24.11.10

berpura | mulia | takmaluke?

Assalamualaikum w.b.t.............

ok...entri aku kali ni nak cite siket pasal kekejian sikap c polan. wah..bebaru ni ada la cam tragedi "asyik" berfesbuk di somewhere. pastu sangat la macam hebat boleh buka fesbuk kat somewhere. filter la oit menda tu dari dulu kalo rasa menda tu tak chantek kan.pastu sesedap lak nak buat cite yang ko da tahu pe kesannye kalo ada fesbuk di somewhere.

pastu takde la nak bising² sana sini pasal konon "asyik" berfesbuk.konon² keje tak siap la pasal berfesbuk ni.

bukan semua rumah deme ni ada internet. so, biasala ada yang batak kan guna tenet opis secara "asyik" sekaligus mengabaikan kerja² deme. tak sengaja la tu kot. internet shock la katakan. adeke istilah cenggitu dalam kamos oxford? ah..lantakla. korang pahamkan?

siap leh ada reporter lak gtau dia nampak suma org berfesbuk semasa dia juga berfesbuk.tapik cerita macam la kau mulia sangat.konon "asyik" buka fesbuk sebab nak skodeng siapa yang "asyik" berfesbuk?

wah...alasan mulia ko tak menjadi la oit.orang tua boleh la ko bodoh² kan.sebab dia bukan tahu pape pasal menda teknologi tu.ko nak kenching sepah² pun takpe. nasehat aku..kau buat keje kau cepat siket lepas ni.jangan lembap sangat. pastu cakap orang laen itu ini..tak baek woh.kerja tu pn satu ibadah gak. 

somewhere = nama tempat dirahsiakan (rahsia la sangat!) 

kata-kata : bulu ketiak sama itam..hati laen². jangan berlagak mulia la. ko tak mulia mana pon. sekian....

oh | ape | lagi???

Assalamualaikum w.b.t.............


eh eh..kenapa nih?
ape yang ape lagi nih?

SEDIH + STRESS + KESAL + PUTUS ASA + PUTUS HARAP.
NEGATIF + TIDAK SEHAT JIWA RAGA + NAK GILO.

sebenarnya kebelakangan ni banyak menda tak bez jadi. maka, seperti asek memikirkan dugaan apekah? buat ini tak kena..itu tak kena.. kenapa la...dan ape lah lagi lepas nih? 

oh korang diluar sana.

doakanla yang bebaek untuk aku yep dalam menghadapi hidup penuh pancaroba. wah ayat lagi siket da nak sama hebat cam A. Samad Said. tetibe teringat statement wajeb masa skolah rendah kalo time buat biodata.

"ingatku dalam doamu".....hehehe.

tu saja nak cakap sambel layan blues...bukan blue ok.harap maklom...


kata-kata : tolong ingatkan aku tentang menda hepi.sebab hamper terlupa dengan kehepian yang penah ada...mode ---> pilu yang telus.

17.11.10

aidiladha | penuh | pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t.............


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
"semoga kita berkorban hanya pada jalan Allah S.W.T supaya
hidup kita sering diberkati di dunia juga di akhirat"


kata-kata : sudah nampak kelibat lembu korban yang muncit sejak semalam.

award | itu | apo ???

Assalamualaikum w.b.t.............

oho...hoi....award itu apo? ni first time tercalon.kuang3x..
makasih pada media massa, peminat², producer, family semua yang telah banyak memberi sokongan.
"PANGGGGGGGGG!!! da apesal nye ko nih ? berangan ke hape?" mak...den dapek award. bukan cam artis tu ke kena wat ucapan atas stage?aiyak...


makasih yer cik chenta

pasal award tersebot. kuikui...cantek ka blog nih? macam tak je.tapi since aku da tercalon. amek je la...takde dapat cikedis ke cekelat ke award neh?aku taktahu pape pasal neh. tetiber ada lak menda ni kat shout aku.eh eh....siapa tu cik chenta? aku lom bersuai kenal lagi ngan dia. tp blog beliau mmg cantek.banyak gambor kiut miut..aku?jangan kata gambar miut. gambor fotostat dibubuhnya.cis!

seven things about me:
1- kakitidor
2- kakijalan
3- kakigadoh
4- kakilawak
5- kakimalas
6- kakibesar
7- kakisukan

PAS KAT SEPLOH ORANG GAK EK???oh..takpayah?eh..kena ek?

buh kat shoutbox gak r nnti.heh...


kata-kata : selamat hari raya aidiladha. maaf zaher baten. jangan makan dageng bebanyak. nanti cepat naek hangen a.k.a baran tak semena²..

14.11.10

ekspresi | takmaho | asap rokok

Assalamualaikum w.b.t.............

