29.10.10

lega | aku | lega

Assalamualaikum w.b.t.............

ok...aku busy kebelakangan ini. (bukan tajok utama)
kehidupan aku asek tak terurus. maaf yer blogger² tak pat ngorat korang selalo. aku punye tak terurus. takleh digambarkan....

kalaula aku ni free hair, mesti rambot aku da macam hero tarzan. aku pakai tudung pon ni da senget-senget.da tak dan nak adjuz. hahahahaha...laju je korang nak bayangkan ek?cis..

aku da plan macam-macam sebelom ni. nak pegi mandi sungai ler.nak g mandi laut ler kat PD nun. wah...konsep nak mandi-manda.kat uma bukan maen malas mandi..ahak! aku plan nak g shopping dan macam-macam lagi la segala planning..

TAPI..........................

semua ni tak menjadi pasal ada sesuatu menghantui aku. dan hari menghantui tu da lepas dengan jayanyer.
aku sangat suka dan amatlah bersyukur. menda yang kau suke nyer? share ler sikit oit..cit! ala, korang teka la pasal ape? teka ek... dan anggap menda yg korang teka tu semua betol.heh..
 
apa-apa pon...aku sangat rasa lega. pasal...ini adalah antara wishlist aku tuk tahun ini. aku sangat lega walaupon berpeloh-peloh sambel *ketik berbau masam walopun ekon pasang paling powerful. syukur Alhamdulillah atas kelegaan ini.

*ketik = nama timang²an bagi ketiak..huahua. 

kata-kata : siapa kentot ni? aku bengang tol la kentot bersepah ni...tapi last ada kat sini (tempat kejadian) ni adalah anak buah aku yg maseh tadika..mesti dia yang kentot.cis....

22.10.10

hormat | amalan | mulia

Assalamualaikum w.b.t.............

zaman skrg ni smua orang pon kat dunia ni nak jadi "K.A.Y.A"
nak hidup mewah-mewah ..siapa taknak kan?aku pong...heh.
kalau perempuan nak dari atas sampai bawah suma objek nak "brand"
pastu nak ada duet banyak leh g holiday kan kat obersi,
boleh beli rumah banglo lak pastu...fuhhh.
kereta nak Merc..takpon BMW. paling koman Audi. atau Porshe?wow...
ada yang laher-laher da kaya..pasal makayah dorang kaya.takpe la kan.
ada plak yang tompang kekayaan orang lain..bia je la kan.
ada yang bekerja keras nak capai tahap kekayaan itu..bagus la.
ada gak yang suka kan kesederhanaan dan masih bahgia tanpa sangat kaya.pon ok je..
apa-apa pon bagi aku, tiap² orang berhak tuk memilih jalan hidup masing².
punya la panjang aku nyer intro..sbenarnye aku nak cite sikit je. pasal H.O.R.M.A.T

situasi :

A : weh!..aku da dekat² ngan opis kau ni.free tak?
B : erk..pastu ko nak lunch ngan aku ke?
A : Iyola..sbb tu la kol kau ni.kuar la skrg..
B : ehmm, skrg takleh la..aku ngah koje ni.opis hour lagi ni.
A : Ha..tu la, dulu org suruh masuk *** tak nak, ada masa sendiri, x payah susah² keje mcm korang nie.opis hour la bagai.

HELLO!! ssetengah orang sangat bahgia dgn apa yg dorang ada.dan takde la rasa cm "desperate" sgt tuk kaya raya. walau dgn gaji yg kecik,tapi dorg minat wat menda tu.berbaloi rasanya..

so, boleh ka kamo rasa hormat apa yang orang laen pilih dalam hidup dorang???!!

bukan semua orang dicipta utk jadi "MLM person", dan bukan semua org dalam bidang MLM ni berjaya. jadi jutawan ke hape...

da kalau semua orang nak kena jadi "MLM person", sapa pulak nak jadi cekgu ajar kome-kome "MLM person" ni mengira kan? siapa nak ajar anak² dorang???

pastu sapa plak nak keje kat kedai makan? tuk kome-kome "MLM person" ni makan time kome sembang² pasal produk masing²?

sapa lak nak jadik pilot nak bawa kome-kome "MLM person" ni pegi seminar kat obersi nun? da kalo sume jadi "MLM person"?

Hey, who do yo think you are to determine other people's live???

I'm not so against MLM thingy,I HATE YOUR WAY OF THINKING!! <--ewah kan men loghat omputih lagi kat sini..

kata-kata : maka, sila la belajar dan belajar untuk menghormati pilihan orang laen.sekian....

