30.9.10

dinner | tepi | tasek

Assalamualaikum w.b.t.............

wah...tajuk entri itu macam bez kan?haha..mesti da terbayang keadaan kat 'tepi tasek' ada lampo-lampo di samping ada cam alas meja cantek. pastu pinggan mangkok n cawan ala² esklusif sambel menghirup udara segar dan angin sepoi-sepoi bahasa. apakah benar keadaan dinner di tepi tasik sebegitu?hahaha.....salah! salah sama sekali.. sebenarnya keadaan sebenarnya adalah gelap. nyamuk. takot. lapar...ya..lapar yang paling tepat sekali.

ok..menda ni sebenarnya tak patut terjadi. namun, mungkin ada yang terlepas pandang lalu terus mengakibatkan keadaan ini terjadi. sepatutnya menda ini mungkin jadi satu majlis yang seronok. namun, sebaliknya....tapi takpe. kepada kamo-kamo yang ingin membuka kedai makan atau seumpamanya. kita kena make sure semua preparation dibuat awal dan tiada sebarang masalah terjadi akibat terlepas pandang. sekiranya ada, anggaplah itu kelemahan yang membantu kita untuk terus maju dengan mengatasi setiap masalah itu sekiranya terjadi lagi...

kepada kawan-kawan yang kecewa di atas kejadian tempoh hari, kamo jangan amek hati..nanti mari la beraya rumah saya. saya wat 'mihun goreng lazat'..hahaha. 'mihun goreng' tu adalah makanan biasa. perkataan 'lazat' itu la yang membuatkan ianya special...hahahahaha...terima je seadanya. ramai yang berbuka puasa dalam keadaan sangat² bersederhana ketika kejadian dinner di tepi tasek ini. namun, saya kagom dengan kamo-kamo. saya berbuka di rumah siap²..baru sampai tepi tasek. da sampai, makan lagi walaupun dalam keadaan 'black out'. sebab tu saya sihat dan sihat..hahaha...so, kepada yang tidak berkesempatan makan tu. anggap je la takde rezeki k..mungkin rezeki kamo di tempat lain seperti di kedai tomyam seafood atau kedai mamak kari kepala ikan. takpe k....


p/s : jangan terlalo berharap menda yang tak pasti...akibatnya sakit hati. ececeh~

musim | open | house

Assalamualaikum w.b.t.............

da lama gak tinggalkan blog ni..heh.busy ler sejak dua menjak ni..maka, terabai la sedikit yer blog.ehm..malas pun salah satu sebabnyer..heh.kalo nak diikutkan...memang banyak menda nak di'share'kan..

ok...jom cite pasal openhaus.biasa r kan, raya nak sebulan..puasa lum tentu buat sebulan. kan..kan..kan...?

pape pun..kuih raya kat uma aku banyak lagi ni..so, siapa² nak datang makan kuih raya pun leh kenyang rasanyer..hehehe.tapik takkan la korang datang uma aku pun sekali setahun ..nak bagi makan kuih raya je kan. macam tak patut dan tak berpatutan je rasanyer..mesti la kena ada something kan even menda tu simple. baru la cam bez sikit.heh..korang pun leh lepak lama sikit kat rumah usang namun bercahaya ku ini....

kepada kawan-kawan yang da datang beraya, makasih kerana sudi datang beraya..dan bagi mereka yang belum datang beraya akibat cirit-birit la, tak sempat datang la, rumah saya jauh la hape. kalau ade kelapangan, sementara ada lagi syawal indah ini..jemputlah datang ke rumah. itu saja pesanan dari tuan rumah...tapi kalau nak datang, bagitau la awal². ini kerana ditakuti akan berlaku pertembungan yang amat ramai dan boleh mengakibatkan korang jadi segan-silu disitu akibat masing² tidak mengenali antara satu sama lain.hehehehe...ok tak alasan tu?


p/s : mintak maap kalo tak sempat g beraya rumah korang...alasan aku adalah musim hujan dan tiada transport..ok tak? saya perempit wanita...hahaha.

