28.5.10

konvokesyen | UiTM | 2010

Assalamualaikum w.b.t......................

TAHNIAH....TAHNIAH....TAHNIAH.....

ucapan tu bukan tuk aku je yer. tapi pada kamu-kamu diluar sana juge.ya...kamu la yang disana,kawan-kawan dan adik-adik.ehm..tahun 2010 yer konvo ni. lambatnyer kau konvo..kesian betul. ehm..tapi pe bleh wat. da macam tu rezeki aku disusun. 

bercerita pasal konvo..wah, konvo ni penuh ngan adat-istiadat juga. ok la..nice. dan untuk melancarkan perjalanan konvo ni. prosedurnya agak memenatkan. tapi apa org kata..layankan aje. aku nyer no giliran adalah 467....mak aih, gile r..banyak nau no nyer.sidang ke-4 dan petang lak tuh.adehai la...make up pn da cair..eh eh,make up ke?hahaha...

lebih kurang kul5 gak la abes istiadat konvokesyen yang ke-72 nun. aku duk dlm dewan budiman tu dgn penuh sabar dan tabah pasal kiri kanan aku tahsapa-sapa.tak kenal...tp bia je la kan.pastu belek punya belek,mula-mula aku tak tahu pe fungsi bintang kat nama aku yang tertera kat borang n kat dalam skrin besar tu.rerupanya satu bintang tu mksudnya...aku budak malas blaja.

sepatutnya ada ***(anugerah naib canselor)....
tapi tu la...sesal dulu pendapatan.sesal kemudian tiada berguna....eceh.bermadah plak~
pape pn,aku bersyukur.kalau aku dapat further stadi 4 atau 5 tahun suda. mungkin aku tidak seperti hari ini. 

mungkin aku suda jadi tukang jahit-sbb senang hari raya jahit bj sendiri je.
atau mungkin aku suda jadi polis-sbb aku suka tgok moto besar polisi trafik bawa ms kcik2 dl
atau mungkin kini aku sudah berkahwin, bergelar isteri dan mungkin juga bergelar emak. 
atau mungkin juga aku sudah tiada lagi merasai nikmat hidup di alam ciptaanNya.

maka, aku sangat bersyukur dengan apa yang dikurnia olehNya pada hari ni. mungkin ramai lagi diluar sana yang lebih teruk keadaannya dari aku. tapi tu la...........nak buat macam mana kan. bukan semua orang punya perjalanan hidup yang lancar dan sempurna.dan dalam menghadapi kehidupan ini...cam biasala kan. banyak dugaan dan halangan perlu ditempuhi.

tapi de satu lagi yang wat aku rasa aku cm asik sedih..
walaupun nampak cam kadang2 kelakar...tapi jauh di sudut hati aku ni rasa cam tak berguna lak.
tapi bukan aku minta jadi macam tu..dan aku pn tak tau nak watpe.
uwa....uwa...kuatkan la hati aku yang tak brapa nk keras cm kayu cengal.adehai la...

27.5.10

sesungguhnya | cinta | hadir

Assalamualaikum w.b.t......................


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu 
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu 
Tapi aku tidak mengerti 
Mengapa cinta masih tak hadir 
Tapi aku tidak mengerti 
Mengapa rindu belum berbunga 

Sesungguhnya walau ku kutip 
Semua permata di dasar lautan 
Sesungguhnya walau ku siram 
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu 
Namun cinta tak kan hadir 
Namun rindu tak akan ber bunga 

Ku cuba menghulurkan 
Sebuah hadiah kepada Mu 
Tapi mungkin kerana isinya 
Tidak sempurna tiada seri 

Ku cuba menyiramnya 
Agar tumbuh dan berbunga 
Tapi mungkin kerana airnya 
Tidak sesegar telaga kauthar 

Sesungguhnya walau ku kutip 
Semua permata di dasar lautan 
Sesungguhnya walau ku siram 
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu 
Namun cinta tak kan hadir 
Namun rindu tak akan berbunga 
Jika tidak mengharap rahmat Mu 
Jika tidak menagih simpati 
Pada Mu ya Allah 

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku 
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu 
Moga ku tahu 
Syukur ku adalah milikMu 

24.5.10

dicipta | dan | pohon hidup

Assalamualaikum w.b.t......................

hari ni...hari yang bertuah. hari yang mana membuka mata hati dan minda yang da lama tidak digunakan untuk program yang membuatkan aku berfikir sejenak tentang aku dan Maha Pencipta.

semuanya nampak macam senang kalaiu kita dengar dan nampak tapi realiti sebenar..bilakah masa kita boleh hayati erti kehidupan ini. dan mengenali dan mengingati segala keagungan Maha Pencipta.

sangat suka dengan aktiviti hari ni..di mana telah diberi peluang menggunakan masa yang terluang dgn menyertai satu program berunsur ilmiah dan melakukan kecergasan spiritual dan emosi di tv9.

da lama tak join secara live menda2 yang berbentuk macam ni...masa skola dulu banyak gak ceramah macam ni. masa zaman U dl pun ada gak.dan hari ni..adalah hari yang mulia. siapa kata hari isnin tak bez. bez sangat..

