1.9.10

berbuka | puasa | di luar

Assalamualaikum w.b.t.............

yezza...hari ni adalah hari cuti sempena hari kemerdekaan negara Malaysia. Maka, di kesempatan itu...aku telah menshoppingkan diri sedikit.cari tudung sahaja kononnya. sebelum ni asik dengar orang ramai berkata-kata mengenai kesesakan kat area jalan TAR. memang selalunya macam tu lah keadaan kat masjid india & jalan TAR tersebut. 

ok...even aku tahu memang macam tu keadaannya. namun, aku masih lagi nak pegi sana. biar la kan..tapi bukan ape. aku memang suke suasana. tak kira la sesak ke hape ke.

tapi suasana tu penting..baru la nampak bukan kita je beraya. ramai lagi mereka-mereka yang semangat berhari raya..memang sesuai ngan tema merdeka dan semangat 1 Malaysia. bukan orang Melayu je yang sibuk-sibuk kat KL tu. wah...pelbagai bangsa kot. maybe mereka pun cam aku gak. suke nak suasana atau takmo lepaskan peluang tuk shopping sementara sales raya aidilfitri ni..

aku pegi ngan member opis dan tidak akan tinggal, moto kapcai aku.wah...no way la naik bas, naik tren, naik kereta. tu suma akan buat mood aku hilang untuk satu hari tu. maka, motor kapcai tersayang tu la yang paling reasonable. tak perlu jem. tak perlu fikir nak parking mana...parking sepah-sepah pun takpe.asalkan lock yer.kalau tak...datang naik motor memang balik singgah balai pastu naik bas la gamaknyer..

ok...sesampai je kat KL...waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......

betul-betul ramai manusia sedang membeli belah. yela..raya lagi beberapa hari je pun. memang sangat ramai. sangat padat dan sangat pening actually. rasa cam seksa kena berkongsi oksigen dengan begitu ramai orang. aduhai la...nak pengsan dibuatnyer. tapi semangat suasana tu penting.

dari jalan TAR ke sogo, dari sogo ke semua house, penuh kedai-kedai kat setiap pelosok area masjid india.tudung pun sangat banyak...rasa cam rambang mata & nak beli semuanya..

masa kitorang dalam "gulatis silk house" ...boleh je tetiber ada announcement sal carik budak hilang. memula guna suara bangla yang jaga kedai tu. sangat tak paham menda dia cakap. pastu menyedari hakikat keadaan tersebut. mereka menggunakan suara bapak budak tu panggil anak dia.

gila la..kalau aku makayah budak tu..aku da nanges da. hilang kat dalam beribu-ribu lemon manusia. sangat menakotkan dan minta simpang menda camtu terjadi dalam hidup ini..wah kau bib. cam kau ada anak 6 orang je kan.....upssss.emosi sifat keibuan ku.ececeh........

pihak SOGO siap buat pintu masuk nyer 1 way lagi..wah, dasyat ni. baru kat luar. belom masuk kat dalam lagi. mana datang la kan sebegini ramai...dah cari ape-ape yang patut. maka, member aku yang tidak gemarkan suasana macam aku dah tak larat. maka nya, kitorang beralih arah..

teringin makan NANDOS akibat ade mangkok telah tag pic hidangan nandos kat fesbuk aku. agak sengal disitu dan aku cuba pegi ke Jusco Setiawangsa. ingat ada la nandos kat situ..arghhhhhhhhhh! takde plak kat sana nandos. ada pun kedai fast food yang lain tapi itu pun semuanya nak tulis "meja penuh", "full table reserved" dan whatever bahasa ape pun. tapik still bagitau menda yang sama. sadis tul la..ok, takpe la kan dah macam tu. memang selalunya kalau bulan puasa menda camni akan jadi. aku pegi ke food court jusco pulak. suma meja pun da penuh. kalo tak ada orang pun kat meja tu. tapik dorang da letak barang-barang dan botol mineral penuh kat atas meja tu menandakan meja tu dorang da cop..kalau aku dapat meja pun aku buat macam tu jugak. takpe la...ok, sementara nak tunggu keadaan kembali normal. jom la ajak member aku pegi beli waffle. aku da berdiri kat situ..tapi hairan.wah..hairan tu. akak yang jaga tu wat cam tak nampak aku. mode aku invi ke cam dalam ym tu..rasanya aku "besar" kot. tak mungkin akak tu tak perasan aku.pastu aku pun cam panggil..


"kak, bagi waffle kak....." belum sempat aku berkata-kata. 
boleh je akak tu cakap, "waffle dah abes la dik".
gila la....sampai waffle pun habes. sabar je la. 
belom pukul 7 pun lagi masa tu. boleh je suma nyer habes.
ok...pasrah la dan cuba pegi kat kedai roti kat situ , "La Bahome"...takde pape pun da tinggal kat atas tray yang selalunya ada cm roti hotdog la piza la hape..licin sume nyer.gila betul la...
last choice..kitorang masuk ke dalam pasaraya jusco kat bahagian jual makanan tu. 
kitorang beli la air yogurt, roti ikan bilis tu 1, kentang goreng dan.........aiskrim veneitta (tol ke aku spelling tu?...ah, bedal je la)

ngam-ngam ktrg da setel-setel suma tu...dan azan pun berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. kitorang jpe port baek punya kat kaki lima yang agak takde orang dan kitorang leh berkelah kat situ...hahahahaha.sadis tol la...

ni suma pasal teringin nak makan nandos punya pasal la..menyampah betul. tapi sampai sekarang masih teringin..dan teringin. namun, masih belum berkesempatan. dalam pukol 10 sampai kat uma dengan selamat sambil kepenatan.


p/s : jangan bawa anak kecik masuk KL...takot hilang dan kesian budak tu nanti tersepit dek ribuan orang.

1 komen panas:

Anonymous said...

selamat posa ye cik bib..utk tahun lepas punya tau....wahhh shopping sakan kau ye bib...gi sana cini cari tudung....cari mkn tempat buka posa pun agak kelam kabut...semua tempat full..last2 buka posa di kaki 5...apa2 pun itiulah dugaan bg org yg posa kan...tahniah kerna dpt posa ari tu dgn jayanya...he3333

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...