30.7.11

kesibukan | melanda

salam...

agak lama tak jalan-jalan blog. amat la busy tiada terperi.
takdan nak online sakan. sangat busy lately. mesej pon takdan nak reply.
mungkin sebab aku cuti sampai 3hari sebab pegi menziarahi saudara di sarawak.
atau mungkin sebab banyak menda yang aku kena buat 2-3-4 kali keje yg sama.
tapik takpe la...layankan aje. cuma rasanya, xhabes yang ni-datang yang laen.


dalam keadaan sibuk. masih banyak adegan menyibuk juga berlaku lately.
korang penah jumpa manusia pelik tak ? tak pernah ? ala...ruginye korang.
kat sini banyak manusia pelik. kenapa pelik ? betolke pelik ek kalau.....

tak suka tengok orang ada duit rm1 lebih dari deme.
tak suka tengok orang ada baju baru berlabuci-labuci.
tak suka tengok orang ada kerongsang batu permata dari Chow Kit.
tak suka itu.....tak suka ini.....tak suka sana.....tak suka sini.....
macam la kau kemana-mana orang suka kau. pelik bukan ?haish la...


psssstttt  :  semoga dengan kedatangan Bulan Ramadhan ini, manusia pelik ini akan diberi keberkatan dan cepat tersedar dari kekufuran ini..InsyaAllah.


26.7.11

sepatah | dua | kata

salam..

tiada kata...secantik bahasa...


ape kaitan? entah la cuma aku nak gtau yang aku tiada masa untuk hapdet dengan baik kat blog ni kebelakangan ni.sabtu ahad lepas ada event. so, kena kerja...tak dapat la nak bersantai kat sini sambel minum air kelapa. sabtu ahad sebelom tu g sana. sabtu ahad sebelom-sebelom tu pegi kenduri kawen. maka nya, ni saja yang nak dihapdet. sehingga  bertemu lagi dia entri akan datang....adios amigos.


pssssttttt : da nak masuk bulan Ramadhan dah kan? cepatnya masa berlalu...


21.7.11

takkenal | takcinta

salam..

bebaru ni aku pegi bercuti. eh...menziarah saudara di sarawak.
weh...siyes aku tak penah kenal mereka ni sorang pon weh.
eh ada sorang tu aku kenal. dia penah merempit dengan aku sekali.
yang lain suma aku tak kenal lagi. betapa uniknya persahabatan ini.

sudah sampai ke Kuching, Sarawak..our next trip ??

aku tak penah kenal dengan begitu baek dengan deme ni...

sekali jumpa.. macam da seploh tahun jumpe. sangat best!!
bersyukur kerana aku selalo dikurniakan kawan yang baik-baik.
daripada start nak ke LCCT . sampai la balik dengan selamat.
mereka adalah manusia yang sangat baik. sama macam kamu-kamu.

terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan kawan yang baikhati.
sejak aku kecil sehinggalah dewasa kini. Syukran...
makasih buat Dak Kecik sekeluarga. tau tak orang Kuching baekbaek belaka.
adek dia handsome weh.nasib takde abang. kalau tak..jodo aku di Kuching la.
HAKHAKHAKHAK....larikkkkkkkkkkk!!!!


pssstt : entri penuh percutian nanti la. sekarang masih mood bercuti.
walhal sebab takde gambar lagik untuk di upload.ekekekeke....


16.7.11

kapal | terbang | kertas

salam...

jom naek kapal terbang kertas jumpa sesuatu yang comel.

apesal muka kucing ni kelat? oh..mungkin lapar!

AWAY untuk beberapa hari tanpa menulis dan menaip apa-apa disini. 
aku nak pergi naek kapal terbang kertas jumpe orang comel yang jauh.
doakan aku selamat pergi dan balik ya dengan selamat-cantek-gebu-jelita.

malam ni malam nisfu sya'aban. sama-sama kita buat ape yg disunatkan.
dan baca surah Yaasin 3x serta banyakkan berzikir, selawat semua ya.


psssstttt : berdebar nak jumpe mereka yang sungguh tidak dikenali. HAHA...


15.7.11

Kalau Saya dapat RM300

salam....



aku tatau la contest ni masih ada lagi ke tidak. sebab tuan tanah nyer kata maybe akan ditutup awal. takpe la...cuba lebih baik dari tengok aje. 