19.10.10

tenet | agak | gelong

Assalamualaikum w.b.t.............

serius benci situasi ni.
ENTER. loading.............................................sampai 15minit.
so, beberapa baris perkataan aku taip ni korang darab 15 minit.

selepas 60minit...ni je la hasilnya.
minta maaf yer. maknanyer disini. tido aje ler gamaknyer.

kata-kata : tenet ni wat jiwa gangsterku terguris....

17.10.10

budak | baru | belajar

Assalamualaikum w.b.t.............

blog..oh blog...saya ada pesanan penaja.
saya budak baru belajar. kalau salah, tolong tunjokkan.
kalo tak femes, tolong follow.hehehehe....
(sempat promote lak...tamalu betol ek)

woh..tahun ni banyak menda aku blaja. tu sebenarnya pasal aku coba memujuk hati yang lara.
kenapa lara? sebab aku terpaksa tolak pluang sambung stadi kat UiTM shah alam.
kenapa yer? alah...dulu penah cerita kot. mesti korang tak perasan. ni ade link cite masa zaman dolu-dolu aku tak sambung "degree UiTM???"

pape pon..aku sangat percaya. tiap menda yang terjadi dalam hidup ni. ada hikmahnya.. positif kan aku ? (padahal bengkak² mata)

kata - kata : sedang berkira-kira untuk memenuhi wishlist bagi tahon ini....
satu-satu...DONE!eh..belom lagi ler.heh..poyo lebih..

14.10.10

ada | bebeh | baru

Assalamualaikum w.b.t.............


ada | bebeh | baru ????????????????????????????????
siapa tuh? wah..ingat kan kau ni single-mingle. rerupenya da ada "bebeh" baru kan.
haish...kome-kome ni. memandai aje..takleh la dengar aku guna nama timangan memanja cenggini. da nak gosip sana sini...tak suke la paparazi cani. "bebeh" tu bukan ape..bear je kot.

cuba korang bayangkan perasaan aku yang sejak kecik tak penah dapat bear. pasal xde jejaka romantis maho aku. mungkin pasal aku ni nampak macam taksuke romantis. aku suke la weh romantik²..gedik lak kejap. tetiber, time umor da lanjot ni baru nak dapat bear...
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..................sungguh teruja beb. nak tengok? 

TADDDDDDDDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.............. 

da dekat setahun aku rasa dia simpan menda ni. baru raya hari tu dia nak bagi? katanya present untuk hari konvo+hari tua aku. siapa yang bagi tu? kekasih gelap ke? bukan..sebab dia pompuan serta dia putih kot.
kawan baek ke? bukan jugak sebab dia jahat. penah tinggalkan aku masa ktrg ngah maen boling. terukkan dia? ape-ape pon.. dia memang bez. muka dia asek nak ketat. tak caya..tanya aku!

makasih yer JIJA | OH | JIJA

kata-kata : pic "bebeh" tu cam low-profile kan? motif : tak bagi korang ngorat. sekian.

13.10.10

10 | 10 | 10

Assalamualaikum

ada apa pada tarikh? ok..ramai orang yang macam suka nak ada kenangan pada tarikh ni.sebab katanya tarikh 10/10/10 ni tarikh yang cantik...terpulang la pada individu-individu yang merasakan sebegitu. memang nampak cantik pun kan kalau dipendekkan camtu la.nak-nak tarikh tu jatuh hari ahad. so, memang cam bez la kan.

AKAN TETAPI...

kalau buh penuh rasanya cam biasa je. "10/10/2010"....
kan lagi bez kalau tunggu je "20/10/2010"..heh.cantek jugak kan.hehe..memandai la ko bib kan..tapi 20hb tu bukan hari ahad ok..hari rabu.hahaha.

macam-macam terjadi pada tarikh yg dianggap cantik ni. namun begitu, jangan terlalu taksub dengan tarikh ye korang. sebab ianya bukan la apa-apa. tapi kalau untuk sekadar suke-suke pastu suke pastu cam suke gak. takpe la kan. nak wat cane...

so, heboh gak kat Malaysia ni, tarikh ini juga adalah merupakan perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr Syed Muzafar dengan pasangannya, Dr Halina.dorang pun suke gak rupenyer.
TAHNIAH juga buat semua yang menyambut tarikh ini dengan kenangan manes masing-masing. semoga bahgia selalu tanpa mengira tarikh...


dan pada tarikh yang sama juga kita dikejutkan dengan tragedi kemalangan ngeri yang melibatkan ramai mangsa terkorban dalam insiden bas ekspress delima yang terbabas, merempuh kereta dan menghempap dua kereta lain kemudian dirempuh oleh bas lain yang tidak sempat mengelak kerana bas delima tu tercampak ke arah laluan bertentangan. sangat sedih tengok berita dalam beberapa hari ni. perasaan keluarga masing-masing yang terlibat dalam nahas ni. AL-FATIHAH buat mereka yang terkorban. TAKZIAH buat keluarga mangsa nahas tragedi ini...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan juga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.AMIN... 


