29.5.11

Trip | Pulau | Perhentian

Assalamualaikum w.b.t.............



2 minggu lepas kan aku ada kata pegi Pulau Perhentian bajet bawa hati yg lara. orang kata kalo nak g pulau perhentian ni. kena semangat waja...kalo tak, tak sampei..HEH.



aku amek cuti 2hari kot sebab tanak rushing & penat nanti kan. sebab masa perjalanan je da makan 2hari nak kesana. fuhhhh...saket otot² aku dibuatnye naek bas KL-besut (9.30MLM - 5PAGI) & dari besut-KL (9PAGI- 6PTG)



akibat kemaen semangat waja sampai terlupa tapau pape dari jeti kuala besut tu. sempat ah tapau air mineral time bot aku da sampai..naseb baek sempat beli. kalo tak...lagi sengkek la jadiknye balek pulau tu..maintenance hidup kat pulau tinggi weh..



aktiviti kat Pulau Perhentian takde ah banyak berdiving bagai..takde.CUMA.....


mandi - makan - mandi - makan - SNORKELING - mandi - makan - mandi lagi.


weh...siyes best gilosss snorkelling kat sini. sangat teruja dan teruji la.
apesal teruja ? psl ikan lepak sekali dengan aku sambel boleh babai² ikan tu.
apesal teruji ? psl tak beragak campak aku kat tmpt kemaen dalam.haish!!



kalo korang pegi Pulau ke tempat-tempat cantek..takkan korang nak tengok je kan.mesti la bergambar sakan kan? nak riak kat family aku lagi, dgn kawan² yang aku ajak pegi takmo pegi...FYI, aku mmg kelihatan poyo kalo bergambar dengan alam semulajadi. sila abaikan dan lihat keindahan pulau suda....


















NASIHAT!!..sapa² nak pegi pulau, sila bawa makanan banyak². korang tak bawa pakaian sgt takpe. makanan lg penting..

sebab kat sini aku duduk 2 hari makan dasyat gilo. nasi goreng kampong rm13. bajet nak save taknak la nasi goreng. makan mihun suda. mihun rm10. wah...tambah rm3 dpt nasi.mmg tak la nak makan mihun. kalo siapa² ada rasa mengada-ngada nak makan twisties ke potato kat pulau sambel maen air tu..korang bawa siap² dari rumah ya...kalo tak, korang akan nyesal.

syampu(kecik) = rm8, twisties mesti mau (kecik) = rm5, colgate (sgt kecik) = rm5. rege dia suma dia bundarkan jadi rm5 dgn rm10. blajo math tak abes la ni main bundar camtu....

walopepon kekurangan kat pulau ni mcm menda mahal². tapik lepas korang tengok keindahan pantai dia confirm korang lupa psl mahal la-air takde la-letrik takde la hape...sebab airnya sangatla cantik. kat sini elektrik & sumber air terhad sebab dorg suma main pakai generator je...tapik aku bukan g sana nak stay kat chalet. aku nak mandi puas-puas..hehe.

korang kalo pegi pulau dorang akan cakap "ala, kat sana kalo nak kemana-mana senang je ko boleh naek teksi"
OK..aku imagine teksi meter kaler merah putih tu. mmg betol la kat pulau ni pon ada teksi tapik laen macam siket...tak caya? tengok la sendiri...

kejadahnya teksi dia berupa sampan. aku bajet teksi meter.
koleksi makanan mahal kitorang. walhal kat KL aku rasa menda ni aku bayar siap bg org kedai Tomyam tu keep the changes je....(berlagak walhal tak penah wat camtu)

menu 1 : Mihun Goreng  =  #RM13.00#
menu 2 : Nasi Goreng Seafood = #RM15.00#
menu 3 : Nasi Goreng Kampung =  #RM13.00#
menu 4 : Nasi Goreng Ayam =  #RM15.00#

 
pssssttttt : siapa² nak pergi pulau bagitau aku. nak ikut. sebab kat sini aku sempat belajar basic berenang je. renang berirama & kuak lentang belum lepas lagik. krabi jom krabi.


26.5.11

budak | patah | tangan


salam....

sempat-sempat je aku hapdet entri ni sebelom pegi sepital ...
anak buah aku yang darjah 2 ni patah tangan sebab maen lompat katak.
hamek ko...kawan dia jadi katak. henyak tangan dia. patah dua weh.

erk...cuba korang tengok tangan dia bengkok da...
sempat-sempat je upload X-ray ni...
mesti saket gilosss...kita kalo terseliuh siket da meraung. ini kan pulak bebudak kecik. aduh siannya..harap-harap wawan OK. atam datang bawa air twister yer...

psssstttt : ok bye...moga anak buah aku cepat sembuh dan tahan saket...off to Hospital Selayang.

