam...

syukur ke hadrat ilahi di atas nikmat dan kurniaanNya.
cepat sungguh masa berlalu. pejam-celik-pejam-celik. da masuk hari ke-8.
aku tau hari-hari menu berbuka puasa ngan sahur korang da 8x jugak bertuka.
neway, hari ni aku saja nak adakan entri. walaupon seperenggan dua. huhuhu..

aku nak gtau. aku ada menang kontes kat blog weh. 
sungguh tidak menyangka dan berprasangka. patut aku da kalah lama.
tetiber boleh pulak owner kontes tu UP kan lagi hadiah saguhati lagi.
hahahaha..aku pon dapatla. terima kasih ya tuan tanah kedaun kontes tersebut.
apa-apa pon, semoga owner tersebut ( SAFRA-I Need To Blog MySelf ) murah rezeki.


psssstttt : selalu aku masuk kontes kat blog. bertuah la nak menang even saguhati. hiiikkkss~ ni da menang saguhati ni. BOLEH TUJU LAGU TAK ? ekekekeke.....


4.8.11

misi | laksa | sarawak

salam..

gambar ni aku pinjam google. #gambar hiasan#

aku bajet sabtu ni nak buat LAKSA SARAWAK.
aku ada minta orang tu resepi berkala. macam tulis la kan.
tapik dia bagi aku resipi manual guna ym..kan @dak kecik ?
dia memang suka maenkan perasaan aku. aku minta dia resepi. 
dia boleh cakap ym je. aku da la cepat hilang ingatan bab resepi ni.
aku nak resepi weh...jangan asek nak buat tutorial je ek. resepi aku mana?

cepat la tuliskan & bagi resepi tu. email kat aku. aku nk print out.
yang aku ingat. kena ada gas+periuk+santan+pess laksa sarawak+togeh..
HAHAHAHAHA.....aku admirer laksa sarawak mak dia buat. sedap woh.
mak dia masak, aku tidor. dorangla tak kejotkan. so, dorang la salah~hiks~
jangan biarkan aku diselubungi misteri dalam misi laksa sarawak ni.


psssssttttt : aku semangat nak masak laksa sarawak merupakan satu keajaiban dunia dan menyebabkan ianya telah menjadi lapan keajaiban semuanya di dunia ini. ok bai~


2.8.11

hari | pertama | puasa

salam..

Alhamdulillah hari ni da selesai puasa sehari.
hari ni jugak aku da datang lambat lima minit.
ala bos...lima minit je terlambat. jangan la gaji lambat lima hari ek..

hari pertama puasa ternampak menda Xbest tapik ada 2 sudut pandangan disini.

SITUASI : aku ngah drive baek punya. japg mamat depan aku pakai kete cam HILUX tu. kereta dia bertentang aku tapik kitorang nak masuk kat sempang yang sama. so, aku kan gentlewomen. aku bg dia jalan dulu..lepas tu depan siket boleh lak dia buang plastik macam dia lepas makan kepok lekor ke cucur udang ape siap ada sos plastik tersebut....


sudut POSITIF : aku rasa tu sampah kelmarin. dia baru nak buang hari ni kat luar tingkap. takpon anak dia beli sate ikan kat sekolah tghri td. dia tlg buangkan. perhapsss!

sudut NEGATIF : weh..siap ada sos weh. pastu motif buang sampah ikot tingkap apekah ? kalau dia buang menda laen takpe..ni bungkusan makanan. tapik takpela at least dia tak merokok sembur2 kat muka aku. memang mendapat pelempang la gamaknya.


psssssttttt : berbuka Nasi Lemak panas-panas disamping keluarga semua amatlah damai ok. tak caya sila cuba lagi sampai rasa damai. ekekekeke...

1.8.11

ramadhan | ya | ramadhan

salam...

syukur dan terima kasih Tuhan kerana memberi peluang dan juga kesempatan bagi menemui sekali lagi Ramadhan pada tahun ini. 
semoga dengan peluang yang diberikan ini aku akan menggunakannya dgn sebaik-baiknya. InsyaAllah.



PUASA : menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

sunat berbuka makan kurma, ikut sunnah Nabi


selamat menjalani ibadah di Bulan Ramadhan.
PUASA PADA SIANG HARI  & SEMBAHYANG TARAWIH PADA MALAM HARINYA.


bukan meraikan bulan puasa dengan ...........
MEMBAZIR DI BAZAR RAMADHAN SIANG HARI & MAIN MERCUN DI MALAM HARI.


psssstttt : sila menghormati orang yang berpuasa kalau in-case korang taboleh puasa ke takmau puasa ke. sebab ianya kelihatan biadap dan bagai minta penampar. sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...