18.9.10

raya pelajar | dan | raya pekerja

Assalamualaikum w.b.t................

cepat betul masa berlalu..baru semalam je rasanya dengar orang baca takbir..hari ni da pun raya ke-8...tahun ni punya collection duit raya sangat² "dissapointed". kenapa yer? alasan-alasan yang biasa kita dengar : 

kamu tu da kerja.TAPI.........duit keje ngan duit raya banyak beza.
kamu tu da besar panjang.TAPI........boleh je orang besar dapat gak duit raya kalau ada orang nak bagi..kan3x? 
tapi bukan sepatutnya kalau belom kawen still layak lagi ke dapat duit raya?warghhhhhh..saya suka prinsip duit raya yang macam ini.sebab saya belum kawen. tapik takpe la...

sempena raya tahun ni.saya suda bekerja..so, banyak woh 'short' duit raya tahun ni berbanding tahun lepas. ni semuanya pasal da keje..dan tahun ni je bila kira²..anak sedara kandung saya ada dua belas semuanya, jumlah yang agak ramai disitu. maka, duit raya untuk mereka perlu diperuntukkan. tapik takpe..oleh kerana ada rezeki lebih. maka, itu da membantu. makayah selalo pesan, kalo kite pemurah..nanti rezeki kita pun murah...

dan sehari sebelum raya sempat jue saya membeli kamera yang agak comel cap "olympus" modelnya ape yer...jap search jap.ya...fe4030.hamper terlupa akibat asik "klik" sana-sini. objek itu terpaksa dibeli akibat handycam dan kamera² yang lain semua nyer sedang rosak dan hantar repair di saat² ini...so, ini la dia menda nyer...hehe.suke..kaler pink² gitu..heh.tasuke tengok gambar. tengok kamera tu je..harap maklom.heh...

last day keje half day je..bos bagi balik awal. bez woh..siap dapat duit raya lagi dari bos..rezki².so, jumaat 17hb da start keje tapi masih dalam mood raya. so, kepada mereka² yang dah tak ada mood raya. diam² je la..saya ada lagi. so, kamo² tak susah pn kan...hahahaha~


p/s : sekali lagi ingin diingatkan..hahaha.sila baca pelan² dan amatinya betol, 


sekiranya ada ternampak sebarang perubahan terhadap diri ini. sila D.I.A.M....dan tegur dalam hati saja..sekian, makasih... 


15.9.10

selamat | hari | raya

Assalamualaikum w.b.t.............


ok semua...sempena hari baek.bulan baek...saya, HABIBAH BINTI HAJI ABDUL ingin mengambel kesempatan ini untuk mengucapkan...

" รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ "

1.9.10

berbuka | puasa | di luar

Assalamualaikum w.b.t.............

yezza...hari ni adalah hari cuti sempena hari kemerdekaan negara Malaysia. Maka, di kesempatan itu...aku telah menshoppingkan diri sedikit.cari tudung sahaja kononnya. sebelum ni asik dengar orang ramai berkata-kata mengenai kesesakan kat area jalan TAR. memang selalunya macam tu lah keadaan kat masjid india & jalan TAR tersebut. 

ok...even aku tahu memang macam tu keadaannya. namun, aku masih lagi nak pegi sana. biar la kan..tapi bukan ape. aku memang suke suasana. tak kira la sesak ke hape ke.

tapi suasana tu penting..baru la nampak bukan kita je beraya. ramai lagi mereka-mereka yang semangat berhari raya..memang sesuai ngan tema merdeka dan semangat 1 Malaysia. bukan orang Melayu je yang sibuk-sibuk kat KL tu. wah...pelbagai bangsa kot. maybe mereka pun cam aku gak. suke nak suasana atau takmo lepaskan peluang tuk shopping sementara sales raya aidilfitri ni..

aku pegi ngan member opis dan tidak akan tinggal, moto kapcai aku.wah...no way la naik bas, naik tren, naik kereta. tu suma akan buat mood aku hilang untuk satu hari tu. maka, motor kapcai tersayang tu la yang paling reasonable. tak perlu jem. tak perlu fikir nak parking mana...parking sepah-sepah pun takpe.asalkan lock yer.kalau tak...datang naik motor memang balik singgah balai pastu naik bas la gamaknyer..

ok...sesampai je kat KL...waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......