24.5.11

halal | ke | haram ?

salam...

kebelakangan ni banyak nau aku nengok orang post pasal makanan kat situ tak halal la, kat sini ada minyak babi la. pastu takde sijil dari JAKIM la. bla..bla..bla..banyak weh~

bebaru ni kecoh tentang Meatball kat IKEA tu pon salah satu premis yang tak pernah dapat kelulusan sijil HALAL JAKIM . siap nak kena samak la peralatan kat sana..errrrkk? mujur aku ni cam batak siket sebab tak pernah makan kat situ tapi pada yang da pernah ter'bedal'  20-30 bijik meatball tu. korang pon tatau kan menda tu macam tu. harap lepas ni lebih berhati-hati.

susahkan sekarang ni, sampai da tatau mana satu makanan HALAL.mana satu haram. mulai sekarang, aku akan belaja masak (tetiber semangat waja) sebab masakan home made je la yang leh dipercayai kualiti nyer kan?..pendek kata, makan jangan sebarang makan weh. cakap jangan sebarangan cakap..errrkkkkk, ape kaitan?

tengok dah macam lazat berkrim disukai ramai.
 
oleh itu, marila kita cekidaut menda-menda camni untuk meyakinkan kita dalam memilih makanan. sila pergi kat link ni dan explore menda makanan yang mendapat sijil HALAL dan sebaliknya.



semoga makanan yang kita makan datang dari sumber yang halal kerana ia akan menjadi darah daging. dan darah daging mampu memberi kesan pada hati. maka, berhati-hati la ya...

psssttt : naseb baek la aku tak gemarkan meatball.kalo tak, sure aku da bedal dulu.hiks...masakan emak kita juga yang terbaek dan HALAL. "mak..nak makan!"....

22.5.11

kejadian | tanah | runtuh

salam....

HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

pagi-pagi ni aku baca suratkhabar Utusan da jumpe berita sedih. baca link ni ya..



"semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN...."

psssssstttt :  tambahkan keimanan dan ketakwaan pabila melihat musibah yang datang. muhasabah diri
 

20.5.11

apa | itu | kanser ?

salam....kali ni sila panggil aku Dr Bib.ececeh... apesal skrg ni banyak nau penyakit kanser weh? siyes aku takot dan takot lepas tu takot. so, aku ada terjumpe fakta ni. cekidaut....

Apakah itu kanser

Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kami telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan. Untuk mengelakkan darah menjadi asid, kita perlu jaga pemakanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.

sel kanser dikatakan tiada bentuk yg tetap
PENYEBAB KANSER
Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam amaun kecil ). 
Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam. 


MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :

a) Makanan yang di BBQ

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. 
Badan perlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kita perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati .


UBAT KANSER SEMULAJADI
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser.
  • Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda didapati paling berkesan.
  • Boleh cuba kalau tak percaya. Terdapat kes dimana pesakit menghidap kanser tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.....oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) serta keyakinan diri, pesakit meminum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).
  • Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan kerana sel-sel kanser telah berkurangan. pesakit tersebut telah sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

pssssstttt : ini entri serius, harap maklom. nak entri hu-ha-hu-ha, kita jumpe di entri aku yang laen. sekian dari aku Dr Bib..bukan Dr Rozmy. so, takde nak pecah-pecah panggung mahupon punggung. ok bye...


18.5.11

muka | terbakor | tebabom


salam.....

ok...ni entri sengaja panas-panas enjin blog aku yang da lama tak jalan. aku kan cakap pegi bawa diri kan..aku ekceli pegi PULAU PERHENTIAN. hohohohoho...
aku penat nak rileks dulu pastu nanti aku sambung eksen kamin lagi ya.HEHE..
best weh pulau ni. aku rasa taknak balek je tapik aku balek gak. apesal ?!!?

apesal pulau ni bukan kat belakang rumah aku hah? cantek weh...
kalau anda gembira kata huuuuurreeeeyyy sambel lompat cani...

sapa-sapa nak pegi pulau perhentian bagitau aku. aku nak pegi lagik.HUHUHU....
sila ngorat dak bawa bot tu nanti. mesti romantik weh. candle light dinner atas bot. aku da kutip suma no tepong orang pulau ni tuk ada hati nak datang lagik..

pape pon aku memang enjoy la kesana. walopun duit lajo gilo keluar duk pulau ni.ape dorang ni cekik darah ingat aku mat salleh ke?
ni susah muka ala-ala pan asia ni.tak pasal-pasal efek aku nyer holiday & kehidupan..KEHKEHKEH~


psssttt : nanti senang-senang aku wat entri panjang lebar berepisod tuk percutian penuh nikmat ini ya..nantikan.cikidaut...


selamat | hari | GURU


salam...

upss..sori ya. aku lambat bbrp hari wish hari guru sbb aku kan bawa hati yg lara.