6.10.10

saya | sayang | emak

Assalamualaikum w.b.t.............

semua orang sayang emak la bib oit..ko nak eksen kat sini kenapa? isk... bukan eksen la ni. saya sayang mak saya tapik saya tak bagi mak saya makan megi. oh..tak baek la kau bib. bia je la kalau emak tu nak makan megi, bukan selalu pun. memanglah bukan selalo..tapik esok emak ada appointment dengan doktor 

sehari sebelom raya hari tu kan..emak saya pegi klinik jumpa doktor, tiba-tiba kan, mesi tu check-check emak saya kan. mesi tu cakap, makcik ada kencing manis ni makcik. makcik kena masuk air ni...makcik kena buka puasa makcik yer.sebab takot makcik muntah nanti pasal kena masuk air..

oh ok...ini tidak bagus.dan aku masa tu ada kat opis tapi tahula mak aku pergi klinik. cuma taktahu mak aku kena masuk air. tapik aku balek tengahari tu pasal macam tak sedap hati. dan betul naluri anakmu ini. emak tidak sihat...

sebulan selepas itu.............. 

so, esok pun ada lagi sekali lagi nak check doktor. mak nak makan megi tengah malam tu. time aku berbuka maghrib tu aku da ajak mak makan. tapi emak ada cakap,

"mak esok ada appointment doktor, malam da taknak makan..."

oh ok...fine, bagusla kalau macam tu....TETIBER.......... 
masa tengah malam, aku keluar lepas da tutup laptop. aku nak minum air kat dapur, mak ngah cam masak.

"MAAKKKKKKKKKK........mak nak makan megi??mak ni kan...mak makan mee sup la mak.."

mak cakap, mana ada mee sup. 
aku cakap la...orang pegi belikan. 
mak cakap, isk..da malam. tak payahla. mak makan sikit je.

aku cam bebel-bebel..tapik dalam masa yang sama macam kesian sangat pasal aku bebel tu mak cam serba salah nak makan ke taknak.tapi mak makan la jugak..tapi tak habes. pastu mak makan biskut lak. boleh pulak emak amek biskut bergula.. 

"MAAAAAAAAAAKKK!! meh sini orang makan biskut bergula tu mak. mak makan biskut kosong je mak.."
mak aku pun cam bagi aku. wah, sangat kesian.kejamnyer......................................
tapi MAK...SAYA SAYANG EMAK ♥♥

mak saya ni comel la..kelakar kalau teringat gelagat emak. sampai kadang-kadang..abah pun tergelak je tengok kecomelan emak berkenaan susah nak pantang-pantang makan makan ni..hehe.

kata-kata : nanti kalau dokto kata mak okay..kite makan best-best yer..

5.10.10

pengalaman | pahet | manes

Assalamualaikum w.b.t.............

yup..pengalaman pahet manis di suatu hari dimana...menghadirkan diri di suatu tempat bagi mencuba nasib disampeng mengutip pengalaman.wah...tak sangka sudah sampai ke second stage. makasih kerana memberi peluang untuk kali kedua selepas berhempas pulas menjawab soalan yang diberikan semasa ujian bertulis..sungguh haram jadah soalan tersebut. tidak mungkin dilupakan 30 soalan subjektif yang sungguh dasyat. saya ni datang untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat. tapi macam jawab final exam pun ada.....adehai la.

dalam bidang Teknologi Maklumat ni, aku rasa banyak kot istilah-istilah network. tak sure ape 30 soalan tu akan tanya kan..isk3x. kalau la aku tahu ape yang keluar, mesti senang kan? dan di hari kejadian. aku pun jawab la ujian bertulis untuk post tu dengan tawakal kepada Allah S.W.T. wah...hamik kau. gila la..macam-macam kot...adeh.agak banyak menda yang aku terlepas pandang masa aku study kat 'wikipedia' malam sebelomnye ujian tu.wah...tapik akibat aku kerja sekarang ni ada kaitan dengan IT department. maka, sedikit sebanyak adalah sikit membantu aku..gila la. ayat lintang pukang, in english pulak. memang seronok yer disitu..