  1. Harus follow blog ini dan like fanpage INTBM.    DONE!!!
  2. Anda hanya perlu masukkan dan buat satu entri di blog anda bertajuk "Kalau Saya dapat RM300" post in MALAY @ ENGLISH..      DONE!!!
  3. korang perlu masukkan sekali banner contest dan link kan terus ke blog ni  DONE!!!
  4. tag 1-3 orang kawan.  Sharing is Caring =)             DONE!!!
  5.  lepas dah publish entri boleh submit  link di ruangan komen ye DONE!!!
  6. tarikh tutup penyertaan : 15 Julai 2011 sebelum pukul 11.59pm ye  DONE!!!

kalau la aku ditakdirkan Ilahi DAPAT RM300 itu. aku akan.........

tolong ABAH aku bayar injection ubat untuk lutut EMAK yang sakit. walaupon lebih mahal tapik ianya adalah amat membantu.. macam-macam da usaha klinik sana sini. last-last hospital juga rawatan terbaik dan harap lepas injection tu EMAK boleh berjalan dengan baik. tak sampai hati tengok EMAK sakit cenggitu.

aku memang niat nak bagi ABAH je. bak kata BERSAMAMU..."hulurkan tangan ringankan beban" lagi-lagi buat MAKABAH sendiri.
tapik...tapik...tapik...kalo ABAH cakap ishk..banyak sangat ni. takpe..bagi ABAH RM200 je. RM100 ni kamo amek la nak ek. ni pon ABAH da cukup bersyukur. ini adalah sifat biasa makayah kita. walaupun mereka lagi susah tapik mereka tak meminta-minta pon. (nampak tak aku punya niat slalo cenggini tau. nak terpesong-pesong...) 
TAKDE LA..just kidding. aku nak duit aku kerja. so, mmg duit kalau menang RM300 kontes ni aku bagi ABAH.

semoga dengan kemenangan ini ia akan membantu sedikit sebanyak beban ABAH.


SHARING IS CARING : aku nak tag  --->  miraedora , mucux & chikebumbuzz.


semoga contestant berjaya dengan usaha dan rezeki anda masing-masing ya.
seronok baca sebab macam-macam nawaitu blogger-blogger pelik-suwet-klakor.
GOOD LUCK ya..



sedih | hancur | hati

salam...

erk...kenapa harus semua ni terjadi di saat dan ketika ini?
saat aku memerlukan telefon untuk berkomunikasi.
saat aku memerlukan telefon untuk mengayat..uppppsss!!
saat aku memerlukan telefon untuk kol family members.
saat aku memerlukan telefon untuk ber'tenet'.

kata-kata kosong untuk memiliki i-phone. jangan jeles E5

takkan la sebab aku gegurau nak beli i-PHONE semalam?
talipon bimbit ni menunjukkan protes dan membuat hal.
maapkan daku talipon bimbit. ampunnnnnnnnnnnnnnnn~
kembalikanla hari-hari bahgia kita seperti masa dulu.

apalah guna hari-hari tanpa mu....NOKIA E5 ?

pssssttttt  :  kembali la pulih seperti biasa. akan ku jagamu bagai menatang minyak yang penuh. PERCAYA PADAKU - ungu . lagu ini kutujukan buat talipon bimbitku.

 

sikit | lama | bukit

salam..

hari ni aku nak cite pasal duit kalo korang kumpol RM10 setiap bulan.
korang akan dapat pergi cameron highland...percaya tak? percaya tak?
sila percaya ya..ini kerana. opis aku nak wat holiday ke Cameron Highland.
di saat aku takde ni. pelbagai aktiviti deme nak jalankan. sabo je la.
tapik takpe la..takde rezki nak buat macam mana. AKU REDHA~

jangan ambil gambar tempat ni ok..jeles nanti.

ape-ape pon, semoga korang semua seronok berholiday nanti ya.
hati-hati ketika drive kesana sbb sekarang ni cam musim hujan je.
kepada yang laen yang tak dapat menjoinkan diri. sabar ek...xde rezeki!
jangan ada yang buat perhimpunan bersih pulak sebab tak dapat pegi sini.
kalau nak ikutkan tunggu semua ada. takkan ada la holiday ni sampai bila-bila. 