SO...selamat hari guru buat semua cekgu-cekgu di seluruh dunia termasuklah cekgu tadika aku, cekgu sekolah rendah & menengah, cekgu sukan , cekgu Memandu, cekgu masa kat UiTM dan kakak serta kawan-kawan aku yang merupakan seorang cekgu.


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
(aku mmg hafal la motto hari guru setiap tahun)

aku penah menipu cekgu aku weh..aku cakap result PMR aku 6A. walhal aku 4A je.cekgu tu siap bagi aku hadiah ada ikat reben. tak sangka menipu leh dapat hadiah.HAHA!

aku penah pujuk cekgu aku sebab dia mengandung, boleh lak budak kelas aku pegi tuka kerusi goyang dgn kerusi dia. skali dia duduk nak patah. menangis cekgu tu terus kua dr kelas aku. aku ketua kelas time tu. terpaksa aku pujuk cekgu tu dgn cara menanges jugak.HAHA!

aku penah melawan cakap cekgu sebab cekgu tu asek cakap kelas aku ni sombong. aku cakap kat cekgu tu nnti SPM mesti subjek BM aku dapat A.tengokla...(sombong lagik!)

waloapepon la yang terjadi dan aku da buat..aku da minta maap siap-siap kat cekgu. sebab aku tatau la aku jadik ape sekarang kalo takde cekgu-cekgu ni weh. SIYES jadi cekgu susah.aku dulu nak jadik cekgu..
tp sebab ramai sgt kakak aku jadi cekgu aku igt nak jadi polis la pulak.HAHA...boleh naek motor besar VRRRRROOOOOOOOOOMMMM....

aku tujukan lagu ni buat cekgu semua. tak kira la cekgu tu ayu ke macho...


pssssstttt :  aku kalo jadik cekgu korang setuju tak? ada gaya tak? AUMMMM~kehkehkeh...


12.5.11

bawa | hati | hati


salam..

aku cuti untuk seketika dari berblogging. sebab membawa hati.

away not runaway

dan aku pegi untuk seketika. doakan aku selamat pergi dan balek ya.
semoga dapat memulihkan saki-baki luka dan memberi sedikit ruang gembira.
korang jangan berharap aku bawa balek putera raja Rom. 
sebab aku bukan g Rom.  maupon Romp kedai jeans tu.
semoga Allah melindungi aku sepanjang pemergian aku ni. ok bye!!

sapa-sapa nak ikot meh ah...tapik naek sampan ni hah. ada brani?

pssstttt : ngantok mata ni pasal jadi burung hantu malam tadi menyetelkan satu masalah hati.dan TQ kepada yang cakap hati-hati kat aku.HEHE...


11.5.11

kes | simbah | asid


salam....

KUALA LUMPUR 9 Mei - Polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).
----------------------------------------------------------------------------------------------
Lokasi yang kerap menjadi sasaran :  
  • tepi jalan sekitar kawasan sekolah
  • tempat letak kereta
  • stesen LRT
  • pondok menunggu bas.

"Suspek dipercayai seorang@dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," kata polis

 cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur.

sapa-sapa yang nampak suspek ni.hubungi talian   
'hotline' 03-21159999 

 korang baca details suratkhabar ni hah...aku cedok cecipot je...meh baca details sini : 
 
psssttt : tak pasal-pasal kes ni. mak aku cakap..." sebab tu ah mak tak bagi korang kua memalam. ni la dia...bla..bla..bla... ( diam tanda akur )


aku | pening | lalat


salam...

adehai la.kebelakangan ni pala aku asek pening lalat. bukan lalat yang pening.
aku la yang pening..lalat pening ape aku nak kesah? aku lastik lagi ada ah..HAHA.

tadi bos aku minta aku menda info psl CCTV. aku bagi pasal THUMBPRINT.
aku rasa dalam hati bos aku mesti rasa nak pecat aku time ni...siyes beb.