"kalau la kita sering diduga..janganla kita sesekali sesali.mungkin kita yang sering lupakan Allah dan hanya dugaan yang kita hadapi itu lah nanti akan membuatkan kita menjadi ingat kepadaNya"

wah..sangat sedih kata-kata ustaz tadi yang aku da olah sikit ikut ayat aku. memang sangat kena dengan aku. yang masih mencari-cari hala tuju..rerupanya, disinila silap aku. yang mungkin selama ini sering melupakanNya. maka, dekatkanlah diri kepadaNya supaya kita tidak juga dilupakanNya. sangat tersentuh..

renung-renungkan..selamat beramal~


16.5.10

selepas | ke | pangkor

Assalamualaikum w.b.t......................

yezza..seperti tajuk di atas. selepas ke pangkor..sangatla penat.rasa cam nak tidor 2 hari.lambatnyer aku mengupdate blog sal pangkor ni.da seminggu lepas kot..ceh.neway, njoy la menda tu..dari bilik aku leh nampak 2 suasana.satu nampak depan chalet.satu nampak kolam renang plak..terbakar jiwa d'watnyer..
sangat penat menguruskan suasana kat sana.heh..tetapi layankan aje.panas woh....
kitorang sempat bersiar-siar menaiki bot di sekitar pulau pangkor nun...seronokla.

ape lagi yer?rasanya bulan ini adalah bulan penat..maka, cm tetiba rasa penat nak tulis blog ni dengan lebih panjang.so, scr keseluruhannya..happening la family day tersebut.

sekian, terima kasih....



suara suda semacam rock ja..tanda2 kurang sihat nih..hadoila...


7.5.10

sebelum | ke | pangkor

Assalamualaikum w.b.t......................

hadoi....percutian ini sangatla kontrobesi dan penuh dengan pancaroba. namun, atas nasihat-nasihat orang lama dan status belajar dari pengalaman...kite bedal aja.layan....zaaaaz.
itupun ada beberapa orang staff yang tidak dapat menjoinkan diri ats sebab-sebab tertentu.

maka, nanti panjang umor kte jpe mereka-mereka yg tak dapat join tu di family day next episode,ok....(ye la tuh bib oit, pandaila ko eh...) neway, thanks ngan sumer staff krn bagi kerjasama yang baik.

moga sumernya berjalan lancar cz suma da beres..ngah tunggu kakak sorang ni ngan suaminyer ngambil kitorang.

sempat mengupdate blog...heh~

zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz

pesanan mak&abah : 
  1. bebaik jalan tu 
  2. bebaik berenang tu..jangan sampai ke tengah..haha~
  3. beli ikan bilis ngan sotong kat sana nnti.. 

6.5.10

cuaca | sangat | panas

Assalamualaikum w.b.t......................

haish..kebelakangan ni cuaca dan iklim dunia adalah sangat tidak menentu.kejap panas..sangatlla panas.kalo ujan lebat..lebatla jugak.so, ramai yang kurang sihat dan tidak dapat bekerja ngan sempurna.ada yang batuk-batuk, ada yang sakit tekak dan kerongkong, ada yang pening-pening dan ada juge yang sakit perut..ape kena mengena lak sakit perut?bia la...yang penting tu melambangkan simptom sakit...

oleh kerana banyak sangat sekarang ni pembakaran terbuka, penggunaan peti ais 6tingkat dan juga aircond di dalam bilik air..maka, ini telah menyumbang kepada aktiviti pemanasan global pada alam ini sekaligus penghasilan kloroflorokarbon telah menjadikan dunia ini panas..

namun begitu, aircond rosak juga menyebabkan aku dan yang lain-lain kepanasan dan menyebabkan hati pun otomatik cepat menjadi panas...walaupun ada aircond tu spatutnya sejuk.aku tak tahu kenapa dan apa masalahnyer ngan aircond tu..mungkin dia merajuk akibat ktrg suma ada bawa kipas tangan dari rumah. bukannyer pe pun en aircond, kitorang cuma nak sediakan kipas sbelum aircond rosak je..harap maklum.

dan sungguh tidak selesa wat kerja dalam keadaan panas. maka,cepatla betulkan aircond yang dceritakan disini..sekian, terima kasih.

hari ni hari rabu..esok khamis.pastu jumaat..jumaat malam aku nak g meng'holiday'kan diri ke pangkor lak. minggu lepas da ber'coti' kat melaka bandaraya bersejarah..heh,bulan ni da leh diklasifikasikan sebagai bulan bercuti dan bajet lari..pasni bawa bekal ler hari2 gamaknyer. harapan aku- semoga holiday ke pangkor ni adalah yang terbaek. hopefully.....

so, da malam...anak buah aku ada di sini dan sdg menangis mencari ayahnyer yang keluar seketika.maka, aku akan tunjukkan bakat terpendam aku sebagai seorg yang sangat bersifat keibuan..tak payah la wat muka. iyerkan je la. ni blog aku kot..ceh. 

T.A.P.I aku mmg ada sifat keibuan ok...G.A.R.A.N.G.....hakhakhak.


p/s : cintai alam sekitar...jangan wat pembakaran terbuka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...