kepada @Kakak Gemuk Tegar belikan strawberi bebanyak tuk saya tau. jangan la tak seronok pulak saya tak join ni. hidup perlu diteruskan.KEHKEH...

kepada @Abg Nizam jangan la beli banyak sgt bunga tuk saya macam dalam cite Nora Elena tu. nanti ramai yang jeles..yeuuuuuwwww~ 

kepada semua staff.. enjoy ur holiday ya. jangan lopa, sayur segar-stroberi-bunga tuk saya. Makasih ya.

nak macam ni tau banyaknye. sedap woh stroberi...

Selamat Bercuti ya kawan-kawan. hati-hati memandu. bawa baju sejok yo!
semoga percutian ini dapat merapatkan silaturahim di antara satu sama lain. jangan bercuti kemaen balek gaduh ngumpat ngata belakang-belakang. tabaek tau...sekian.


pssssttttt  :  ini entri autopublished. aku banyak keje ok. tapik...takde ura-ura nak wat perubahan tarikh ke korang tuk holiday ni?  *harapan tinggal harapan la*



14.7.11

berbeza | & | berbeda

salam...

aku macam tertanya-tanya ape perbezaan di antara......

DRAMA MELAYU  vs  CERITA TAMIL  vs  SINETRON INDON

padaiyappa....trademark dia tu menawan. HAHA..
kalo ada lelaki cenggini...bak sini satu. HUAHUA..

sebab ape aku rasa la kan..aku la rasa kan..
kalo da namanya cerita-drama-sinetron. rasa sumernya sama.
akan ada orang jahat-orang baek-orang ketiga.
pastu akan ada macam rahsia la bagai hape jadah la suma.
yang kalo korang tengok TV korang da memekak komplen itu ini seperti :
 
"ah...tipo la cite ni. takkan la bapak dia tatau dia bla bla bla.."
@
"mak aih...muka makayah dia kemaen pan-asia. japg anak dia gulap gulita"
"menipu la cerita ni. ada ke bunuh orang pastu polis takde. sesenang je"

so, kesimpulannya..ini la dinamakan cerita. kalo buat menda logik. 
tu da bukan cerita-drama suma da. tu namanya magic. HAKHAK!ok bye...


pssssstttt :  aku gila layan nengok drama ANNISSA sorang-sorang sekarang ni weh. lagu latar cerita tu best woh. beribu sesalan...kemaen lagik aku layan lagu tu tau. ape kes? HAHA..


13.7.11

hebat | sangatke ?

salam..

hari ni aku panas hati. sebab ape panas.
bukan sebab cuaca panas. cuaca elok je ni hah redup.

aku malas  nak taip banyak. cuma aku nak ingatkan.
dari mana ko datang....sila hormat orang lain.
macamana hebat pon ko rasa ko berada.

nasihat dari insan biasa yang tiada pangkat besar

pssstttt : banyak keje tapik masih boleh hapdet blog. sebab ape? sebab aku panas hati... jadi hormon ni membuatkan aku mampu hapdet blog. sekian.

12.7.11

selamat | pengantin | baru

salam..

tahniah buat kawan-kawan aku yang sudah menamatkan zaman bujang.
SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

ok...aku tau ramai yang baca ni nak cakap... "KAU TU BILA LAGI BIB?"
ala..laenkali jangan cakap camtu. cakap la..." LEPAS NI KAU PULAK BIB!"
hah...aku percaya pada ungkapan dan kata-kata itu adalah suatu doa. hehe.

neway, aku nak wish TAHNIAH la buat kawan-kawan ini. ramai woh~

FAUHAN ♥ ELA LISHES

amek ko pengapit pon pramugari/pramugara. TERBAIK!
baju dorang ni aku sangat admirer ok...cantek!
dorang ni so suwit tau. pramugari kawen pramugara. konsep awan biru gitu.
sila tengok NONA 17-07-11 korang. terbaek la majlis dorang sampai masuk NONA. 
tapik maaf ya ELA & FAUHAN. aku tak dapat attend majlis korang. rugi tak dpt attend. nanti kawen datang tau. hikhik..


