13.10.10

10 | 10 | 10

Assalamualaikum

ada apa pada tarikh? ok..ramai orang yang macam suka nak ada kenangan pada tarikh ni.sebab katanya tarikh 10/10/10 ni tarikh yang cantik...terpulang la pada individu-individu yang merasakan sebegitu. memang nampak cantik pun kan kalau dipendekkan camtu la.nak-nak tarikh tu jatuh hari ahad. so, memang cam bez la kan.

AKAN TETAPI...

kalau buh penuh rasanya cam biasa je. "10/10/2010"....
kan lagi bez kalau tunggu je "20/10/2010"..heh.cantek jugak kan.hehe..memandai la ko bib kan..tapi 20hb tu bukan hari ahad ok..hari rabu.hahaha.

macam-macam terjadi pada tarikh yg dianggap cantik ni. namun begitu, jangan terlalu taksub dengan tarikh ye korang. sebab ianya bukan la apa-apa. tapi kalau untuk sekadar suke-suke pastu suke pastu cam suke gak. takpe la kan. nak wat cane...

so, heboh gak kat Malaysia ni, tarikh ini juga adalah merupakan perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr Syed Muzafar dengan pasangannya, Dr Halina.dorang pun suke gak rupenyer.
TAHNIAH juga buat semua yang menyambut tarikh ini dengan kenangan manes masing-masing. semoga bahgia selalu tanpa mengira tarikh...


dan pada tarikh yang sama juga kita dikejutkan dengan tragedi kemalangan ngeri yang melibatkan ramai mangsa terkorban dalam insiden bas ekspress delima yang terbabas, merempuh kereta dan menghempap dua kereta lain kemudian dirempuh oleh bas lain yang tidak sempat mengelak kerana bas delima tu tercampak ke arah laluan bertentangan. sangat sedih tengok berita dalam beberapa hari ni. perasaan keluarga masing-masing yang terlibat dalam nahas ni. AL-FATIHAH buat mereka yang terkorban. TAKZIAH buat keluarga mangsa nahas tragedi ini...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.AMIN... 


2 komen panas:

one2paii said...

adoi la..pedih2 mata gua nak membaca..xnampk la tulisan tuh..nampak ijou2..gua nie buta warna..haha..tul2 takziah pada mereka yang telah pergi

habibah abdul said...

yeker? adeh..one2paii punya pasal. gua kasi tuka la ini kaler. bagi kaler pelangi sikit.

cane nak tuka kaler nyer? guna pensil kaler LUNA ke crayon? adeh....hahaha.

tol ke tak nampak? <--gaya nak serius.

hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...