"redupkan pandangan mata, 
letak dua jari dibibir,
dengan katakan tidak
kekiri ke kanan,
kekiri ke kanan."

hah...tahu tak iklan nih?ni iklan ekspresi katakan tidak pada asap rokok kat radio. kalo kat dalam TV laen..dia tunjok ekspresi tu teros. ni kempen ksedaran r nih. takpe je kalo takmo ikot kan. tapi takyah la sengal sangat. 

citer dia cani..itu hari aku keluar ngan anak buah aku. budak kecik kan. pastuh, boleh pulak ada sorang lelaki ni lalu kan maen asap berkepol². anak buah aku ni leh pulak wat ekspresi cenggitu pulak kat lelaki tuh. 
budak² kan...pengaroh TV kuat. pastuh, lelaki tuh leh campak rokok tu kat anak buah aku konon bengang r.

naseb baek la tak kena api nyer. anak buah aku gtau aku lepas orang tu dah bla. kalo tak..leh gak aku sombat asap ngan rokok² tu skali dalam lobang hidong dia.takmaho benti merokok suda..tapayah la nak sembur² asap rokok tu bajet macho.nak merokok...merokok la jejauh siket. efek asap tu bahaya pada orang laen.

kempen beriyer pon rasanyer tak kemana kalo orang² macam ni ada.adeh..


kata-kata : ingatlah orang yang tersayang..pastu jangan buat pembakaran terbuka kat hidung korang.akibatnyer....... (sila tgok iklan TV) 

9.11.10

cita | cita | apekah?

Assalamualaikum w.b.t.............

semua orang ada cita-cita. itu kompem..kalo nak diingatkan.masa kecik² dulu.start dari aku darjah 1 sampai ler darjah 6.aku ada enam cita-cita.sampai da besar panjang ni ada seploh da cita-cita aku.haha...

darjah 1 : cekgu tanya aku kata nak jadi "doktor". sebab aku ingat mak aku pesan. kalau orang tanya cita-cita tu ape? cita-cita tu nak jadi doktor.ahak....

darjah 2 : aku nak jadi "arkitek"...wah, tahun lepas nak jadi doktor.sekarang da nak jadi arkitek lak?adehaila..jauh tu terpesong.sebab time ni akak aku asek lukis gambar rumah. pastu suh aku bina..dia kata kalo nak jadi camtu.kena jadi arkitek.aku pn tak paham..

darjah 3 : nak jadik "pramugari" (masa tu tengok tv banyak iklan Malaysian Airlines(MAS).hahaha...padahal gempal.ade hati nak jadi pramugari.cet..

darjah 4 : nak jadi "ahli perniagaan". time aku jawab cani. cekgu tu leh puji lak jawapan aku pasal laen dari cita-cita budak² laen. padahal masa tu aku taktau pape pasal cita-cita aku yg aku nyatakan tuh.hahahaha...

darjah 5 : aku da cam besar sikit. aku rasa nak jadi "pilot" lak. tapi aku pon ada rasa nak jadi "angkasawan". entahla..banyak sangat la cita-cita aku...hahaha.

darjah 6 : dah jadi senior kat skolah rendah ni. aku rasa cam wah..aku nak jadi doktor la. sebab cikgu selalo cakap cam jadi "doktor" bez..hehehe. so, aku tulis kat biodata aku nak jadik doktor.hehehe...ingat jadi doktor sonang.chait....

bila aku da besar panjang ni. da leh berfikir secara sedikit waras. aku cam minat nak jadik polis lak.aku penah selamber je bawa sijil2 aku g IPD gombak ni apply inspektor.

tapi aku dapat sampai kad biru jep. yang memberitahu aku nyer permohonan dalam proses..proses la sangat.sampai ke sudah jadik petani moden je aku ni..cet.takpe la..bukan rezki aku tu kot.

sebab ape aku minat sangat nak jadi P.O.L.I.S ????
sebab aku suka tengok polis trafik.dorang naek motor besar. fuh....stylo gile la. walopun tu motor polis.aku suke sangat motor besar nih. kalau aku ada duet lebih. aku nak wat lesen B full. leh beli motor besor sebijik. wat balek kampong...hahahahaha. hilang akal ke kau kan maen nak merempit je keje?heh...
tapi sebenarnya aku minat nak jadi polis sebab aku minat ngan aku suka.

bia la orang nak kata polis ni kuat makan rasuah r ape. tapik bukan semua...terpulang pada individu untuk menilai. cuma sikap segelintir polis yan gtak bertanggungjawab menyebabkan profesion polis ni disalah erti..kalau susah² cari polis gak.bak kata pepatah, "sebab nila setitik, habes susu sebelanga"
(jangan maen gila, aku da berfalsafah kat sini.hahahaha..... )

tapi sampai sekarang satu cita-cita yang aku senaraikan dari darjah 1 tu takde satu pun yang kesampaian. hahahaha.... ape la nak jadik aku ni?adoi...


kata-kata : tak jadi doktor, jadi bini doktor pon takpe la. imaginasi nak tinggi...haha~

6.11.10

percaya | qada' | qadar

Assalamualaikum w.b.t.............

assalamualaikum semua....
ok...hari ni aku dalam mode ustazah. sume sila siyes!!!
kalau ada yang tak paham..angkat tangan.yang paham..angkat kening. 
aku sbenarmya macam la tertanya². tentang kesemakan soklan ini dlm otak nih...
"apesal la aku selalo je tak dapat menda yang aku suka dalam hidup aku ???"
adala beberapa yang aku sangat suka...tapi tak dapat.aku bagi contoh k.