RINA ♥ NASIR

tahniah Rina & Nasir.  sama cantek & padan.
wedding deme ni dekat Dewan Seroja Putrajaya. kemaen jauh bebenor tau. nasib baek ada member aku sudi la nak temankan aku. kalo tak..tak sampai. majlis kawan aku ni kendarat dia dapat medar duit dolar weh. korang hado? fuh...aku admirer door gift dia sebab tembikar Malaysia ok. terbaek la. siap ada mesin eskrem cam kat McD tu ok. makan la korang eskrem McD kat sana pepuas. nasib aku bawa anak buah aku. haha...


SHIDA ♥  MOHAMAD NOR

maap ya shida. majlis kau pon aku tak pat attend sebab sama ngan tarikh adek aku tunang. ape-ape pon. aku doakan ko bahgia dgn suami tercinta. bila la kite boleh lepak macam dulu-dulu tu kan? kalau nak g obersi ke ape-ape. contact la aku tau..jangan senyap je.


FARAH ♥ BASRI

hamboi suwit gambo ni. tapik korang jgn buat cani kalo lom kawen.
hehe...comel bukan? majlis kawan aku ni sama dgn pramugara/ri tu punya majlis. aku betol-betol tak dapat nak attend. maap ya kawan-kawan. aku kawen nanti jangan korang tak datang pulak. sedih woh..hikhik. macam bulan depan je aku nak kawen. hehe...neway, selamat menjalani alam rumahtangga ya.


pssstttt : aku tgh kumpul koleksi kad kawen tuk digabungkan menjadi kad kawen aku satu hari nanti dengan pelakon tu. ala..yang gitu-gitu tu --> FAHRIN AHMAD


9.7.11

sila | bersyukur | bersatu

salam....

aku nak cakap pasal  PERHIMPUNAN HARAM tapi bertajuk BERSIH!
macam-macam reaksi komen status dan pelbagai la kan pasal ni.
ada yang sokong beriyer macam dia la yang merdekakan negara.
dan kebanyakannya marah sebab tindakan perhimpunan ni yang menyusahkan.
dan tak kurang juga yang menyalahkan pihak berkuasa sbb buat sekatan jalanraya. ape-ape pon pendapat masing-masing. nak berdemonstrasi boleh saja.cuma jaga la batas-batasnya. buat kat stadium tu da cantek sangat tu. jangan cakap nak berhimpun. nak maen bola pon boleh..HEHE~


korang tau ape kesannya menda-menda cenggini ? meh aku habaq mai..

  • korang akan buat KOTOR sebab buang sampah merata-rata kalo da himpun reramai nanti korang minum air mineral korang campak je.so, plis jgn buang sampah merata.
  • korang akan buang masa. penyakit pon datang. ada yg hahhhh....semputtt!
  • korang akan menakutkan pelancong yang datang Malaysia nak pegi KLCC suma.
  • korang da menjejaskan ekonomi negara sbb pelancong takot nak datang Malaysia.
  • korang da merosakkan majlis @ kenduri kawen. maybe takde orang datang sebab jalan banyak tutup @ ramai yang tanak keluar memana @ ada yang sesat barat. 
  • korang da menyebabkan jalan tutup dan jalan jem kalau buat di lokasi tak bersesuaian. kalo ada orang saket. ambulans takleh lalu tak ke da membahayakan nyawa orang ramai? ishk3x....
  • korang da merugikan ramai pihak terutama peniaga yang terlibat di lokasi tempat korang nak berhimpun tu. sebab tak pasal-pasal kena tutup kedai. rugi da deme..
  • lastly, BERSIH korang takde la BERSIH mana pon kalau tak kena gayanya.fikirkan..

masing-masing nak tunjuk lagak semacam mereka la pejuang kemerdekaan negara. sedang negara lain seronok nak buat liputan ttg kealpaan perpaduan rakyat Malaysia.
sedih tengok keadaan macam ni. masing-masing buat tindakan bukan untuk kebaikan semua orang tapi semua bertindak untuk kepentingan diri sendiri.


psssstttt : korang nak ke negara kite hilang perpaduan jadik macam negara-negara lain yang mana hidup tiada merasa aman dan makmur? itu saja...okthanksbye!



GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

salam....

aku balek dari makan mekD tetiber dak fiezah ni boleh tag aku menda ni.
so, aku pon da lama tak layan Giveaway walopun aku selalo tak bertuah pun.
tapik takpela..eden torai je.hikssss..ok korang suma, good luck ya.

korang klik banner kat bawah ni nak nengok blog owner dia. 


SYARAT-SYARAT :
  • Buat entry bertajuk GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE dan link kan ke blog dil.
  • Copy Banner GA dan letakkan dalam entry tersebut
  • Follow blog ini *untuk pastikan korang terima update pasal GA ni tapi tiada paksaan
  • Tag 2 orang rakan blogger yang lain
  • Dan copy kan url entry tersebut dan letakkan dibahagian komen entry ini

Tarikh tutup penyertaan -------> 31 julai 2011    *pemenang dipilih randomly*
aku nak tag dua orang   ------->  trex & mucux  

6.7.11

musim | durian | yihaaa..

salam....

oh..sangatla suka sudah mula musim doyan. siapa tak makan doyan?
dia da hilang satu nikmat weh.gila sedap durian. sapa ada dusun durian?
PM aku ok..sudi la aku nak menziarah kampong halaman korang.HAHA..
sertakan alamat ok...hamboi cantik nau perangai tak malo cenggini.

camne nak pilih doyan samada dia manis-lemak-sedap-tak busuk ?
kalau tanya aku jawapannye simple..

"pacik kupas ni pacik, sy nak rasa manis ke tak...?
ala...keras la doyan ni pacik...buka yang laen pacik yang baek punya (gaya dafi)"

kalo bebetol, mesti pacik dalam dialog kat atas ni da bagi penampar kat aku.
hehe...aku beli ? memang tak la... selalo makayah aku ja beli.
tau-tau kat uma ada doyan aku bedal. kupas doyan pon aku tak gheti.
boleh cedera parah weh. tajam kot durinye.hikssss....


pssstttttt : sapa tak suka bau doyan. jangan berumah di dusun doyan. sekian....
alaaaaaaaaa....TOMOK da kawen.*tetiber je*
ok bai....


5.7.11

suara | sedih ?

salam...

tajok entri sungguh menggelabah...macam mana suara sedih?

bebaru ni ada la kawan aku suka la nak cari gadoh. WACHAAAA...!!
suka nak tanya tanpa melihat aku..kenapa kau nampak sedih bib?
walhal tak nampak pon aku yang ngah cekik kepci, makan karipap pusing lagi, makan doyan lagi sampai kentot pon bau doyan.

aku dengar suara pon sedih...  macam siot je dia nak mintak penampar.
entah bila suara aku ni penah kedengaran seperti sedih.ayu ada la..HAHA.
kau tak dengar lagik suara aku nyanyi nasyid. ko yg sedih nanti.
walhal kemaen suara aku memetir je cam Cekgu Disiplin sekolah.

muka aku rupa ni baru cakap aku nampak hepi? cett...

saja la tu nak menduga hatiku yang girang-gumbira ni.
pape pon, usaha anda amat dikesali. sila doakan aku yer selalo.
macam dalam ucapan standard dalam biodata masa zaman skola dulu..
" ingatku dalam doamu "


pssstttt : korang jangan nak poyo nak ngaku takde buku biodata masa skola. HAHA..ape ucapan korang selalo up dalam biodata tu? cer'ingat'...cer'ingat'. pastu bubuh gambar sekeping..HAHA.sungguh suwet ok!


3.7.11

jom | terapi | minda

salam...

tengok dari tingkap je....
apa itu T E R A P I  M I N D A...? 
kata kakak aku, ia berkaitan dengan shopping. kalau ko tak shopping pon tingkap beli belah ( window shopping ) pon jadik la.

setelah sekian lama tidak berterapi minda bersama sahabat handai sebab selalunya......
aku duduk rumah je tersipu-sipu sambIl lipat kain. (*bajet gadis kampong yang ayu*)

hari ni aku telah melibatkan mereka-mereka yang juga jarang berterapi minda.
terima kasih @mek sha koya & @kak zetty sebab sudi meluangkan masa anda.