bos : bib, bagi saya yang tentang CCTV tu bib. yang kita pernah buat hari tu. 
aku : oh..ada-ada. kejap saya bagi ek. tapik sama ke?
bos : takpe..nanti saya padam apa yang tak diperlukan n saya tambah-tambah.
aku : .......NAH BOS ! .......( bapak konfiden abes ah )

bos : bukan yang ni la bib..ada itu hari kita buat tu.
aku : bos ni aku tampar kang. ni la dia ...aku kata yang ni. yang ni la. 
( ni ayat poyo aku reka sendiri..korang ni agak la kan. takkan ah aku nak cakap camtu. aku kan sopan dan ayu )

** tetibe ingatan aku pulih. aku pon gegelak sambel bebuat baek ngan bos.HAHA...

hilang fokus sbb kurang berjoging dan bersenam.....

mak aih..jauh bebenor CCTV = thumbprint pegi nyer. dems ah! 
ntah apesal aku tak brapa  nak fokus kebelakangan ni. mungkin sebab kekurangan vitamin C sebab kurang makan cendol. 

pssstttt : korang kalo pening sal mabok todi. korang tapayah nak cari pasal. mau kena tikam dengan orang laen nanti. HUHU...ok bye!


10.5.11

fenomena | elnino


salam....

perasan tak sekarang ni. kalo korang pegi memana. sedang fenomena "PANAS!"
maksud aku disini bukan yang jenis "panashati" jadah tu. tu bukan. 
ni pasal cuaca..semacam fenomena suhu mukabumi ni naek mendadak?

korang pegi opis² yang selalo sejok ekonnyer.skrg rs cm pakai kipas meja je.
korang g kedai makan, suma orang pakai baju duk buka-sana-sini. AUMMMM...
tapayah la imagine menda "lagho". cuba pk menda suci siket. haish..
maksud aku. lelaki² takde ah kancing butang kemeja dorang sampai mulot. 

aku terdengar fenomena elnino ni kat TV3..bukan elbino.elnino yer.ape itu ELNINO?  Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.
( yer² je penerangan aku kat atas ni. aku pon tak paham. aku copy je menda ni... )

klik sini utk belaja Geografi dengan jelas

PUNCA : korang ah wat pembakaran terbuka, gaduh siket bakar gambar awek. 
pastu suh sokong earth hour takmo. nak layan hindustan ah ape time tu. HAH..kan da elnino.

TIPS MENGHADAPI SUHU PANAS : 
  • sila tutup aurat. ni japg mengado bg alasan panas nak buka sana sini. walhal panas kat akhirat nnti lagi berat. 
  • sila la minum air dengan banyak. bukan air sirap laici atau air todi yer. maksud aku air putih la oit. atau nama lain air masak-sky juice-airmataair-air bio aura-dan lain².

pssstttt : apesal kipas ni ada sampai no 5 je takde no 8 ? rasa macam sauna pon ada ni..



8.5.11

selamat | hari | ibu

salam...

..SELAMAT HARI IBU BUAT EMAK TERSAYANG ..
Zainab Binti Hannifah

sila baca doa ini setiap hari di dlm doa harian & solat

semoga emak dan abah akan diberikan kesihatan yang baek, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. terima kasih sebab melahirkan kami. 

pengalaman mak melahirkan kami katanya zaman dedulu scan² ni tak femes sgt. doktor maen rasa² perot.dokto kata rasa kepala ada cam dua. errrrkkkk? mak aku da rasa macam menakotkan. tetiber da sampai due date nyer. tau² kembar.. 
kitorang kembar tak seiras. kembar aku halos je..aku gebom. HAHA...

HAH! amek ko..time tu sapa nak kua dulu? aku pon bagi kembar aku kua dulu. gentle kan aku? kehkeh...dan kini aku dan kembar aku masing-masing ada jalan hidup sendiri. dan kami masih baek dan rapat seperti kembar-kembar laen. kalau dia saket...pasti aku terasa saket juga. itu la kekuasaan Allah. 
seronok tak jadi kembar ? seronok ah..korang ado ? HEHE..

cuma beza kami adalah : dia suda bergelar ibu. dan aku belom lagik....yaawwwww~

bermaaf-maafan dgn ibubapa selalo ya...

psssstttt : selamat hari ibu kepada semua yang telah melahirkan, mendidik dan menjaga anak-anakmu dengan baik dan sihat walafiat segala. semoga ibu² diluar sana sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T...



lagi | sekali | nampaknyer

Assalamualaikum w.b.t...............