contoh memula...
aku dulu kan masa kecik kan. aku suke bersukan.. tapi kan masa tu.
sukan ni cam nampak sia-sia. ape org kata...tak penting.padahal aku minat.
sekarang ni aku nengok kat luar nun. banyak je sukan yang cam diangkat tinggi.

kedua....
dolu² kan, aku belajar rajen gilo tau lepas result UPSR aku cam haram jadah. nak-nak aku kembar.kembar aku dapat result cemerlang lak. fuyyyo....memang aku jadi bahan mengata la. pesal kau ni bengap sangat hah? ko tengok kembar kau dapat result power. kau power ape?power rangers? (tapik kembar aku memang pandai r masa tu. tak dinafikan...) aku stress.padahal UPSR je. tapi padan la muka aku. belajar sebok memaen.

da tuh, start PMR, SPM dan seterusnya aku macam ada la kesedaran sivik sikit. 
baru tahu erti baca buku dan seumpamanya. aku dapat result kental la jugak 
(maksud kental disini adalah tidak la bengap sangat)
karang korang teka aku dapat "straight A" plak..malo i tau....
tapi...aku tak dapat further stadi. aku sedih ok. kawan aku semua matrik la.universiti la.aku rasa cm aku bodoh gile buat kali keduanya.aku give up.aku keje.
aku keje as a staff bawahan yang tegar.

pastuh kan... 

time aku da keje..aku lagi sekali give up. aku jadi staff sementara je. gaji cipot gila, tempat keje jauh. aku da rasa tak bez keje. asek wat keje tak ikhlas. aku pasang niat nak benti keje n mintak pendapat makayah aku. dorang bangkang mentah².aku nak berhenti.alasan aku nak belajar menjahet, belajar memasak dipandang ringan.aku da takde hati da nak keje situ. tapik aku teruskan aje...tak maho jadi anak derhaka.

lepas tu weh.. 

aku da sedih tak dapat benti keje. tetiber di saat aku perlukan alasan untuk berhenti keje.aku dapat tawaran blaja kat UiTM. aku tak paham kenapa lepas 4tahun baru dorang nampak borang permohonan aku. aku pon sambung blaja tanpa rasa menda tu cam tak bez ke hape pasal aku mmg nak benti keje ok. selamba je aku da dekat 3tahun tak blajo..tetiba blaja. beku da saraf otak aku. tapik kat sini da jelas² sesuatu sedang disusun untuk hidup aku.

pastu pastu.... 

aku sambung blaja. semua budak kat situ muda². suma la nak panggil aku kakak. sabar ajela.aku bedal je la.aku nak belajar kot..disamping nak benti keje.aku rasa cam...tak beznya blaja tua² ni. nak² masa bebaru tu kena kenalkan diri nak sebut umor..penting ke umor?aku diamkan aje sal umor.DEMS la!

last² kan... 

aku da abes diploma aku tahun lepas..so, sekarang da keje. aku amek iktibar dari keje lepas..pasal kalau kita keje ikhlas. gaji yang kite dapat akan menjadi berkat. so that, kita akan dapat lihat kemana peginya duit gaji kita. aku bersyukur..

namun, aku maseh mencari keadaan yang lebih baek. aku sangat perlukan keajaiban ketika ini..
namun, tiap² yang tertulis ini ada hikmahnya. semua ini da tertulis dan tersirat untuk aku.maka, aku akan menerimanya sebagai "QADA' dan QADAR" daripada Ilahi.

kata-kata : fikiran asek nak negatif. perlokan ion yang positif...help! help! 


(ini bukan luahan prasaan...ini adalah luahan hati.ecececeh...)

3.11.10

aku | dan | musuh


Assalamualaikum w.b.t.............

aku ada musuh. musuh dalam selimot ke ?
BUKAN....ini musuh ade kat mana-mana.
aku tak suke. aku rasa nak tampar je kalau jumpe 'c dia'.
aku memang sejak kecik tak ngam ngan 'c dia'.
makayah aku pun tak suke dgn 'c dia'....
kalau aku pegi maen kat kawasan 'c dia' masa kecik² dulu.
makayah aku marah...balek kompem kena sebat.
dengan tali pinggang besor polis bapak aku.
gila kan..betapa mereka tak berkenan dengan 'c dia'.
memang aku bermusuh sejak kecik...apa nak jadik.jadik!
sekarang ni da besar, aku maseh bermusuh dengan 'c dia'.
dan aku tak tahu sampai bila aku nak berdendam.
apa-apa pon, korang aku sayang..korang jangan risau.
aku hanya bermusuh dengan 'c dia' je sampai bila².
sebab.....bagi aku. 'c dia' ni memang takleh diharap.
kecik² taknak mampos, da besar... sedot darah orang.
nah...mampos kau!! aku spray kau sampai mati...
puashati aku....huh!


kata-kata : derma darah tak maho. sedot darah je keje.sedot lemak tak maho plak!?memang nak kena picit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...