15.7.10

hari | lahir | abah

Assalamualaikum w.b.t......................


" Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil..." 
AMIN


selamat lahir abah tersayang, Haji Abdul bin Hassan
mudah-mudahan dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati Allah S.W.T...

sempena hari lahir abah kami tersayang, kitorang 9 beradik n mak tersayang buat sedikit doa selamat sebagai tanda kesyukuran abah dah pun 60 tahun. mengimbau susah senang kehidupan abah membesarkan dan mendidik 9 orang anak-anak beliau yang pelbagai macam dan ragam, tak dapat dibalas dengan apa sekalipun di dunia ini. kasih sayang abah sangat tiada tolok bandingnya..begitu juga kasih sayang mak yang sentiasa dihati kami. aku kagum dengan abah..tiada lelaki yang mulia seperti abah buat aku kat dunia ini...terima kasih abah sayang.

dedikasi ayat ini khas untuk abah....maka,ayat aku cm muslimah sejati kan.

bertukar kepada bib yang sebenar..**ting**

ok...hari sabtu baru-baru ni bezday abah aku.maka, kitorang da plan wat kenduri doa selamat sikit dan semua diwajibkan bawa hadiah sbg penghargaan dan aktiviti suka-suka tuk abah sayang. fuh...seminggu awal da bgtau kat 9-9 beradik ni.

maka, pikir punya pikir..masing-masing pening nak bagi ape yer..cz semua tahu abah jenis yang bukan suka barang2 mahal sgt ni. abah tak pernah kisah pasal tu semua..so, punya takmo hadiah terbagi menda sama pasal ramai kan anak-anaknya ni..ktrg pn cm plan.kau beli ni..kau beli tu..dan hasilnya :
  • mak syg ---> bagi abah kain baju melayu dan siap pakej pegi hantar kedai tempah.hehehe...
  • kak long ---> bagi handphone nokia yg function nyer simple tuk kegunaan mak&abah.
  • abg mi ---> bagi baju ala-ala raihan untuk abah pakai pergi ke surau.from butik wisma yakin.
  • kak yati ---> bagi satu set belt+wallet+pen alain delon...sama konsep la plak dgn ayem.
  • kak lilah ---> bagi abah baju singlet jenama kgemaran abah- Pagoda 3helai+RM50 tunai..
  • ayem ---> bagi set wallet+belt jenama pierre cardin.sama konsep sikit dgn kak yati.
  • aku ---> maaf ya...tak dapat berfikir dan hanya mampu memberi sdikit wang tunai dan syaratnyer abah msti beli barang yg abah suka..tak boleh buat bayar bil letrik, bil telefon atau cukai pintu.
  • kembar aku, khaty ---> bg abah baju kemeja batik untuk abah pakai tak semetinya setiap hari khamis,ok...saiz XL yer.bukan XXL.abah kurus saja...
  • atun ---> bagi tuala mandi warna belang-belang...yg telah di approve oleh aku&ani.
  • ani ---> bagi stokin...dia seorang pelajar boros. maka, dia dimaafkan. tp stokin jenama ok..haha.
  • cucu (ikmal+adam+wawan) ---> bagi atuknyer tuala jugak tapi spesel gift pasal de kad hasil kreativiti mereka.hand made gitu....
  • cucu-cucu yang lain seramai 11 orang ---> bagi persembahan mantap tuk atuk mereka...
  • terima kasih juga buat semua yg terlibat. barisan jemputan VVIP dari selayang dan juga abg-abg ipar serta kakak-kakak ipar dan adik beradik ku sekalian.

menu hari tu adalah mi kari sedap mak buat. coconut shake oleh ayem. agar-agar tak jadi dari kak yati. kek oren dibuat oleh kak yati juga. ayam goreng yg digoreng oleh mak buyung a.k.a kak lilah, kentang goreng curly sponsored by aku&atun.air oren oleh ani.buah tembikai..sangat kenyang dan majlis berjalan lancar.tu je la yg dapat di share kat sini....

 kami abah&mak

p/s : siap sedia untuk bezday mak pulak lepas ni yer..hehehe. 18122010 ♥

2 komen panas:

Anonymous said...

damha..
selamat ari jadi juga drp saya utk abah bib tu...moga2 dipanjangkan umor...di murahkan rezeki n ditetapkan iman...amin

Cik Bib said...

@damha : wah...ni tahun bila punya kamo komen ya damha. msti baca entri saya satu-satu ni...phiwit!

HEHEHEHHE......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...