so, 29hb tu second time plak dia panggil. email jemputan untuk attend menda tu ada seploh nama je naek. so, aku malas amek port..study la pape yang patot. da tuh, leh je da sampai sana. aku pegi sendiri merempit. kalau naik kete jalan amat jem kot..kat jalan kuching tu lagila... so, aku merempit sendiri. da sampai sana, aku parking la motor. sebelah aku ada lelaki pun ngah cam bergaya nak pegi interview.aku pun bertegur sapa la dengan budak tu..

aku : datang untuk interview ke? 
lelaki itu : ha'ah...interview. awak pulak?
aku : yup..sama la. interview jugak. tuk jawatan ape?
lelaki itu : penolong pegawai IT.sama ke?
aku : ha'ah ..sama la.
lelaki itu : tinggal mana? datang naik motor ni..
aku : dekat je..selayang. dari mana?
lelaki itu : kat wangsa maju..datang ni pun jalan jem. naseb bek la ikot highway duke.
aku : oh..yela.
lelaki itu : dapat email kan? tu r, saya tengok email tu lelaki ramai. perempuan ada brapa je.
aku : okay...(dalam hati aku..budak ni macam la nak drop kewanitaan aku. takpe..cool je!)
lelaki itu : taknak masuk ke?jom masuk..sembang kat parking lak kita.
aku : jom...dup dap...dup dap..berdebar gak ler.

* dalam masa jalan tu..kitorang sembang-sembang lagi. wah..budak tu kelihatan bukan calang- calang. mendengarkan cerita dia la.tak tau la dia cite nak bez je ke hape.aku rasa dia seorang yang hebat. hopefully..aku diam dan hanya menjadi pendengar baek. hehehehe...

da sampai kat tingkat 17, bangunan cantek itu. aku pun tandatangan la kat senarai nama yang ada seploh nama. 3 nama ada binti, 7 pakai bin. ok...masa aku sampai tu. baru ada dalam 4 orang macam tu. kejap lagi tu. sorang-sorang sampai. sampai da pukol 10 pagi. baru lah jumlah muktamad manusia yang hadir. 7 lelaki dan aku sorang perempuan.aku tak suke yer keadaan ini. kerana sungguh membuat aku rasa...apekah??? tapik takpe la, hanya sekadar mencuba nasib dan rezeki.

aku jadi orang ketiga dan satu-satunya perempuan yang bakal diintebiu..redah je la. berdebar gak! 

wah.. sangat berdebar tidak terperi. da masuk, dia suh bg sijil-sijil suma and then mereka suruh duduk. aku ikotkan aje.pastu dia da start da suh introduce diri.. dia speaking pulak. aku pun bantai speaking. hahaha.... nak aku cakap cam gaya omputih, memang takde la kan. da kenal-kenal. dia nak tanya pasal pe yang kita tahu pasal IT. menda pertama dia tanya. troubleshoot network.. wah, aku ingat network-network ni masa 1st intebiu tu da kira setel dia tanya. rupe nye belom abes lagi.. sabar je la. aku memang la tak pandai sangat pasal network ni. aku pun study lebih kepada coding la hape. sekali dia tanya network.. menarik ni...wah, aku cam hampir nak 'hang'. tapi orang ramai pesan, asalkan jawab, betol salah belakang kira. baekla, aku cuba...dan perkataan yang aku tiba-tiba teringat ketika itu "ping server" tersebut..dan "godeh-godeh". menarik kan? encik dan puan tu sangat teruja dengan perkataan itu. dan aku berbalek kepada expectation aku pasal coding. dan dia still dengan network server itu. aku jawab sekadar termampu dan keputusannye, aku tiadala berharap atas ape yang aku da lalui tu. haha..jawapan bagi keadaan itu da menunjukkan aku tak dapat la..hahahhaha.

namun , pengalaman tu sangat berguna. dan sila cuba di tempat lain. selepas ini .terima kasih di atas pengalaman pahet manes itu. balek tu , aku "story-mory" ngan makayah aku. aku tidor sakan. amek cuti satu hari tu untuk menda yang mengambil masa sparuh hari.. tolak gaji kot. sukahati aku la kan. so, tu je la cerita bagi entri aku kali ini....jawapannya masih belom keluar lagi. namun, aku tiada la berharap. hahahaha....


kata-kata : jangan pandang perempuan sebelah mata. perempuan sekarang semua menda hampir sama keupayaan dgn lelaki. cuma sesetengah nye lelaki masih menguasai. sekian, makasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...