kami ke OU = One Utama bukan Open University ya. takde kaitan..hehe.
kitorang pusing-pusing masuk sana sini yang rata-rata tulis 70% , 50%, 30%.....
tapik aku rasa sama je rege nyer. cuma deme up kan harga sebenar. 
pastu deme kata SALE ler kononnya...ishk!! tipu sungguh....mencik.

tapik ok la..sebab kitorang balek dengan senyuman akibat semua yg dihajati dilaksanakan.
contohnya tengok Jusco da siap renovate ke belom . jawapan : belom siap!
kitorang memang berdiet kalau terapi minda ni. sebab takde masa la nak makan.
da sebok berjalan nengok sana-sini..cari air je bagai nak rak.

lastly, kitorang makan dekat area rumah aku. tengah makan-makan. ustazah mashitah & family dia masuk kat restoran kitorang makan tu. weh...dia ada anak lelaki handsome weh. aku rasa jodoh aku da dekat weh...( ni mmg ayat standard kat memana entri aku. harap maklom ) HAHAHAHA...

pukol 2215 sampai rumah aku. seronoknya nengok anak buah reramai menyambot kepulangan.wah...macam hari raya sungguh tau. sampai sini je...itu la dia terapi minda yang dimaksudkan.

psssssttttt : sangat penat dan kenyang. suda tiba masa untuk menjadi ular sawa...ok bai! 


2.7.11

imam | muda

salam...

yeh..yeh..hari ni internet sudah pulih. dapat la aku hapdet entri lagi.
sebenarnya aku nak war-war kan tentang rancangan IMAM MUDA 0900 P.M tadi. 

antara 10 peserta program IMAM MUDA MUSIM KEDUA.

IMAM MUDA musim kedua kali ni membawa IMAM MUDA HASSAN & IMAM MUDA NAZRUL sebagai dua peserta akhir yang dipertandingkan. seronok sangat tengok rancangan ni dengan makabah. sedih kemaen aku entahkenapa...terharu pulak tengok mereka berdua yang masih kuat berpegang dengan pegangan Islam. TAHNIAH...

IMAM MUDA HASSAN  & IMAM MUDA NAZRUL

dan Alhamdulillah kedua-duanya sangat hebat dalam menjalankan TASK mereka. masing-masing dapat menyampaikan ceramah dengan pengisian yang padat & bernas, menghafaz ayat suci Al-Quran dengan baik, dan berjaya menghuraikan dan maksud hadith yang dibacakan dalam bahasa Arab. HEBAT BUKAN ?

manis orangnya....TAHNIAH~

semoga dengan adanya program sebegini, akan lahir lebih ramai golongan muda yang akan terdorong untuk mencontohi kebaikan yang ditunjukkan dalam IMAM MUDA ini. Mudah-Mudahan...InsyaAllah.


psssstttt : ada orang cakap takot nak tengok IMAM MUDA sebab takot jatuh hati dekat IMAM MUDA ni nanti..hadoila. jatuh hati tak semestinya memiliki. ( sebab aku pon da jatuh hati jugak...tapi aku tengok  je )

1.7.11

internet | merajuk ?

salam...

PEJABAT
ok..aku rasa semacam kena sumpahan je dengan internet di negara ini.
sebab kat opis internet aku cam samar-samar bayangan.
sebab banyak menda jadah setting-upgrade takde-downgrade banyak la.

tatkala aku sedang bahagia menggunakan openOffice. terima kasih atas perkhidmatan canggih ini.sungguh kagum dan rasa teruji..bukan teruja. adalah sangat berbeza disitu.

sila la gunakan openOffice sekiranya anda tidak mampu menggunakan software Microsoft Office ya.


RUMAH

ala...Streamyx WiFi wat hal pulak . ntah pesal ntah. merajok mungkin. da dapat da line nyer. siap tulis very good-excellent-good bagai.tapi tak dapat coverage. 
kesian bukan? 

aku nak tnya password wifi jiran. malu pulak..
sebab penah tolak cinta anak dia..
( ini rekaan semata nak bagi sedap....hiks )

so, maap la sekiranya ada yang tercari-cari
( ada ke? ) HAHA....
kepada yang takde cari tu..aku gtau buat yang mencari je. sekian.


psssttt : sori la aku ni memang MALAS sejak dulu-kini-dan-selamanya bab hapdet entri berasas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...