5.10.10

pengalaman | pahet | manes

Assalamualaikum w.b.t.............

yup..pengalaman pahet manis di suatu hari dimana...menghadirkan diri di suatu tempat bagi mencuba nasib disampeng mengutip pengalaman.wah...tak sangka sudah sampai ke second stage. makasih kerana memberi peluang untuk kali kedua selepas berhempas pulas menjawab soalan yang diberikan semasa ujian bertulis..sungguh haram jadah soalan tersebut. tidak mungkin dilupakan 30 soalan subjektif yang sungguh dasyat. saya ni datang untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat. tapi macam jawab final exam pun ada.....adehai la.

dalam bidang Teknologi Maklumat ni, aku rasa banyak kot istilah-istilah network. tak sure ape 30 soalan tu akan tanya kan..isk3x. kalau la aku tahu ape yang keluar, mesti senang kan? dan di hari kejadian. aku pun jawab la ujian bertulis untuk post tu dengan tawakal kepada Allah S.W.T. wah...hamik kau. gila la..macam-macam kot...adeh.agak banyak menda yang aku terlepas pandang masa aku study kat 'wikipedia' malam sebelomnye ujian tu.wah...tapik akibat aku kerja sekarang ni ada kaitan dengan IT department. maka, sedikit sebanyak adalah sikit membantu aku..gila la. ayat lintang pukang, in english pulak. memang seronok yer disitu..

so, 29hb tu second time plak dia panggil. email jemputan untuk attend menda tu ada seploh nama je naek. so, aku malas amek port..study la pape yang patot. da tuh, leh je da sampai sana. aku pegi sendiri merempit. kalau naik kete jalan amat jem kot..kat jalan kuching tu lagila... so, aku merempit sendiri. da sampai sana, aku parking la motor. sebelah aku ada lelaki pun ngah cam bergaya nak pegi interview.aku pun bertegur sapa la dengan budak tu..

aku : datang untuk interview ke? 
lelaki itu : ha'ah...interview. awak pulak?
aku : yup..sama la. interview jugak. tuk jawatan ape?
lelaki itu : penolong pegawai IT.sama ke?
aku : ha'ah ..sama la.
lelaki itu : tinggal mana? datang naik motor ni..
aku : dekat je..selayang. dari mana?
lelaki itu : kat wangsa maju..datang ni pun jalan jem. naseb bek la ikot highway duke.
aku : oh..yela.
lelaki itu : dapat email kan? tu r, saya tengok email tu lelaki ramai. perempuan ada brapa je.
aku : okay...(dalam hati aku..budak ni macam la nak drop kewanitaan aku. takpe..cool je!)
lelaki itu : taknak masuk ke?jom masuk..sembang kat parking lak kita.
aku : jom...dup dap...dup dap..berdebar gak ler.

* dalam masa jalan tu..kitorang sembang-sembang lagi. wah..budak tu kelihatan bukan calang- calang. mendengarkan cerita dia la.tak tau la dia cite nak bez je ke hape.aku rasa dia seorang yang hebat. hopefully..aku diam dan hanya menjadi pendengar baek. hehehehe...

da sampai kat tingkat 17, bangunan cantek itu. aku pun tandatangan la kat senarai nama yang ada seploh nama. 3 nama ada binti, 7 pakai bin. ok...masa aku sampai tu. baru ada dalam 4 orang macam tu. kejap lagi tu. sorang-sorang sampai. sampai da pukol 10 pagi. baru lah jumlah muktamad manusia yang hadir. 7 lelaki dan aku sorang perempuan.aku tak suke yer keadaan ini. kerana sungguh membuat aku rasa...apekah??? tapik takpe la, hanya sekadar mencuba nasib dan rezeki.

aku jadi orang ketiga dan satu-satunya perempuan yang bakal diintebiu..redah je la. berdebar gak! 

wah.. sangat berdebar tidak terperi. da masuk, dia suh bg sijil-sijil suma and then mereka suruh duduk. aku ikotkan aje.pastu dia da start da suh introduce diri.. dia speaking pulak. aku pun bantai speaking. hahaha.... nak aku cakap cam gaya omputih, memang takde la kan. da kenal-kenal. dia nak tanya pasal pe yang kita tahu pasal IT. menda pertama dia tanya. troubleshoot network.. wah, aku ingat network-network ni masa 1st intebiu tu da kira setel dia tanya. rupe nye belom abes lagi.. sabar je la. aku memang la tak pandai sangat pasal network ni. aku pun study lebih kepada coding la hape. sekali dia tanya network.. menarik ni...wah, aku cam hampir nak 'hang'. tapi orang ramai pesan, asalkan jawab, betol salah belakang kira. baekla, aku cuba...dan perkataan yang aku tiba-tiba teringat ketika itu "ping server" tersebut..dan "godeh-godeh". menarik kan? encik dan puan tu sangat teruja dengan perkataan itu. dan aku berbalek kepada expectation aku pasal coding. dan dia still dengan network server itu. aku jawab sekadar termampu dan keputusannye, aku tiadala berharap atas ape yang aku da lalui tu. haha..jawapan bagi keadaan itu da menunjukkan aku tak dapat la..hahahhaha.

namun , pengalaman tu sangat berguna. dan sila cuba di tempat lain. selepas ini .terima kasih di atas pengalaman pahet manes itu. balek tu , aku "story-mory" ngan makayah aku. aku tidor sakan. amek cuti satu hari tu untuk menda yang mengambil masa sparuh hari.. tolak gaji kot. sukahati aku la kan. so, tu je la cerita bagi entri aku kali ini....jawapannya masih belom keluar lagi. namun, aku tiada la berharap. hahahaha....


kata-kata : jangan pandang perempuan sebelah mata. perempuan sekarang semua menda hampir sama keupayaan dgn lelaki. cuma sesetengah nye lelaki masih menguasai. sekian, makasih.

5 komen panas:

Cik Mira said...

gud luck kakak! ;)

kakbib said...

makasih mira !! tapi menda yang gud lcuk nyer?hahaha...da lepas da semuanya.ahakzzzzzz.....

Cik Mira said...

macam mane resultnye kakak? kan lelaki itu seolah mcm mencabar kewanitaan akk hehe

kakbib said...

mira...resultnyer belom keluar lagi la. dan akak tak berharap pun dengan keputusan tu..sebab akak rasa ada 7orang lelaki yang kelihatan berkaliber disitu...haish.namun, rezeki tuhan siapa lah tahu...doakan kakakmu ini ya..eceh!

Full Banner said...

Singgah disini untuk di kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...