betul-betul ramai manusia sedang membeli belah. yela..raya lagi beberapa hari je pun. memang sangat ramai. sangat padat dan sangat pening actually. rasa cam seksa kena berkongsi oksigen dengan begitu ramai orang. aduhai la...nak pengsan dibuatnyer. tapi semangat suasana tu penting.

dari jalan TAR ke sogo, dari sogo ke semua house, penuh kedai-kedai kat setiap pelosok area masjid india.tudung pun sangat banyak...rasa cam rambang mata & nak beli semuanya..

masa kitorang dalam "gulatis silk house" ...boleh je tetiber ada announcement sal carik budak hilang. memula guna suara bangla yang jaga kedai tu. sangat tak paham menda dia cakap. pastu menyedari hakikat keadaan tersebut. mereka menggunakan suara bapak budak tu panggil anak dia.

gila la..kalau aku makayah budak tu..aku da nanges da. hilang kat dalam beribu-ribu lemon manusia. sangat menakotkan dan minta simpang menda camtu terjadi dalam hidup ini..wah kau bib. cam kau ada anak 6 orang je kan.....upssss.emosi sifat keibuan ku.ececeh........

pihak SOGO siap buat pintu masuk nyer 1 way lagi..wah, dasyat ni. baru kat luar. belom masuk kat dalam lagi. mana datang la kan sebegini ramai...dah cari ape-ape yang patut. maka, member aku yang tidak gemarkan suasana macam aku dah tak larat. maka nya, kitorang beralih arah..

teringin makan NANDOS akibat ade mangkok telah tag pic hidangan nandos kat fesbuk aku. agak sengal disitu dan aku cuba pegi ke Jusco Setiawangsa. ingat ada la nandos kat situ..arghhhhhhhhhh! takde plak kat sana nandos. ada pun kedai fast food yang lain tapi itu pun semuanya nak tulis "meja penuh", "full table reserved" dan whatever bahasa ape pun. tapik still bagitau menda yang sama. sadis tul la..ok, takpe la kan dah macam tu. memang selalunya kalau bulan puasa menda camni akan jadi. aku pegi ke food court jusco pulak. suma meja pun da penuh. kalo tak ada orang pun kat meja tu. tapik dorang da letak barang-barang dan botol mineral penuh kat atas meja tu menandakan meja tu dorang da cop..kalau aku dapat meja pun aku buat macam tu jugak. takpe la...ok, sementara nak tunggu keadaan kembali normal. jom la ajak member aku pegi beli waffle. aku da berdiri kat situ..tapi hairan.wah..hairan tu. akak yang jaga tu wat cam tak nampak aku. mode aku invi ke cam dalam ym tu..rasanya aku "besar" kot. tak mungkin akak tu tak perasan aku.pastu aku pun cam panggil..


"kak, bagi waffle kak....." belum sempat aku berkata-kata. 
boleh je akak tu cakap, "waffle dah abes la dik".
gila la....sampai waffle pun habes. sabar je la. 
belom pukul 7 pun lagi masa tu. boleh je suma nyer habes.
ok...pasrah la dan cuba pegi kat kedai roti kat situ , "La Bahome"...takde pape pun da tinggal kat atas tray yang selalunya ada cm roti hotdog la piza la hape..licin sume nyer.gila betul la...
last choice..kitorang masuk ke dalam pasaraya jusco kat bahagian jual makanan tu. 
kitorang beli la air yogurt, roti ikan bilis tu 1, kentang goreng dan.........aiskrim veneitta (tol ke aku spelling tu?...ah, bedal je la)

ngam-ngam ktrg da setel-setel suma tu...dan azan pun berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. kitorang jpe port baek punya kat kaki lima yang agak takde orang dan kitorang leh berkelah kat situ...hahahahaha.sadis tol la...

ni suma pasal teringin nak makan nandos punya pasal la..menyampah betul. tapi sampai sekarang masih teringin..dan teringin. namun, masih belum berkesempatan. dalam pukol 10 sampai kat uma dengan selamat sambil kepenatan.


p/s : jangan bawa anak kecik masuk KL...takot hilang dan kesian budak tu nanti tersepit dek ribuan orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...