" Tuhan sengaja menduga kita. Menguji kekuatan manusia....."

yesssss!! lagi sekali nampaknya aku akan hadapi menda yang sama berulang. ehm...mesti seronok tengok orang laen bahgia kan? ko hado ? takdo duk dendiam...dan sila jangan berputus asa dan buat benda yang bukan-bukan...heh~

entri kontot aku ni tamat disini saja..aku ada dua perasaan di saat ini. 
sedih akibat gembira dan tumpang gembira....
sedih akibat pikiran negatif yang menjelma.wah kemaen menjelma.. ok bye!


pssssstttt : apesal ada air keluar dari mata ? apesal ada air keluar dari hidung ? erkkkk...? 


5.5.11

pehal | cakap | belakang ?

Assalamualaikum w.b.t...............


aku tulis entri ni kol brapa pagi tah pasal baru bangun tido akibat kepenatan sal banjer tadi.ye..hujan lebat & ke'ngokngek'kan manusia yang suka buat kerja pembinaan tanpa memikirkan masalah saliran mmg boleh mengakibatkan banjer. tapik ape kan daya sekali sekala kan banjer ni kadang leh merapatkan silaturahim. HEHEHE...

bebangun tido ada nampak msj kat inbox FB menandakan ada gosip panas..wah~
aku mandi-solat-makan suma, terus ah on9 kan..ye, ramalanku benar belaka.HAHA..ape yang aku nak simpulkan disini adalah... 

"oit ko kalo nak cakap belakang. tapayah la.."

ko dari dulu sama je. ko kecik tak semestinya ko nak jadi budak kecik sampai tua.so, sila la berperangai matang dan jadi manusia normal. jadi paranormal pon lagi baek ah.ko tacing tak semena-mena menda yang takde kaitan pon. ko nak salahkan suma orang.ape kejadnye kan? kamon la weh...jangan nak berpura mulia. ko tak mulia mana pon.

ko sound orang. pastu ko cite orang sound kau. ko sebuk hal orang. ko cakap orang laen jeles sebab tatau details hidup orang laen dengan baek. ko bukan budak darjah henam la oit maupon dak tingkatan satu. ko tak sedar ke? alahai la....saiz mungkin ah kot.pesal ayt aku cam budak-budak? HAHA...


entri kata-kata seperti kebudak-budakan aku ni ditujukan khas buat kau budak supaya ko cepat faham...sekian.



pssssttt : aku ada banyak menda nak pk dan mmg ko tak termasok dalam kotak pkrn aku..ko laen ah takde ape nk pk. yang ko tau....sapa ko nak angkat esok? ko ni kurang kasih sayang ah budak. kesian.....

3.5.11

makasih | daun | keladi

Assalamualaikum w.b.t...............


aku lepak ngan member hoki aku. dulu dia dak junior. skrg ktrg kawan ah. sbb 2-2 da beso. itu hari ktrg pegi mandi sungai tapik agak ah kan ngah mandi sungai pakai seseksi woh. takleh ah nak upload picture....

da lama tak naek tren. sebab aku kan baek duk uma je lipat kain, jaga budak dll. HAHA...tapik aku & elin naek kete park kat LRT putra gombak. saja bajet da setahun tak naek tren nak try ah kan. menyampa tol aku kat elin sebab nak nek tren.pastu....
beli tiket sampai ke damai sbb nk tuka naek monorail kat situ.motif? kat damai takde monorail ke weh? apesal da takde? bukan dl ada ke?
pegi beli tiket ke dang wangi balek. sengal tol ah..
da tuh pegi naek tren balek nak ke dang wangi. boleh naek salah arah lak. pegi patah balek gombak. kejadah tol la.
da basah ketiak suma baru ah sampai dang wangi. menapak lak sampai ke monorail.
pegi naek monorail bukit nanas benti bukit bintang. pastu menapak sampai melecet kaki budak tu sampai PAVILION...terpaksa beli selipar ipanema baru. naseb ada sale. KEHKEH...
masa perjalanan kitorang tuk sampai ke sini  macam perjalanan pegi melaka. 
lepas ni kte lepak mahkota parade je la elin ek...HAHAHAHA.


makasih yer ELIN sebab BLA...BLA..BLA... kalo nak naek tren lagi lepas ni. bagitau la... payung ropol-ropol kite tu sila frame kan. takde pe nak bagi tuk bezday gift. tu je ah temampo. sila jgn jadi playboy mahupon playgirl. makasih atas lepaking ini. bulan depan kite pegi port laen lak yer. HAHAHA....


psssstttt : tak sabar tunggu hadiah dari jauh ( beg balek kampong handmade...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...